Skip to main content

Mulut dan Jiran


Kata pujangga, ada empat faktor untuk kita menikmati kehidupan selesa, iaitu rumah yang lapang, isteri yang setia, kereta yang tidak rosak dan jiran yang baik.Apabila kita mendapat jiran baik serta berbudi, bererti kita berjaya mendapat sesuatu yang mahal serta tidak ternilai harganya. Tetapi jika kita mendapat jiran tetangga yang kurang berbudi, kita akan menghadapi keadaan yang tidak selesa dan merumitkan.

Saya dikira kurang bernasib baik justeru memiliki jiran yang kurang baik laku dan tuturnya. Saya mengakui bahawa saya pun ada kelemahan. Namun tidaklah sampai menyakiti hati jiran sebelah apatah lagi menggugat ketenteramannya. Minggu lepas,dengan nada penuh sindiran anak jiran di usia belasannya melemparkan kata-kata kesat dari jarak yang cukup jelas untuk saya tangkap maksud dan tujuannya. Tanpa rasa silu dan hormat terhambur kata-kata yang cukup pedih untuk dimamah hatta ditelan. Dengan nada sinis terpacul kata-kata yang begitu memualkan dan meloyakan. "Inilah Melayu, tidak boleh tengok bangsa sendiri senang. Lagi " Hati busuk, hitam!..Lagi." Hidup kalau dah kera sumbang macam tulah"..Ada lagi." Anak dengan bapak..sama aja" Tiga hari berturut-turut lagu-lagu yang sumbang diperdengarkan ke gegendang telinga saya dan isteri saya. Naluri saya pantas menangkap ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Saya penuh yakin bahawa hamburan kata-kata kurang ajar itu memang ditujukan kepada kami. Saya berusaha mencari jawapan kepada kekalutan itu. Selang beberapa hari segalanya terbongkar. Rupa-rupanya jiran yang "baik hati" ini berang gara-gara warongnya sudah surut dengan pelanggan. Lalu, saya dituduh petualang menerbangkan surat layang kepada pihak tertentu. Segalanya terbit dari perasaan marahnya lantas saya dijadikan kambing hitamnya. Mudah benar. Tanpa usul periksa saya dituduh virus yang merosakkan warongnya. Nah, sekarang beliau yang malu sendiri setelah memukul canang menjaja cerita palsu kepada setiap yang melabuhkan punggung di warongnya. Dengar kata beliau bersolat hajat untuk mencari kebenaran. Saya tidak rugi apa-apa cuma sedikit terkilan memiliki jiran sepertinya. Harus diingat janganlah mudah sangat menuding jari kepada orang lain di atas sebarang musibah yang menimpa diri. Muhasabahlah.

Harus diingat perasaan cemburu, dengki, iri hati serta khianat sesama jiran amat dibenci oleh Islam. Diriwayatkan oleh Tabrani, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik mereka yang beriman ialah apabila orang lain selamat daripada tindakan lidah dan tangannya."

Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan kepada seorang sahabat: "Bahawa seorang wanita yang berpuasa siang dan bersolat malam, tetapi dia suka menyakiti hati jirannya, maka perempuan itu adalah penghuni neraka."


Seorang muslim yang mengerti kebaikan berbuat baik dengan jiran, tidak sekali-kali berniat untuk melukakan hati jiran-jirannya.

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia
mengucapkan kata-kata yang baik ataupun diam." (Muttafaq alaihi).

"Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia meyakiti jirannya." (Riwayat Al-Bukhari).

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w