Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Caci

Andainya kita dicaci dan dicemuh oleh orang lain, mampukah kita untuk diam membisu sahaja. Cukup sabarkah kita untuk menerima bulat-bulat patah demi patah perkataan menusuk telinga kita. Saya yakin tidak ramai antara kita yang betah untuk tidak berkata sepatah perkataan pun. 

Kalau hadis ini dijadikan panduan, saya kira ramai dari kita yang memilih untuk diam walau dicaci. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w  sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w,  apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila a…

Percaya

Antara doktor dan ahli politik, siapa yang lebih dipercayai. Secara umum, jika soalan ini diajukan kepada orang awam, rata-rata akan mempercayai doktor. 

Kajian pernah dibuat tidak lama dulu terhadap 15 senarai profesion dan dapatannya memang sudah dijangka. Kajian yang dibuat di negara ini dan juga UK mendapati profesion ahli politik disenaraikan di kedudukan paling bawah sementara profesion doktor di kedudukan paling atas.

Kajian ini dilakukan pada lima tahun yang lalu. Mungkin kini terdapat  perbezaan dari segi tahap kepercayaan orang ramai terhadap profesion yang dinyatakan. Mungkin tahap kepercayaan terhadap ahli politik sudah meningkat atau pun masih kekal di tahap paling bawah itu. Walau apapun keputusan yang diperolehi daripada kajian ini memberi gambaran kepada kita bahawa orang ramai tidak sangat percaya kepada ahli politik. Justeru ahli politik sering dilihat sebagai kumpulan yang suka menabur janji yang tidak ditunaikan. Walaupun tidak semua, namun realitinya itulah yang k…

Guru

"Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola"
Hari Guru datang lagi.Setiap kali hari yang istemewa ini disambut, setiap kali itu jugalah saya tidak mampu menangkis ingatan terhadap guru-guru yang pernah mendidik saya seawal darjah satu pada tahun 1968 dulu.

Saya diajar oleh guru yang pelbagai ragam. Guru yang baik dan garang juga. Guru yang rajin bercerita di dalam kelas. Ada yang liat masuk kelas sehingga terpaksa di "undang" ke kelas oleh ketua darjah. Ada juga guru yang sentiasa di nanti-nanti kehadirannya. Guru yang agak garang sentiasa sahaja diharapkan agar tidak datang atau tidak masuk kelas. Ada guru yang sepanjang masa mengajar sambil duduk.

Ada guru yang masuk sahaja ke kelas terus menuju papan hijau dan berlangsunglah adegan menyalin nota yang tidak berkesudahan. Ada pula guru perempuan yang suara cukup lembut sehingga tidak pasti apa yang diajarnya. Bagi guru wanita yang cantik rupawan digilai oleh pelajar lelaki dan tidak betah di usik di dalam kel…

Ibu

Sebak dan sayu. Itulah perasaan saya sepanjang hampir sejam di depan tv malam ini. Bukan tonton drama Melayu yang melankolik pun. Bukan juga dibuai cerita Hindustan yang meleret-leret dan mendayu-dayu itu. Mudahnya tersentuh dan terusik kalau kisah ibu yang dibualkan. Walaupun saat itu ibu tidak di samping terasa kehadiran ibu dan sangat dekat. Itulah kuatnya hubungan anak dengan ibu yang melangkaui jalinan fizikal. Jalinan itu sentiasa bertaut di hati dan perasaan.

Dalam sendu panelis berbicara tentang ibu. Ibu adalah wajah terindah. Selagi ada, pandanglah dan tataplah wajah ibu kerana memandangnya pun sudah dianugerah pahala. Betapa tingginya darjat seorang ibu, Kata Ustazah Zawiah, bila seorang ibu rasa cukup rindu kepada anaknya dan sampai menelefon anaknya, itu pun anak sudah dikira derhaka. Atas alasan sebok dan jauhnya jarak yang memisah, adakalanya anak juga sampai lupa untuk menjengah ibu. Rindu ibu pada anak pasti terlerai walaupun cuma sekadar panggilan telefon yang tidak s…

Kesan

"Atok kata Milo ada cacing. Tak nak Milo lagi"
Begitu terpacul dari mulut Hafiz bila isteri menyuakannya secawan Milo petang ini. Dia menolaknya. Dia meminta minuman yang lain tetapi tidak sekali-kali Milo. Sebelum ini itulah minuman kesukaannya sejak beberapa tahun yang lalu. Kuatnya kesan apa yang didengar dan juga dilihat sehingga mampu mengubah sesuatu yang biasa. Lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil. Hafiz seorang anak kecil yang baru mengenal dunia. Di usia enam tahun, tentunya tidak sukar untuk mencorakkan laku tingkahnya.

