Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Pertunangan

Saya tidak ingat tarikh yang tepat bila saya bertunang. Kalau ingat pun, ia sekitar tahun 1987, kira-kira 26 tahun yang lalu. Majlis itu sangat-sangat sederhana saya kira. Saya hanya mengharapkan Pak Alang saya, isterinya dan anaknya mewakili saya dan ibu bapa saya untuk meminang. Hantaran pun ala kadar  sahaja. Saya tidak turut serta pun dalam rombongan yang cuma sebuah kereta itu sahaja. Saya tahu persiapan di pihak perempuan juga ala kadar.

 Sekarang ini keadaan sudah sangat berbeza. Orang ramai memilih untuk mengikut apa yang ramai orang lain buat, walau pun ia tidak perlu pun. Saya melihat majlis pertunangan sudah macam majlis perkahwinan. Pakai baju macam pengantin. Siap dengan mekap tebalnya. Lagi dahsyat siap dengan pelamin dan hantaran lagi. Kemudian ada pula sesi fotografi dengan pasangan. Posing pulak sudah macam sudah sah suami isteri gamaknya!

Lepas tu, kecoh.. Kecoh sekalian alam. "Aku dah bertunang.. Aku dah jadi milik dia. Tak ada siapa boleh rampas dia dari ak…

Ubi

Bila balik kampung saya tidak pernah melepaskan peluang untuk menikmati sajian masakan kampung yang disediakan oleh nenek dan Mak Utih. Walapun arus permodenan bergerak pantas, nenek nampaknya masih selesa dengan dapor kayunya. Satu sudut khas disediakan untuk itu sekiranya nenek diminta oleh anak cucunya yang balik mengunjunginya sekali-kala untuk memasak menggunakan dapor kayu. Memang tidak dinafikan nasi yang dihasilkan dari atas dapor kayu begitu beraroma dan enak berbanding tanakan dapor jenis moden.

Selain daripada menikmati lauk ikan lais masak asam pedas belimbing dan berulamkan ulam raja, nenek turut mengajak saya dan Aman sama-sama mencabut ubi kayu yang ditanamnya sendiri. Berpeluh juga..hendak mengeluarkannya. Namun, penat kami berbaloi. Kami menikmati ubi rebus nenek dengan enaknya bersama sambal tumis ikan bilis yang tidak dapat digambarkan kesedapannya. Makin sedap bila diiringi hujan lebat yang mencurah-curah membasahi bumi. Mahu sahaja dihabiskan satu periuk ubi rebus…

Bercampur

Haziq bertanya kepada saya tentang sekular. Dia tidak faham dan mahu saya menjelaskannya.Saya mahu dia faham tanpa sukar. Pendekatan terbaik ialah dengan menggunakan analogi.

Saya percaya kita semua pernah melukis.Bila melukis kita akan bermain dengan warna. Begitu juga bila kita mengecat. Kita akan mencampur warna dan cat selalunya. Mencampurkan warna merah dengan putih misalnya dan kemudiannya warna air tersebut bertukar menjadi warna merah jambu.

Begitu juga bila kita buat air teh. Mencampurkan susu, gula dan teh dan akhirnya sejug air terhasil. Andainya  kamu disuruh mengasingkan kembali semua campuran tersebut, mampukah kamu mengasingkannya? Mengasingkan warna merah dan putih dari warna air merah jambu yang telah tersedia? Mengasingkan warna-warna cat? Atau barangkali mengasingkan susu dan gula dari air teh tersebut, mampukah kamu mengasingkannya?

Itulah analogi saya tentang kehidupan ini. Semuanya bercampur sehinggakan kita tidak mampu mengasingkan di antara jahiliyyah d…

Mengalah

Saya mengisi minyak di sebuah stesyen minyak yang agak sibuk. Secara kebetulan pelanggan yang beratur agak ramai. Saya berada di celah-celah barisan itu. Di depan saya menunggu giliran seorang lelaki yang agak berusia sekitar lewat 60an. Di belakang kaunter pula ada seorang wanita yang kelihatan berusia namun tidak pandai pula saya untuk mengagak usianya.

Saya terdengar lelaki itu berkata dengan perlahan, "Duit baki lima ringgit yang awak kembalikan ini koyak di bucu," Wanita tersebut pantas menjawab dan didengar agak kasar, "Ada orang bayar guna duit koyak. Nasiblah orang yang dapat duit tu. Salah orang lain takkan kita nak tanggung"

Lelaki itu menjawab dengan rasional, "Tak apa..nanti saya guna untuk bayar parking. Mungkin boleh terima". Dia berlalu sambil wajah menguntum senyum. Mungkin pada fikirannya tidak perlu melayan kerenah orang dalam emosi.

