Skip to main content

Pen

Pandainya jurujual melakukan barangnya. Saya juga bijak mengesan helah dan muslihatnya. Dia pernah datang dua bulan yang lalu menjual barang yang sama tetapi saya tidak begitu berminat untuk membelinya kerana tidak dirasakan keperluan kepada barang tersebut. Harganya juga agak mahal berbanding kualiti barang itu sendiri.

Hari ini dia datang lagi juga membawa barang yang sama. Dia adalah seorang jurujual pen yang sedang berusaha mencapai sasaran jualan. Pastinya dia kena berhempas pulas untuk memenuhi sasaran yang telah ditetapkan. Kali pertama dulu dia datang dengan dua jenis pen. Satu agak murah dan dikira jenis biasa-biasa. Yang satu lagi relatif lebih mahal dan agak istemewa bentuknya malah fungsinya juga. Namun harganya yang agak mahal menyekat keinginan saya untuk membelinya dulu.

Kali ini dia membawa tiga jenis pen yang berbeza model dan fungsinya termasuk dua jenis pen yang pernah dibawanya dulu. Pen jenis ketiga ternyata lebih mahal daripada dua jenis pen itu. Namun dia sebenarnya tidak berhasrat pun untuk menjual pen jenis ketiga. Dia lebih berminat untuk melariskan pen yang kedua itu. Dia memang bijak. Kewujudan pen ketiga menjadikan pen jenis kedua secara relatifnya lebih murah walaupun dia nampak mahal tanpa pen ketiga itu dahulu. Itulah tujuan dia sebenarnya. Lazimnya pembeli akan memilih sesuatu yang sederhana harganya, tidak murah dan tidak pula mahal sangat.

Penjual itu berjaya!

Pena Tumpul - Suka cerita tentang sebuah negara dimana semua rakyatnya buta dan ketika itu seorang yang punya cuma satu mata dialah raja. Namun di sebuah negara di mana semua orang celik sempurna siapalah dia!

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w