Ketika anak kecil mudah dirombak fikirannya ia tidak sangat mudah pada orang dewasa. Apa yang dilihat dan didengar tidak mungkin sangat berkesan dalam mengubah pemikiran dan tindakan. Namun anak kecil yang tidak tahu apa-apa dan ibarat kain putih bersih mudah menurut apa yang orang tua kata.

Saya pernah menunjukkan keratan akhbar ini kepada seorang rakan rapat saya. Dia seorang yang sangat kuat merokok. Perokok tegar saya kira. Saya sangat harap di…

Sedikit

Acapkali kita dihinggap rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Kita rasa marah dan tidak senang hati bila apa yang kita inginkan, bukan itu pula yang terhampar di depan mata. Kita mula merungut dan melemparkannya pula pada orang lain. Dalam bahasa yang amat mudah kita tidak mahu bersyukur dengan apa yang kita ada. Sememangnya inilah yang banyak berlaku sekarang. Sedikit sangat yang bersyukur. Pagi ini Diko marah-marah dan enggan pergi ke sekolah. Sebabnya hanya kerana Atoknya menggunakan motor dan bukan kereta seperti selalu. Dia segan. Itu sahaja alasannya.

Ingin saya berkongsi cerita yang saya baca ini. Ia berkait rapat dengan sikap kita yang enggan bersyukur.

Suatu hari ,sedang Sayidina Umar bin al-Khattab berjalan-jalan,beliau terdengar seorang lelaki berdoa.Doanya:'Ya Allah,jadikan aku daripada golongan yang sedikit."Sayidina Umar kehairanan lalu beliau bertanya kepadanya: "doa apakah ini?"

Beliau menjawab : "Sesungguhnya aku pernah mendengar firman All…

Layan

"Mak manalah tahu Bahasa Inggeris"

Bila saya sampai di rumah adik lewat tengahari ini, saya lihat emak sedang melayan dua orang cucunya. Melayan pertanyaan Hafiz dan Hadif yang menyiapkan kerja sekolahnya. Kedua-dua cucunya ini lebih banyak masanya dengan emak berbanding ayah dan emaknya yang sangat sebok bekerja. Saya tahu emak tiada masalah membantu cucunya ini. Di peringkat tadika, tidaklah sukar sangat pun.

Emak memang tidak bersekolah tinggi. Kata emak, dia cuma sempat sekolah Melayu sampai darjah Tiga sahaja. Lepas itu emak diminta berhenti oleh Atok kerana tidak mampu kononnya. Pun begitu, emak boleh membaca, menulis dan mengira yang paling asas. Cuma emak agak hodoh tulisan ruminya. Jadi, emak lebih banyak menulis Jawi dan lebih selesa membaca Jawi juga.

Saya juga tahu emak tidak tahu bahasa orang puteh ini. Sebab itu, bila Hafiz dan Hadif minta bantuannya untuk subjek ini emak tidak boleh buat apa-apa. Selalunya, bila sesekali saya terserempak dengan dua orang anak …

Alternatif

Saya diperkenalkan dengan idea The 4th Alternative oleh Tuan Fazrul Ismail. Katanya, idea ini didapati daripada hasil diskusi beliau bersama rakan dan juga melalui bacaan buku berjudul The 3rd Alternative, karya Steven R. Covey. Saya melihatnya sangat bagus kerana ada penambahbaikan. daripada idea Covey itu.

Tidak dinafikan dalam  kehidupan, seringkali kita menghadapi masalah atau kadang-kadang kita menghadapi satu tugas, agenda atau kerja yang perlu diselesaikan. Bagaimana kita uruskan masalah tersebut? Di dalam The 3rd alternative diperkenalkan istilah, My Solution, Your Solutin, Our Solution. Menurut teori ini, untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik bagi menyelesaikan masalah yang sedia ada, perlu melibatkan My Solution dan Your Solution  supaya menjadi Our Solution.

Kita jangan lupa alternatif ke empat. Di samping unsur My Solution, Your Solution, Our Solution, unsur yang paling penting adalah His Solution (Allah). Selepas berusaha kita bertawakal kepada Allah. Se…