Skip to main content

Pertemuan

"Awak ini Ahmad Kamil kan?" sapa seorang tukang sapu wanita yang tidak pernah saya temui sebelum ini ketika saya terserempak dengannya pagi ini. "Baru bertugas di sini agaknya", kata hati saya." Ya, saya Ahmad Kamil". "Awak siapa ya?" balas saya. "Tentu awak masih ingat zaman sekolah rendah kita dahulu. Saya Siti Noridah Dini satu kelas dengan awak dulu, termasuk Nazari, Zul, Rosli, Johari."ujarnya seolah-olah ingin meyakinkan saya. Beberapa nama yang pernah saya dengar terpacul keluar dari mulutnya dan sekaligus menyentak ingatan saya kepada mereka semua. Saya memang tidak mengenalinya langsung sekiranya dia tidak mengenalkan dirinya. Setelah 36 tahun berlalu, tanpa diduga kami ditemukan dalam suasana yang berbeza dan perubahan diri yang sukar dikecam. Saya masih ingat kami membawa haluan masing-masing sebaik-baik sahaja melangsaikan alam sekolah rendah. Selepas itu kami tidak pernah bertemu lagi. Siti tidak meneruskan pengajian di sekolah menengah dan khabarnya menamatkan zaman gadisnya dalam usia yang amat muda. Sudah begitu pilihannya. Menurut Siti, dia baru sahaja seminggu bertugas sebagai tukang sapu di UiTM ini dan hatinya kuat berkata yang dia tidak salah orang bila terpandang nama saya di pintu bilik. Saya sempat bertanya kepadanya tentang kawan-kawan yang lain seperti
Roslina, Talha, Md Sam, Aziz, Parman, Zalbiah dan sesiapa sahaja yang terlintas di ingatan ini. Terfikir juga untuk menubuhkan Alumni pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Anam, tentu seronok dapat bertemu kembali berkongsi pengalaman dan cerita bertahun-tahun! Selepas itu saya membiarkannya seketika melunaskan tugasnya dan saya kembali semula ke bilik yang bersapu kemas dan bersih oleh salah seorang rakan se kelas saya. Begitu ketentuanNya yang memberikan hambaNya peranan untuk dipikul penuh tanggungjawab.

Pena Tumpul - Rasa lucu bila menyapanya" makcik, boleh tolong sapu bilik saya ke?"

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w