Thursday, October 27, 2011

Solat

Buku ini menarik perhatian saya di Ekspo Buku Islam. Khabarnya antara buku yang terlaris di [pasaran. Saya membelinya kerana saya lapar. Tajuknya sudah cukup memukau. Saya tidak boleh terlalu yakin bahawa solat saya selama ini sudah cukup sempurna. Pasti ada sesuatu yang boleh saya ceduk dari buku ini dalam memantapkan lagi kualiti solat saya.

Saya meninjau sekali lalu isi kandungannya. Tidak banyak berbeza dengan buku tentang solat yang pernah saya baca sebelum ini. Lantas, di mana kelebihannya buku ini? Tidak kenal maka tak cinta.  Saya baca lebih teliti dan saya mulai menemui kelainan buku ini.

Rasulullah ada bersabda: "Solatlah sebagaimana engkau melihat aku solat"
                                                              Riwayat al-Bukhari)

Namun realitinya sekarang apa yang kita lihat semacam tidak selari dengan hadis tadi.  Setiap individu yang bersolat ada gayanya yang tersendiri.  Ada yang angkat takbir paras bahu, ada yang sampai paras telinga dan macam-macam lagi. Bagaimana dengan gerakan solat yang lain?  Adakah kita solat berdasarkan ilmu atau sekadar mengikut apa yang dibuat oleh orang-orang terdahulu? Adakah apa yang kita lakukan selama ini betul dan mengikut apa yang diajarkan oleh Rasulullah? 

Saya melihat buku karya Ustaz Zaharuddin ini dapat menjawab persoalan tadi. Buku ini boleh membantu kita untuk membetulkan solat diri sendiri juga untuk mengumpul pahala semaksimum mungkin daripada solat yang kita lakukan sepanjang hayat.

Di awal tulisan, penulis mengutarakan tentang kenapa ulama berbeza pandapat dalam menentukan hukum dalam hal  berkaitan solat dan bagaimana sikap kita dalam menangani perbezaan itu.

Penulis menerangkan mengenai cara solat yang betul mengikut sunnah bermula daripada takbiratulihram hingga kepada salam.  Setiap gerakan solat akan diterangkan secara separa ilmiah berserta dengan hadis sebagai dalil dan gambar berwarna untuk memudahkan kefahaman.   Selain tu, pandangan ulama mazhab yang lain juga diletakkan untuk membantu kita memahami perbezaan antara ulama mazhab tadi. Satu persembahan yang cukup menarik dan berkesan.

Khusyuk dalam solat juga turut dikupas. Mengapa kita tidak khusyuk dalam solat?  Namun yang lebih lagi menarik tentang buku ini bila penulis membicarakan juga mengenai beberapa kesalahan yang sering dilakukan dalam solat dan sebahagian besarnya sering kita lihat di masjid atau pun di surau tempat kita sendiri.

Saya mahu mendirikan solat bukan mengerjakan solat! 


Pena Tumpul - Berbaloi

No comments:

Sambilan

S etelah dua hari bekerja, Haziq mengadu penat. Dia memang ada sebab untuk penat kerana sepanjang bekerja dia memang tidak ada peluang u...