Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Gajet

Saya sangat setuju dengan pandangan yang diutarakan oleh  Ihsan Norzali dalam sebuah akhbar harian.

Melihat gelagat sekumpulan siswa sebuah institusi pengajian tinggi bagaikan berlumba-lumba menayangkan model terbaru telefon pintar di tangan, penulis hanya mampu menggelengkan kepala.
Beriya-iya benar kumpulan lima siswa perempuan berkenaan memperagakan telefon bimbit yang berharga sekitar RM1,500 itu antara satu sama lain.

Ia ternyata hebat kerana penulis yang bekerja pun hanya mampu memiliki telefon bimbit berharga murah. Melihat keghairahan golo­ngan muda terhadap gajet atau barangan berjenama mahal dengan harga ribuan ringgit, ia bukan fenomena luar biasa.

Namun yang menjadi luar biasa ialah mereka daripada golongan pelajar yang tentunya tidak mempunyai pendapatan tetap.

Penulis percaya duit untuk membeli telefon bimbit itu pasti datang daripada wang pinjaman yang sepatutnya digunakan bagi tujuan menampung perbelanjaan.

Menyorot fenomena ini, Pensyarah Kanan Fakulti Peng…

Kesempatan

"Manusia dapat dibahagikan kepada tiga jenis. Pertama, manusia bodoh iaitu mereka yang selalu tidak mengendahkan ataupun tidak merebut setiap kesempatan dan peluang yang ada. Kedua, manusia baik iaitu mereka yang sentiasa merebut setiap kesempatan yang datang kepadanya. Manusia jenis yang ketiga adalah manusia yang bijak iaitu mereka yang sentiasa mencari kesempatan yang dapat membuatkan dirinya berkembang tanpa perlu banyak menunggu"

Kita tentunya tertanya-tanya di kelompok mana kita berada. Kelompok pertama yang ambil tidak kisah peluang yang ada di depan mata. Kalau ada, adalah. Kalau tidak bagi sahaja orang lain yang lebih layak untuk merenggut peluang itu. Sudah bukan hak dan rezeki kita. Bak kata orang ibarat melukut di tepi gantang. Ada atau tiada, tidak ada bezanya. Ukur baju di badan sendiri. Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam janganlah nak diduga. Lalu terus-terusanlah kelompok ini terkebil-kebil menanti peluang yang tidak datang, ibarat menunggu bulan jatuh…

53/8

Saya menyambut ulangtahun kelahiran ke 53 hari ini bersama Hafiz, anak saudara yang banyak mulutnya 8 tahun.Kami berkongsi tarikh lahir yang sama 16 April. Majlis doa selamat dan makan-makan diadakan hari ini.

Sambutan sederhana namun agak meriah. Rezeki makanan pun melimpah. Isteri dengan mee goreng mamaknya yang tidak sempat saya jamah kerana jadi rebutan semua yang datang. Sedap sangat agaknya!

Emak tidak ketinggalan menyajikan sesuatu untuk anaknya ini. Emak buat mee hailam dan karipap yang sedap. Atok perempuan juga bawa kuih koci labu yang tidak sempat lama di dalam pinggan. Kuih koci atok tiada tandingan. Ani, ibu Hafiz bawa kek yang sedap.  Isteri pula tempah kek berry kali ini. Jiran sebelah pula sediakan roti jala yang juga sedap dan lazat. Sidah dengan minuman cocktail yang menyegarkan, namun manis sangat.

Pun begitu saya sangat-sangat terharu dengan pemberian hadiah dari Hafiz dan adiknya Hadif. Hadiah Hafiz sebuah lampu tidor berbentuk kereta sangat menarik. Jam meja yan…

Bacaan

Kita dikejutkan berita yang dibuat oleh seorang lelaki Melayu membuat laporan polis mendakwa
bacaan tahrim dan laungan azan Subuh mengganggu tidurnya. Ia tidaklah menghairankan kalau ia datang dari seorang bukan Muslim. Pastinya ada yang tidak kena di mana-mana. Saya kira ulasan yang dibuat oleh Dr Mohd Asri ini sangat baik untuk dijadikan panduan.

BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun sel…

Tatap

Saya diberi kesempatan mengikuti sebuah ceramah  yang berkisar tentang tuntutan untuk taat dan hormat pada ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Sungguh menarik dan jarang saya dengar sebelum ini. Sarat dengan maklumat berguna untuk dijadikan pedoman dan panduan.

Kata Ustaz, lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita sebenarnya adalah di bawah seksa Allah kalau kita ada masa untuk buat benda tidak baik namun tidak pula punya masa untuk buat yang baik. Dan, jika kita tidak pernah kecukupan duit maksudnya kita diseksa Allah.

Kalaulah kita berpeluang,tengok dan tataplah muka ibu ketika tidur, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya. Jangan sekali-kali kita lukakan hati ibu. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang. Buatlah ibu menangis kerana kebaikan kita dan bukan kerana kebiadapan kita padanya.

Tambah Ustaz lagi, mereka yang selalu menatap dan memandang ibunya tidak akan menangis di hari kematian ibunya. Kalau pun mahu menangis, mungkin dala…

Cari

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."
(Surah al-Hadid: 20)

Pagi-pagi seperti selalunya sejak beberapa tahun lalu kita akan bangun dan bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Kalau di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, ada yang bangkit seawal empat pagi dan kemudiannya bergegas ke perhentian bas untuk meloloskan diri dari perangkap kesibukan kota sekiranya bangun lewat dari waktu itu. Kalau di desa pula, sebelum ayam berkokok lagi, yang menoreh akan bergegas ke kebun getah, nelayan akan bergesa ke…

Muka

Majlis perkahwinan memang tidak tentu bulan musim sekarang. Tidak keterlauan dikatakan bahawa sepanjang tahun adalah musim perkahwinan kecuali bulan puasa. Lazimnya musim cuti sekolah menjadi pilihan ibubapa untuk melangsungkan perkahwinan anak mereka. Kini, di hujung minggu pun majlis perkahwinan mula menjadi amalan biasa.

Hari ini saya menghadiri satu majlis perkahwinan di Gemenceh. Seperti juga jemputan lain yang pernah saya datangi sebelum ini, sajian makanan memang mewah. Bukan luar biasa sekarang, untuk melihat enam atau tujuh jenis lauk yang menunggu untuk dijamu oleh para jemputan. Kalau dulu cuma nasi putih sahaja, kini ada nasi jagung, nasi minyak dan pelbagai versi nasi lagi sebagai pilihan. Ini ditambah pula dengan pelbagai jenis pembasuh mulut; buah-buahan dan juga bubur.

Di Gemencheh ini, saya melihat ada pondok khas yang menyediakan aneka jenis minuman. Ada cendol, ada katira, ada air kelapa, air tebu dan pelbagai lagi. Saya memilih cendol.

Timbul persoalan: mewah atau …

Mengantuk

Acapkali saya mengalami keadaan mengantuk semasa memandu. Kedegilan untuk berhenti sejenak justeru untuk cepat sampai menggagahkan saya melawan mata walapun mengundang padah. Sesekali pernah tersasar namun nasib baik menyebelahi diri. Pun begitu,insiden hampir terlanggar pembahagi jalan tidak pula merentap hati saya untuk tidak terus memandu ketika mengantuk.

Bahawa bahaya memandu semasa mengantuk boleh mengundang padah adalah satu kenyataan yang tidak boleh sesiapa pun menyangkalnya. Sedetik sahaja kita terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak kita sebenarnya tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yang dipandu.Untuk kesekian kalinya saya terleka lagi akibat mengantuk.Saya menguap saban kali namun hati berkeras untuk terus melawan mata.

Nah,dalam perjalanan pulang dari Batu Pahat petang ini,ketika hampir menyinggahi  RR Macap saya dikejutkan dengan bu…