Skip to main content

Sekufu

Jangan dipandang enteng soal sekufu. Lebih-lebih lagi bagi perempuan yang berkira-kira untuk memilih calon bakal teman hidupnya. Itu kata Ustaz Badrishah lewat corong radio pagi ini. Katanya, bagi lelaki tidaklah perlu berkisah sangat tentang bakal isteri yang ingin dipilihnya. Pilihannya boleh sahaja tidak sekufu dengannya.

Kata Ustaz lagi jangan ada sesiapa yang beranggapan bahawa perkahwinan boleh berlaku antara lelaki dan perempuan asal sahaja hati sudah suka sama suka. Soal sama ada lelaki ada kerja atau tidak dan soal perempuan yang lebih tinggi pendapatannya berbanding lelaki memang perlu diberikan perhatian.

Lantas Ustaz menganjurkan tiga kunci yang perlu dimiliki oleh seorang bakal suami. Tiga kunci itu ialah kunci rumah, kunci pejabat dan juga kunci kereta. Kunci rumah pastinya merujuk kepada keperluan untuk lelaki memiliki sebuah rumah dahulu seadanya sebelum sibuk-sibuk memikirkan soal ingin berumah tangga. Kata orang bila berkahwin nanti masuk rumah cuma basuh kaki sahaja.

Kunci pejabat juga perlu ada. Berumah tanpa pejabat tidaklah dikira lengkap lagi. Mulut perlu disuap dan tembolok perlu diisi. Bila ada kunci pejabat bermakna adalah kerja untuk kita. Tidak kiralah apa jawatan kita. Kalau ditakdirkan memang kerja kita memegang kunci pejabat dan membukanya setiap pagi dan menutupnya di hujung petang tiadalah salahnya daripada tidak mempunyai kerja langsung dan lebih malang lagi kalau bergantung kepada ehsan isteri.

Jangan lupa juga memiliki kunci kereta supaya mudah untuk ke sana kemari nanti. Kalau tidak mampu kereta, rasanya tidaklah teruk sangat untuk bermula dengan motor dahulu. Lama-lama nanti roda dua akan bertukar empat pula. Cuma memerlukan sedikit kesabaran.

Biar bagai pinang di belah dua, dan bukan dibelah-belah!

Pena Tumpul - Teringat cerita Beauty and the Beast

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w