Skip to main content

Jadi

Ada ketika-ketikanya kita selalu tidak percaya dengan diri kita sendiri. Kita berkecenderungan untuk membandingkan diri kita dengan orang lain, dan merasa orang lain lebih kaya, lebih pintar, lebih tampan dan cantik dari kita dan sebagainya. Dan kita sering membuang waktu kita untuk berkhayal seandainya kita menjadi seperti orang lain.

Padahal dengan menjadi orang lain, dengan berada pada posisi orang lain, dengan segala kekayaan dan kecerdasan atau segala bakat yang sama seperti yang dimiliki orang lain, belum tentu kita boleh berkembang atau memperolehi kebahagiaan seperti yang kita harapkan. Kerana semua orang memiliki kelebihan dan peranannya masing-masing.

Itulah yang saya nasihatkan kepada Haziq. Dia selalu sangat menyuarakan ingin menjadi orang lain yang dilihatnya lebih hebat daripadanya. Dia tidak berasa gembira dengan apa yang dimilikinya. Saya katakan padanya, kita tidak boleh jadi orang lain tetapi kita boleh berusaha dengan kekuatan yang kita ada untuk memiliki segala kelebihan seperti orang lain, tetapi tidak pula sampai menjadi orang lain. Ia perlu difahami betul-betul.

Lebih baik kita fokus pada apa yang kita miliki, dan kembangkan segala potensi yang ada dari sibuk-sibuk hendak jadi orang lain.

Ibarat kisah lampu rumah api dan lampu minyak. Lampu rumah api yang gagah dengan sinarnya menerangi kegelapan malam dan menjadi panduan bot-bot para nelayan mencari arah dan petunjuk menuju pulang.

Namun dari jauh, pada sebuah jendela kecil di rumah penjaga rumah api, ada sebuah pelita yang setiap malam melihat dengan perasaan iri hati ke arah rumah api. Dia mengeluhkan keadaan dirinya yang cuma layak berada di dalam rumah yang kecil dan gelap, menyedihkan, memalukan dan tidak terhormat berbanding dengan lampu rumah api yang kelihatan sangat hebat, terang dan perkasa!


Dia mengimpikan untuk berada di rumah api itu agar kelihatan hebat seperti lampu di rumah api. Dia berharap saat itu akan tiba juga. Harapannya tercapai juga. Suatu ketika, di suatu malam yang pekat, pekerja rumah api membawa pelita itu untuk menerangi jalan menuju rumah api. Setibanya di sana, penjaga itu meletakkan pelita itu  dekat rumah api dan meninggalkannya di sebelah lampu rumah api. Pelita merasa sangat gembira. Impiannya menjadi kenyataan. Dia boleh bersanding dengan rumah api yang gagah.

Tetapi, kegembiraannya hanya sesaat. Ini kerana perbandingan cahaya yang tidak seimbang, maka tidak seorang pun yang melihat atau memperhatikannya. Bahkan, jika dari jauh, cahaya pelita hampir tidak kelihatan sama sekali kerana ia memang begitu lemah dan kecil.

Di masa itulah, pelita itu menyedari satu perkara. Dia tahu bahawa untuk menjadikan dirinya bererti, dia harus berada di tempat yang tepat, iaitu di dalam sebuah bilik. Tidak kira berapa kotor, kecil dan usangnya bilik itu tetapi di sanalah dia lebih bermanfaat. Kerana walaupun cahayanya tidak sebesar rumah api, pelita kecil sepertinya juga boleh memancarkan sinarnya menerangi kegelapan untuk orang lain.

Rasa iri hati kerana selalu membandingkan diri dengan yang lain selalunya cuma  buat diri kita tidak bahagia dan tidak berfaedah juga!

Pena Tumpul - Teringat berdekad lalu tinggal di kampung cuma disinari cahaya suram pelita minyak tanah

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w