Pada saya lelaki itu bertindak tepat. Dia tidak bertegang leher dengan wanita itu yang tidak akan sudahn…

Perpisahan

Lokman mendaftar sebagai pelajar IPTA hari ini. Bersama-sama ibu dan ayahnya serta ahli
keluarga yang lain saya diajak sama untuk menghantarnya ke UiTM Jengka. Saya diajak kerana kononnya saya agak arif tentang arah haluan ke sana. Saya pernah bersemayam di bumi Jengka lebih kurang 20 tahun yang lalu. Jengka bukanlah tempat yang menarik untuk didiami. Jengka tidak seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Pada mulanya Lokman agak keberatan untuk ke Jengka. Saya tahu dia enggan kerana dua sebab utama. Sains Sukan bukanlah minatnya pun. Dia lebih cenderung kepada IT. Kedua, dia tidak pernah bercenggang dengan ayah dan ibunya. Jadi, perantauannya kali ini adalah yang pertama dalam hidupnya setelah 17 tahun hidup di bawah ketiak ayah dan ibunya.

Khabarnya, ibunya memujuknya dengan memenuhi satu-satunya permintaannya yang lama tertangguh. Lokman dapat juga memiliki handphone baru yang sangat diidamkannya selama ini. Kedua-dua anak dan ibu menang. Anak berjaya dipujuk dan ibu pula berjaya memu…

Kucing

“Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).    Riwayat Muslim

Sejak beberapa hari yang lalu beberapa ekor kucing singgah di Teratak Kasih. Kehadirannya memang tidak diundang pun apatah lagi dijangkakan. Saya tahu kucing-kucing ini secara sengaja ditinggalkan di depan rumah saya. Saya pernah terserempak sebuah kereta berhenti di depan pintu pagar di kala malam bulan mengambang dan melepaskan sesuatu dari keretanya. Pastinya kucing dan saya tidak menolak kehadiran haiwan ini.

Pagi ini, menjengol dua ekor lagi anak kucing. Berbulu puteh dan tidak sangat terurus. Kusut masai. Mengiau-ngiau tanpa henti. Saya tahu dua ekor kucing ini sangat lapar lantas mengurus masalahnya cepat-cepat. Sejak kehadiran dua ekor anak kucing awal bulan lalu, Haziq menyuarakan rasa kurang senangnya. Isteri juga sedikit tidak setuju bila saya kata kucing-kucing jalanan itu dibela sahaja. Masalahnya cuma satu sahaja- kucing tidak berdisiplin dalam mengurus…

Tekanan

Saya mendengar celoteh isteri tentang tekanan kerja yang dihadapinya di sekolah..Saya cuma menjadi pendengar setianya. Bukan sangat soal kerja itu yang menekannya tetapi Guru Besarnya yang tidak kenal letih berceloteh dan mengganggu konsentrasinya. Ia bagai isu yang tidak pernah selesai.

Bukan rahsia lagi bahawa kerjaya guru dikatakan paling hebat menghadapi tekanan berbanding kerjaya yang lain. Tekanan datang dari semua arah. Atas dan bawah. Kiri dan kanan. 360 darjah.

Menjadi guru tidaklah sangat bermasalah sekiranya tumpuan hanya diberikan kepada bidang tugas paling hakiki iaitu mengajar dan mendidik anak murid. Sepatutnya begitulah. Namun ia tidak begitu. Guru telah, sedang dan akan terus diletakkan di atas batu jemalanya beban dan tanggungjawab yang tidak cukup larat untuk ditanggung lagi. Guru bagaikan seorang pelakon yang melakonkan pelbagai watak. Diluar dari tugas mengajar dalam kelas itu sendiri, guru diminta melakukan pelbagai tugas secara paksarela sehingga adakalanya men…

Cermin

Pagi ini saya mengusik isteri saya yang suka sangat bercermin. Setiap kali berdandan, dia tidak pernah puas dengan melihat satu cermin yang ada di bilik utama. Di depan cermin, dia akan membelek-belek wajahnya dan membetulkan tudungnya. "Dah cantik tu", saya menyergahnya.

Kemudian dia akan beredar ke bilik kedua, juga membelek apa yang patut. Begitu juga di bilik yang ketiga dan akhirnya tamat di bilik yang ke empat. Saya jangkakan ia selesai di situ. Saya silap. Sebaik sahaja melabuhkan ponggongnya di kereta, cermin kereta dijadikan mangsa. Begitulah wanita yang memang sangat akrab dengan cermin. 

Ada kisah yang menarik tentang cermin ini. Ia tentang sepasang suami isteri orang asli yang tinggal di atas pokok ( dua tingkat dan mewah lagi) dalam hutan. Kerja suaminya mencari makanan seperti memburu atau memetik buah - buahan hutan. Manakala isteri pule hanya duduk mengemas di rumah sahaja.Suatu hari sedang suami mencari makanan di hutan, tiba - tiba beliau terjumpa cerm…

Pendekatan

Saya melihat Hafiz dan Hadif  dua orang kanak-kanak yang bijak. Beza umur mereka cuma setahun sahaja. Hafiz berusia 9 tahun dan Hadif 8 tahun. Tiada banyak perbezaan antara mereka. Kedua-duanya mudah mesra, ringan tangan dan amat senang di dekati. Kalau ada pun perbezaan, Hadif dilihat lebih petah bercakap berbanding abangnya yang sedikit pendiam. Dengan Hafiz, bila ditanya sepatah, dijawab sepatah. Disuruh satu, dibuat satu. Ini berbeza dengan Hadif yang kelihatannya lebih aktif dan adakalanya terlalu proaktif. Tindakannya akan melangkaui apa yang sekadar disuruh sahaja. Kalau disuruh satu, dia akan buat lebih dari satu.Hadif cukup inkuisitif dan "curious".

