Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Rugi

"Ala, ruginya tak tengok bola semalam. Terlupa nak set jam".

Haziq menyatakan rasa ruginya kerana terlepas menonton bola di tv malam tadi. Saya melihat Haziq silap meletak rugi pada tempatnya.Terlepas menonton perlawanan bola merugikan? Perlu difikirkan sama ada "rugi" tersebut memberi manaafat atau tidak kepada kita.

Rugi di dunia mungkin boleh dicari, namun rugi di akhirat sangat berbeza. Apabila kehidupan ini dibiarkan berlalu tanpa ada bekalan yang cukup untuk dibawa pada hari perhitungan, itulah rugi yang sebenar. MengadapNya dengan tangan kosong dan tanpa bekal yang menucukupi itulah rugi malah memalukan!

"Sayangnya hari ini hujan pula. Tak dapat pergi dengar ceramah ustaz, ruginya!"

Rugi yang sebenarnya ialah apabila kita terlupa menambah nilai kebaikan buat diri kita. Dunia adalah tempat bercucuk tanam pohon kebaikan, manakala akhirat tempat kita menuai segala kebaikan. Sebenarnya juga tidak rugi pun kita bersusah payah untuk kesenangan di akhirat …

Penilaian

Saya makan bersama isteri, Haziq dan Hafiz di sebuah restoran malam tadi. Sedang kami menikmati hidangan, sekonyong-konyong masuk seorang budak dalam lingkungan belasan tahun. Dia memang menarik perhatian saya. Pakaiannya agak lusuh dan kelihatan bertampal di sana sini. Nampak sangat daif. Hafiz yang tidak tahu apa-apa pantas bersuara, "Bang Ngah,teruk ya baju budak tu, sian dia".Haziq tidak berkata sepatah pun tetapi tekun menyantap nasi goreng pataya kegemarannya. 

Budak lelaki itu dihampiri pelayan dan diberikan menu untuknya membuat pilihan. Saya nampak pelayan tersebut hairan mengapa budak itu berani masuk ke dalam restoran itu. Dia pastinya beranggapan budak itu tidak mampu membayar makanan yang ada berdasarkan penampilannya itu.

Saya dengar dia bertanya kepada pelayan itu,“Berapa harga ais krim strawberry dan cokelat?”Pelayan itu didengar menjawab, "RM20.00"


Budak itu menyeluk koceknya dan mengeluarkan beberapa keping siling dan mengiranya. Setelah itu di…

Pendosa

Saya menegur Haziq yang bercerita sesuatu yang tidak baik tentang kawannya. Bahawa kawannya
memang kerap mencuri, tidak hormat ayah dan ibunya, tidak pernah solat dan sebagainya walaupun benar namun dia tidak seharusnya dilihat begitu.Haziq tidak sewajarnya menilai kawannya begitu kerana dia tidak berlaku adil kepada kawannya.

Walaupun kita relatif lebih baik berbanding dengan orang lain, kita tidak seharusnya merasa diri kita sudah sempurna.Jangan ingat hari ini kita beriman, esok lusa kita pasti beriman lagi. Hati kita ini di hujung kekuasaanNya bagi membalikkannya. Justeru itu kita kena jaga iman kita baik-baik, begitu juga iman kawan-kawan kita dan bukannya membiarkan mereka dalam lubang kehinaan selama-lamanya.

Saya pernah terbaca sebuah berkisah yang berkaitan dengan bolak balik iman ini. Kisah ini mengajar kita bahawa langit tidak selalunya cerah. Ada ketikanya akan mendung juga.Ia kisah berkenaan seorang alim memandang hina kepada seorang Nasrani yang dilanggarnya secara tida…

Kreatif

Saya membeli majalah Solusi edisi terbaru. Antara ruangan yang cepat menangkap perhatian saya ialah ruangan angguk geleng di halaman akhir majalah. Ia menyajikan cerita yang menarik namun tersirat pengajaran. Saya tertarik dengan kisah anggur, epal dan air. Ia tentang kebijaksanaan seorang Ustaz dalam mematahkan hujah lawannya, seorang profesor.

Ada seorang profesor yang skeptikal terhadap ustaz-ustaz. Pada pandangannya, semua ustaz kolot dan mempunyai tahap intelek kelas ketiga. Hanya pandai mengajar dan berceramah.

Selalunya dia akan berkawan dengan ustaz hanya untuk mengenakan mereka. Setakat ni dah lebih 20 orang ustaz berjaya dikenakan olehnya..

Kali ni profesor bertemu lagi dengan seorang ustaz..Lalu berlakulah pertikaman lidah antara mereka berdua.

Profesor : Saya sangat suka anggur. Salahkah saya suka memakan anggur?
Ustaz : Tentunya tidak..
Profesor : Kalau saya makan anggur dan epal?
Ustaz : Tiada masalah..
Profesor : Bagaimana pula jika anggur dan epal itu saya kunyah-kunyah, …

Diskriminasi

Seorang sahabat lama yang ditemui hari ini bercerita panjang tentang pengalaman kerjanya di salah sebuah syarikat milik orang China. Katanya hampir 10 tahun dia bekerja di syarikat itu. Saya kagum kerana dia dianugerah kekuatan, keberanian dan keyakinan untuk bekerja di sektor swasta ketika ramai yang lain memilih jalan selamat dan selesa dengan bekerja di jabatan kerajaan atau pun sekurang-kurangnya di syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Tidak ramai orang Melayu sepertinya.

Dia menyuarakan rasa terkilannya kerana orang Melayu seolah-olah tidak diberi kepercayaan untuk memegang jawatan tertinggi seperti CEO di syarikat besar milik hartawan China. Melayu memang tidak bekemampuan atau berkelayakankah atau sememangnya Melayu tidak diberi tempat di syarikat milik mereka? Adakah memang mereka mengamalkan diskriminasi?

Menurutnya, yang pernah bertugas di Bahagian Sumber Manusia, sekiranya dilakukan tinjauan terhadap syarikat-syarikat milik orang China, rata-ratanya orang Melayu cuma layak di…

Mata

Masa kecil-kecil dulu emak ayah selalu marah-marah kalau anak tonton TV pada jarak dekat, sebab boleh rosakkan mata kononnya. Saya pun memang suka duduk rapat depan tv lebih-lebih lagi kalau cerita katun. Duduk jauh-jauh tidak rasa seronok lebih-lebih lagi kalau saiz tv agak kecil. Lantas kata-kata emak ayah bagaikan tidak diendah sahaja.

Namun,menurut Akademi Oftalmologi Amerika (AAO), anak-anak menjadi lebih fokus apabila tonton TV pada jarak dekat tanpa mengalami sakit mata, berbanding orang dewasa. Hal yang harus dititikberatkan ialah betulkan tabiat duduk sewaktu di depan TV atau memegang bahan bacaan yang berdekatan. Walaubagaimanapun, kekerapan menonton TV terlalu lama sedikit sebanyak memang boleh menjejaskan penglihatan. Namun ia bukanlah satu-satunya faktor penyebab kerana faktor genetik juga turut menyumbang.

Hafiz yang masuk usia tujuh tahun mengadu tidak nampak dengan jelas tulisan di papan hitam dalam kelasnya. Dia mengadu kepada ibunya dan setelah dilakukan p…