Skip to main content

Ilmu

Saya menghadiri ceramah Maulid Rasul di dua lokasi yang berbeza hari ini. Kedua-keduanya menyuntik ilmu tentang junjungan Baginda walau tidaklah banyak. Ada pengulangan maklumat dan sudah acapkali di dengar dari pelbagai sumber di sampaikan oleh orang yang berlainan, sama ada di radio mahu pun tv. Pun begitu ia tetap bermanafaat sebagai peringatan buat insan yang mudah lupa seperti saya.

Di Masjid Jamek Segamat ada satu perkara yang menarik disampaikan oleh Ustaz Najmi tentang Rasulullah. Bahawa kambing merupakan haiwan yang digembala Rasulullah dan bukan lembu dan sebagainya ada hikmah di sebaliknya . Menggembalakan kambing menuntut beberapa sifat daripada seorang penggembala. Antaranya sifat sabar .Penggembala dituntut menunggu dan menjaga serta mengawasi binatang gembalaannya sejak matahari terbit sampailah terbenam, sehingga dapat melatih kesabarannya. Hal ini dapat dilihat dari lambatnya kambing makan, sehingga penggembala memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dalam menghadapinya. Malah sifat sabar jugalah yang diperlukan dalam membina manusia.Kambing memang sukar di urus berbanding lembu. Kedegilan binatang takut air ini terpamer bila semakin kita tarik talinya semakin kuatlah dia melawan dan mengundur ke belakang. Lembu tidak begitu.

Di Masjid Syed Alwee Batu Anam, gandingan Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Noor Gadot saya kira lebih menarik dan berkesan dengan banyaknya input-input segar yang dikongsi. Ustaz Abu Hassan menyentuh dan menegur beberapa perkara yang dilihatnya kerap dilakukan oleh orang Melayu Islam dan perlu diperbetulkan. Antaranya tentang peranan nombor di kalangan segelintir orang Melayu. Bukan luarbiasa kalau kita dengar soal nombor diberi perhatian dalam memilih tarikh perkahwinan dan juga jumlah hantaran. Misalnya ada yang memilih 11.11.11 untuk tarikh perkahwinan. Ia tidak sepatutnya begitu!  Ustaz Abu Hasan menegur juga kebiasaan orang kita sejak turun temurun menggunakan perkataan maulud yang bermakna bayi sedangkan yang sepatutnya adalah maulid yang merujuk kepada kelahiran.

Ustaz Noor Gadut pula mencuit hati dengan ikan baungnya!

Pena Tumpul - Zikir di hatiku

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w