Saya selalu mendengar Hafiz merungut kerana ayahnya lebih banyak menyuruh Hadif melakukan sesuatu dan diberikan perhatian yang istemewa.Malah sering diberikan hadiah oleh ayahnya. Hafiz rasa macam disisih dan tidak diperlukan.

Petang ini saya menguji kedua-duanya. Saya ingin Hafiz mencari jawapannya sendiri mengapa ia d…

Gaji

Kerajaan memberi jaminan akan menilai skim perkhidmatan pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang ketinggalan berbanding penjawat awam lain.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata perbincangan teliti mengenai cadangan itu akan dilakukan sebelum dikemukakan ke peringkat lebih tinggi untuk diputuskan.
“Kita akan bentangkan kepada pihak atasan untuk perhatian sewajarnya,” katanya ketika diminta mengulas desakan Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) supaya ia dikaji semula kerana tidak pernah ditambah baik sejak lebih 10 tahun lalu.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri Wilayah, di sini semalam.

Dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 81 skim perkhidmatan awam akan diberi penambahbaikan, berkuat kuasa Januari 2014.

Sebelum itu, 86 skim perkhidmatan dikaji…

Zarah

“ Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung. Dan barangsiapa yanng melakukan kejahatan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung” (Alzalzalah)

"Ayah, apa itu zarah? Haziq mengajukan pertanyaan tersebut bila dia berjumpa istilah itu di dua ayat terakhir surah Zalzalah.Dia memerlukan penjelasan. Bagaimana agaknya sebesar zarah itu? Adakah sebesar bola? Adakah sebesar pasir?Atau sekecil debu dan habuk yang berterbangan yang tidak terlihat oleh mata kasar? Sememangnya sebesar zarah itu memerlukan beberapa kali pembesaran mikroskop.

Di mata yang Esa, baik buruk amalan hambanya walau sebesar zarah sekalipun tidak terlepas dari hitungannya. Yang tidak baik adalah dosa walau sekecil mana pun begitu juga yang baik adalah pahala. Justeru, kita perlu berhati-hati agar tidak terdorong untuk melakukan dosa walau sekecil mana pun sifatnya. Saya kongsikan dengannya cerita seorang alim yang sentiasa membawa lilin bersamanya. Bila dia rasa ingin berbuat do…

Tutur

Setiap tutur kata itu adalah doa. Justeru itu berhati-hatilah sebelum menuturkan kata-kata. Timbang dan fikir dulu. Kalau baik yang keluar, baiklah kesan dan hasilnya, begitulah juga sebaliknya. Kata pepatah, terlajak perahu masih boleh diundur, namun kalau kata yang terlajak buruk padahnya.Oleh itu banyakkan kata-kata yang positf dan kurangkan tutur kata yang berbau negatif. Kata-kata yang positif akan mencetuskan situasi, perasaan dan tindakan yang juga positif.

Cerita yang saya dengar dari seorang Ustazah melalui corong radio pagi ini rasanya elok dijadikan panduan. Kisah yang mungkin kita sendiri pernah mengalaminya. Kisah dua orang sepupu Hafiz dan Hadif yang cukup rapat bagaikan adik beradik dan tinggal berjiran. Suatu petang mereka memanjat pokok jambu air yang sedang masak ranum di laman rumah mereka. Kedua-duanya cukup pandai memanjat sehingga sampai di dahan yang agak tinggi.

Ibu Hafiz yang kebetulan baru memberi ayam makan di belakang rumah ternampak anaknya dan Hadif di a…

Kotor

Hasrat untuk mandi manda sambil bersantai di tiga buah pantai saya kuburkan sahaja. Saya dan keluarga termasuk mentua ke pantai Desaru, Tanjung Balau dan Teluk Godek Air Papan sekaligus hari ini. Dari rumah semuanya kelihatan seronok benar lebih-lebih lagi Haziq yang kepingin sangat untuk mandi air laut. Namun kegembiraan bertukar kehampaan yang tidak dapat disembunyikan dari wajah masing-masing.

Jejakan kami di pasir pantai di sambut oleh pemandangan yang menyerabutkan dan memualkan. Pantai Desaru bukan sahaja kotor dan bertebaran sampah sarapnya malah dikatakan tandus dengan kemudahan untuk pengunjung. Gerai-gerai makanan yang bagai tidak terurus dan tidak nampak bersih lantas tidak cukup menggamit kami untuk duduk menghilang lapar dan dahaga. Tempat untuk bersantai melamparkan hidangan yang kami bawa sendiri juga cukup terhad dan tidak juga bersih. Kami cuma singgah tidak sampai pun 15 minit di pantai yang dikatakan cukup gah ini. Tidak sanggup rasanya untuk berlama-lama di pantai …

Telur