Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Ragam

D i luar lingkaran bilik kuliah, banyak yang saya tidak tahu tentang pelajar. Umumnya, pengetahuan saya tentang pelajar berlegar dalam konteks yang terlepas dari daerah peribadi. Saya perlu sangat peduli tentang kehadiran pelajar ke kelas selain memastikan segala tugasan yang diberi dilunaskan. Selebihnya mengharapkan ilmu yang dititis sempurna tercerna dan akhirnya dimanifestasi cemerlang di slip keputusan peperiksaan. Itu sahaja. Saya tidak pernah dijolok minat untuk mengetahui lebih daripada itu apatah lagi yang menyangkut peribadi.Saya tidak perlu untuk peduli dan endah pun. Namun hari ini menyaksikan saya berdepan dengan dua orang pelajar yang menemui saya bercakap tentang peribadi selain seorang lagi yang meninggalkan saya dalam keraguan dan persoalan yang tidak terjawab sampai kini. Seorang pelajar ini marayu-rayu meminta belas diberi lebih masa untuk menyiapkan tugasannya. Dia mempersembahkan bahan bukti yang cukup bodoh dan membodohkan. Surat yang menerangkan masalah yang d

Klang

S aya selalu percaya pengajaran dan pembelajaran tidak hanya terhad dalam lingkungan bilik kuliah semata-mata. Sesekali para pelajar perlu diberi ruang dan peluang untuk mengembangkan sayapnya dan meluaskan pandangannya. Sekaligus menterjemahkan apa yang diperoleh dalam kelas dalam bentuk amalan dan tindakan di lapangan. Saya berkesempatan turun padang bersama lebih 100 orang pelajar menawarkan khidmat tenaga secara sukarela di Majlis Perbandaran Klang (MPK). Aktiviti yang dilakukan memang menyeronokkan. Kami sama-sama menanam bunga di Pengkalan Batu selain daripada mengecat gerai-gerai yang disewakan oleh MPK. Saya lihat ada juga yang kekok memegang cangkul. Malah tidak tahu buat batas juga. Ini tidaklah menghairankan sangat kerana remaja kini bukan macam zaman remaja kita. Mereka mungkin tidak pernah ada peluang untuk "menanam" di laman rumah. Barangkali tiada laman atau semuanya dilakukan oleh tukang kebun. Mereka tidak boleh disalahkan kerana mereka lahir ketika akt

Soalan

S aya ingin berkongsi anekdot yang sangat menarik ini yang saya petik dari sebuah majalah.Ia tentang soalan yang diajukan kepada seorang ulamak berkaitan iman. Soalan ini benar-benar mencabar minda dan bukan calang-calang hendak diberikan jawapannya. Dalam satu majlis ilmu,ada yang bertanya soalan kepada seorang ulamak, "Kalau Allah Maha Pencipta,mampukah Allah mencipta satu batu yang Dia sendiri tidak mampu mengangkatnya?" Ulamak hebat ini sangat bijak menjawab dengan bertanya semula kepada orang yang bertanya soalan tadi," John seorang lelaki. Dia melahirkan seorang anak. Anaknya lelaki atau perempuan?" " Err.,lelaki", jawab si penanya dengan ragu-ragu. Ulamak itu membalas jawapan penanya itu, "Hei, ini John yang melahirkan! Dia lelaki. Jadi anaknya lelaki atau perempuan?"  "Err..perempuan, " jawab sipenanya masih keliru.  Semua yang hadir ketawa. Ulamak ini menempelak sipenanya itu, "John seorang lelaki,dia tidak mela

Singki

S aya selalunya tidak dapat bertahan lama setiap kali melihat singki yang penuh dengan pinggan mangkuk yang tersadai minta dibasuh. Lantas, selalunya juga saya tidak akan menunggu orang lain untuk menyelesaikannya. Saya percaya semua orang baik lelaki atau pun perempuan suka apabila melihat singki dapurnya kosong sewaktu mereka masuk ke dapur. Singki yang penuh dengan pinggan, mangkuk yang belum dicuci memb uatkan sehabagian besar daripada kita tertekan kerana ia memang menyemakkan mata yang memandang. Memandang singki yang kosong memang sangat menenangkan. Begitu juga rumah yang hanya, ada barangan keperluan untuk hidup membuatkan kita juga tenang dan tidak berserabut fikiran. Sebenarnya banyak barangan yang menambah stres yang sudah berjaya memasuki ke dalam rumah kita gara-gara sudah dikuasai sindrom takut nanti apa orang lain kata. Barangan hiasan, almari pinggan mangkuk di ruang tamu, hiasan dalam bilik dan barangan yang tidak perlu di dapur adalah kos-kos yang mem

Jawapan

Kenapa cat biru? Kenapa tidak warna lain? K ita pastinya sering tertanya mengapa terjadi itu dan ini. Kenapa juga sesuatu itu begitu dan tidak begini. Kenapa ada orang yang senang dan ada juga yang susah. Kita tidak perlu pergi jauh untuk menjawab segala persoalan yang bermain di kepala itu sebenarnya. Baca tafsir AlQuran dan di dalamnya Allah sudah siapkan jawapan untuk kita. Allah telah menyediakan jawapan-jawapan itu sejak 1400 tahun yang lalu lagi kerana    Maha Mengetahui perangai hambaNya yang suka bertanya soalan yang sama. Antara soalan-soalan yang selalu sangat kita tanya ialah soalan-soalan di bawah ini.  S oalan 1: Kenapa Aku Diuji? Al Quran Menjawab : " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang

Gagap

L awak pendek namun tersirat pengajaran singgah di kantong  e-mail saya pagi ini. Cukup menarik untuk dikongsikan. Bahawa apa pun kekurangan yang kita miliki sebenarnya ia adalah kelebihan dan kekuatan, bergantung bagaimana kita memanipulasinya. Satu hari ada seorang lelaki gagap memohon jawatan menjadi jurujual buku… “ Pa..pa…g.gi..en..en..cik ” “Ya encik? Ada apa?” “S..ss..saya….mmm..mmmahu mminnn takkk..kerrr..ja..ja..ja..watan jjjjjjuru jjjjual ennn..en..cik k,” “ Yang normal, handsome dan cantik pun susah nak menjualnya..Awak yakin boleh jadi jurujual??” “ Bbb..bb.boleh ennn..cikk ,” jawabnya penuh yakin. Dia berjaya memperolehi jawatan itu. Esoknya, belum sampai setengah hari, dia berjaya menjual 10 buku. Petang dibekalkan 20 buah buku,pun habis terjual semuanya.Begitulah seterusnya sampai buku tersebut laris dijual bagai goreng pisang panas. Pada malam penyampaian anugerah,lelaki gagap tadi mendedahkan rahsia kejayaannya menjual buku. “BiiaaSs…ssa jjjer, ss…