Skip to main content

Berubah

Sekarang masa yang sesuai bagi kita semua sebagai pengguna untuk berubah. Saranan Pak lah memang tepat pada ketikanya. Kita sebenarnya sedang menghadapi krisis kenaikan harga barang yang semakin meruncing. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa tidak ada barang yang tidak naik harga sekarang ini. Kenaikan harga lebih kritikal pada barang-barang keperluan harian khususnya barang makanan sama ada yang bermasak atau pun yang mentah. Membeli belah sekarang ini tidak seseronok dulu. Kenaikan harga begitu mendadak sehingga melonjak hampir 50 peratus. Semuanya naik. Bermula dengan ayam yang mengalami proses turun naik, begitu juga ikan, gula, tepong..sebutlah apa sahaja semuanya naik. Kini, beras yang menjadi makanan utama kita juga tidak terlepas dari jangkitan kenaikan harga. Peruncit yang selalu saya kunjungi memberitahu saya bahawa harga beras akan terus naik dan naik. Sebagai pengguna kita tidak mempunyai banyak pilihan.Kita perlu makan untuk terus hidup. Kita bernasib baik kerana masih boleh mendapatkan beras di pasaran walaupun terpaksa membayar lebih berbanding dulu. Apa akan jadi kalau beras lenyap di pasaran. Sudahkan kita bersedia untuk berubah dari makan nasi kepada makan roti atau setakat berpuas hati dengan hidangan mee goreng sebagai pengalas perut kita? Pertambahan penduduk tidak berupaya ditampung oleh pengeluaran bahan makanan yang semakin terhad.

Jengoklah di belakang rumah kalau ada tanah kosong yang boleh ditanam dengan pisang, jagung, ubi kayu dan sayuran dan buah-buahan. Tidak perlulah kita membelinya. Kalau sebahagian besar dari kita bertekad mengambil langkah ini, tidak mustahil satu hari nanti kita tidak perlu lagi ke pasar. Ternaklah ayam. Buat kolam dan peliharan ikan. Kita memang boleh melakukannya kalau kita mahu. Kerajaan perlu mengagihkan 4 bilion untuk tujuan ini dengan sebaik2nya. Kalau ada yang berminat untuk menanam padi permudahkan urusan di jabatan pertanian. Bekalkan benih, baja dan sebagainya secara percuma. Khidmat nasihat perlu diperhebatkan. Kita pernah berjaya dengan Rancangan Buku Hijau dulu, jadi tidak ada sebab kita tidak boleh melakukannya sekali lagi. 4 bilion bukan jumlah yang kecil. Pastikan bantuan sampai ke sasarannya. Jangan ada seleweng di sana sini. Yang berminat nak tanam sayur bekalkan mereka dengan beih dan baja yang baik. Bekalkan benih ikan kepada yang berminat nak menternak ikan dalam kolam. Kerajaan perlu menggariskan secara terperinci bagaimana 4 bilion itu hendak digunakan.

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w