Skip to main content

Penapis

Cubaan demi cubaan dibuat keatas isteri saya oleh rakan baiknya memujuknya supaya membeli penapis air. "Belilah, ramai kawan saya yang dah menggunakannya dan semuanya begitu takjub dengan kehebatan penapis air ini. Yang ada masalah gastrik sudah mula beransur baik" katanya cuba meyakinkan si isteri. Namun isteri masih belum cukup teruja dan terangsang untuk membelinya. Begitu juga saya yang sebelum ini pun telah didatangi dengan penjual pelbagai jenama penapis air. " You tahu tak air yang kita minum selama ni kat rumah tu belum cukup bersih malah tercemar dengan pelbagai kotoran seperti bahan logam yang memudaratkan kesihatan dalam jangka panjang". Begitulah antara ungkapan klise yang sering dilontarkan untuk memikat hati pembeli. Pun begitu, kami masih lagi belum bersedia untuk membelinya sehinggalah pada petang ini kami menyatakan persetujuan untuk memiliki satu unit penapis jenama Bio-Aura edaran Hai-O Marketing. Namun kesediaan kami untuk membelinya kali ini banyak didorong oleh faktor "kesian" kat kawan yang tidak jemu-jemu memujuk. Selain itu berapa sangatlah RM2080 untuk dibandingkan dengan kesihatan yang tidak ternilai. Selebihnya kami ingin mencubanya dahulu dan melihat sendiri hasilnya. Sejak petang ini kami tidak putus-putus meminum air yang khabarnya dikatakan kedua terbaik selepas air zam-zam. Mama pula membasuh beras dengan air

Pusingan pertama sudah selesai. Kami selesa dengan penapis air yang dijamin seusia hayat dan tidak perlulah bimbang lagi tentang pelbagai cerita yang menakutkan tentang air paip yang kita minum bertahun-tahun. Klorin yang dikatakan penyebab kanser antara maklumat yang menggegar hati dan perasaan. Kalau demikian halnya, bagaimanalah pula nasib mereka yang tidak cukup mampu untuk memiliki penapis air bagi menyaring segala kotoran dan racun yang terkandung dalam air tersebut? Kasihan mereka terus-terusan menggogok air paip yang cuma nampak bersih pada zahirnya itu.

Bijak pandai ada berkata" Health is better than wealth" Bagi yang bersetuju tentunya tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang ringgit untuk sebuah kesakitan yang baik. Apalah yang ada pada wang berjuta kalau makanan enak tak dapat dirasa, hidup menderita menanggung sakit tidak terkata. Namun tidak semua melihatnya begitu. Bagi kebanyakan orang kita kelihatannya lebih cenderung berhabis wang untuk barangan yang tidak langsung menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan. Saya pula melihat "Health is equally important as wealth" . Justeru itu, pusingan kedua kami sudah bermula. Isteri sebok menghubungi rakan taulan, saudara mara yang mungkin terpanggil untuk memiliki penapis air seperti kami. Sambil menyelam minum air. Badan sihat wang berlipat-lipat. Teruja betul kami berdua mendengar cerita yang telah berjaya merasai "mewah" kerana kesungguhannya menjual penapis air ini. Hari Isnin mendatang (8Jun) kami bakal mengundang seorang personaliti yang telah berjaya untuk sama-sama berkongsi kesihatan dan kemewahan. Saya mencabar isteri saya untuk membuktikan kejayaan seperti mereka dan saya sendiri tidak teragak-agak untuk melabur RM20 ribu untuknya. Tidak terujakah?

Pena Tumpul - Kita tidak kisah berhabis untuk aksesori kereta dan tv skrin besar

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w