Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Mewah

Saya berkesempatan berbuka puasa dengan keluarga petang ini. Hampir semua adik beradik melapangkan diri balik untuk berbuka bersama emak. Sesekali berpeluang berbuka bersama memang menyeronokkan. Emak dilihat gembira bukan kepalang. Emak terjemahkan kegembiraannya itu dengan menyajikan lauk pauk yang memenuhi citarasa hampir setiap orang anak-anaknya, malah cucunya juga.

Sesekali berkumpul begini saya cadangkan kepada emak untuk makan bersila di lantai sahaja. Bukan luar biasa kalau juadah berbuka puasa tidak setakat yang dimasak sahaja. Pasti ada kecenderungan untuk tambah dan tambah lagi dengan yang dibeli pula. Tidak lengkap gamaknya kalau berpuas hati dengan apa yang ada. Walaupun emak sudah menyediakan ayam dalam pelbagai versi, ada kari, ada masak kicap juga malah ada sup juga, ia tidak cukup lagi sebenarnya.

Tarikan bazar Ramadan sangat kuat walaupun juadah yang emak sediakan sebenarnya sudah cukup kuat untuk menutup selera kami pada juadah yang di jual di bazar Ramadan itu. M…

Ramadan

Ramadan datang lagi. Hadirnya memang sangat-sangat dinanti. Alhamdulillah kerana diketemukan lagi dengan bulan pesta ibadah ini. Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Jika bulan Ramadhan tiba, pintu pintu syurga dibuka, sedangkan pintu pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu. (Al-bukhari & Muslim)

Mungkin berkat syaitan yang dirantai, maka ramai manusia yang berwajah iman. Topeng syaitan ditinggalkan seketika. Wajah berseri dek gembiranya melakukan ibadah yang digandakan hadiahnya. Ibarat mendapat bonus gaji layaknya. 

Namun ini hanya berlaku ketika bulan Ramadhan.Tiba tiba ibadah digandakan.Tiba tiba bangun qiamullail.Tiba tiba tahap kesabaran meningkat.Tiba tiba segala yang lagha semua ditinggalkan.Tiba tiba melakukan amalan sunat yang banyak.Tak mengapa andainya ibadah bulan Ramadhan dilakukan secara mengejut. Tak mengapa andai malaikat Raqib sibuk sedikit dan Atid pula bersenang lenang kerana tidak disibukkan untuk merekodkan amalan buruk seseorang. Alhamdu…

Semangat

Hari ini saya bertiga di KFC, beberapa hari sebelum Ramadan menjenguk. Sejak beberapa hari yang lalu Haziq tidak putus-putus memberitahu saya supaya ke restoran segera ini. Katanya, sudah agak lama tidak merasai ayam goreng yang resipinya diasaskan oleh Kolonel Sanders ini. Ayam goreng yang lain pernah dirasanya hatta yang digoreng oleh mamanya sendiri pun tidak boleh menandingi rasa lazat dan sedap ayam KFC ini. Lalu, sesuai sangatlah dengan taglinenya, 'sehingga menjilat jari' itu!

Sambil menikmati ayam goreng, saya sempat bercerita tentang Kolonel Sanders dengan harapan boleh menyuntik semangat kami, lebih-lebih lagi Haziq. Kata orang, sambil menyelam minum air. Ketika makan bersama adalah momen terbaik untuk berkongsi cerita dan meyampaikan pesan nasihat juga. Haziq memang mudah sangat patah semangat sedangkan semangat cekal sangat diperlukannya untuk mendepani peperiksaan besar yang semakin hari semakin hampir.

Khabarnya Kolonel Sanders berjaya dengan resepi ayam gor…

Telefon

Khabarnya, mulai tahun depan pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah, Ini dinyatakan salah seorang Timbalan Menteri di Kementerian Pendidikan. Persoalannya, perlukah? Kenapa dibenarkan dibawa sedangkan dahulu dilarang?

Cadangan ini kalau dilaksanakan ada baik dan buruknya, Ada kalangan ibu bapa yang berpandangan cadangan ini baik kerana anak mereka perlu berada dalam situasi yang senang dihubungi andai berlaku sebarang kecemasan. Selain dari keperluan yang satu ini, saya tidak nampak lagi sebarang alasan untuk mewajarkan cadangan ini.

Membenarkan telefon bimbit di tangan pelajar sewaktu di sekolah tidak akan mencetuskan masalah besar kalau telefon ini tidak lebih sebagai alat untuk berhubung sahaja. Ia jadi masalah kerana telefon yang ada kini pelbagai fungsi dan aplikasinya. Kebanyakan telefon sekarang dilengkapkan dengan aplikasi untuk menonton pelbagai bentuk media yang mudah dimuat turun pun. Harganya pun bukanlah sangat mahal untuk dimiliki oleh para pelajar. Inilah …

Sentuhan

Seorang remaja yang menunggang motosikal tersasar dari laluannya dan masuk dalam laluan bertentangan. Saya hampir sahaja bertembung dengannya kalau saya tidak pantas bertindak mengelak kemaraannya. Dari jauh lagi saya dapat melihat walau tidak jelas remaja ini sedang asyik dengan telefon bimbitnya. Saya pasti dia sama ada sedang membaca mesej yang masuk atau pun sedang menulis mesej. Pemandangan begini bukan baru sekali dua saya lihat malah sudah acap kali.

Akrabnya kita dengan telefon bagai tidak boleh dipisahkan. Justeru itu di atas motosikal pun masih boleh "bermain" dengan alat ajaib ini.Keakraban ini menjalar hampir di mana-mana dan pada sesiapa sahaja tidak mengira usia. Namun ia lebih dominan di kalangan Generasi Y yang sebahagian besarnya memang lahir dalam zaman ketika mana alat-alat canggih ini sudah sedia berkembang. Bukan pemandangan luar biasa lagi kini, kalau sambil jalan-jalan di bandar dan lihat di sekeliling kita komunikasi yang berlaku lebih bertumpu dengan…

Meniru

Perbuatan meniru dalam peperiksaan bukanlah baik. Cubaan untuk meniru itu punsudah dianggap salah apatah lagi meniru. Saya melihat adanya cubaan untuk meniru di kalangan segelintir pelajar yang menduduki peperiksaan yang saya awasi baru-baru ini. Ia memang cubaan yang sangat nekad dan berani dari pelajar ini.

Kenapa meniru? Jawapan paling pasti pelajar ini mungkin tidak cukup bersedia untuk menduduki kertas peperiksaan tersebut. Dorongan untuk mendapat markah yang baik mungkin sangat tinggi, lantas untuk menyajikan jawapan yang terbaik ketika otak sangat kosong dengan jawapan yang diperlukan, jalan pintas ialah meniru. Kaedah meniru berubah mengikut peredaran masa. Kalau dulu, meniru dilakukan dengan menyeludup nota ke dalam dewan peperiksaan atau pun menulis di tapak tangan. Kalau nasib baik memang boleh terlepas dari pandangan pengawas peperiksaan. Di zaman teknologi serba canggih kini, kaedah meniru makin bergaya. Telefon bimbit selalunya gajet perantara yang amat membantu dalam me…