Skip to main content

Batu Pahat

Saya menerima undangan majlis perkahwinan daripada saudara Saat di Batu Pahat. Tidak mampu untuk saya menolaknya justeru beliau bukanlah asing kepada keluarga saya- cuma jarang bertemu sahaja. Kalau pun ada peluang untuk berjumpa pada musim hari raya. Saya, isteri, Haziq, emak, Ani, Aman dan dua anaknya berlepas ke Parit Sulong sekitar jam 1000 pagi dan tiba kira-kira dua jam selepas itu. Lantaran ini merupakan kunjungan sulung saya ke rumah pengantin, tambahan pula waktu hujung tahun begini memang sarat dengan majlis perkahwinan di sana sini, kami tersalah rumah. Itulah orang tua sudah berpesan: malu makan perut lapar dan kalau malu bertanya sesat jalan nanti. Rasakan. Namun kesesatan kami berbaloi kerana juadah yang dihidangkan benar-benar menyelerakan. Khabarnya Wak Din yang merupakan abang kepada bapa pengantin didatangkan khas dari Segamat untuk menghasilkan masakan yang sedap dan lazat itu. Apa yang menarik perhatian saya, tetamu tidak dibekalkan dengan telur rebus atau gula-gula seperti selalu tetapi sebiji telur asin yang disalut kemas dengan sudu. Bagus juga idea itu.

Selepas meninggalkan majlis emak mencadangkan supaya ronda-ronda sambil membeli belah di sebuah pusat membeli belah, Batu Pahat Mall sebelum beredar pulang ke Segamat sekitar jam 5 petang.

Pena Tumpul - Teringat ketika menjadi Raja Sehari 1991

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w