Skip to main content

Bertudung

Saya sentiasa rasa hormat penuh kagum kepada kaum wanita yang bertudung. Mereka berjaya melaksanakan sesuatu yang sukar sebenarnya. Bayangkan walaupun di bawah terik mentari atau di tengah keserapihan tugas aurat tetap dijaga. Tentunya sangat sukar memakai tudung ketika panas, namun keimanan yang menebal dalam hati buat mereka mampu bertahan. Keikhlasan dalam hati menjadikan yang panas bertukar sejuk.

Di dalam kelas, saya melihat sekitar seorang berdua yang masih belum bertudung. Saya sentiasa berfikiran positif bahwa mereka belum lagi bersedia untuk itu atau barangkali belum sampai masanya. Imam Ghazali di dalam kitab Mukasyafatul Qulub membuat satu tamsilan menarik, ia adalah mengenai unta yang dimabuki rindu pada pasangannya. Bila dimabuki rindu akan terjadi dua perkara ;pertama dia tidak peduli tentang makan dan minum lagi. Kedua, dia tidak pedulikan sebanyak mana beban yang dipikulkan ke atasnya.

Apa pula kaitan unta mabuk rindu dengan ketaatan seorang manusia? Mudah sahaja, apabila manusia itu kenal dan cinta kepada Allah dalam aqidahnya, dia tidak akan peduli dua perkara; Pertama, dia tidak peduli apa yang dimakan dan minum, ertinya dia tidak peduli untuk meninggalkan apa yang ditegah oleh Allah. Tidak sukar baginya untuk meninggalkan apa yang Allah tetapkan sebagai haram. Kedua, dia tidak kesah tentang beratnya perintah syara’ yang di bebankan kepada dirinya. Kasih menjadikan seorang manusia kuat melaksanakan apa yang diperintahkan walaupun kelihatan amat sukar bagi orang lain yang tidak ada kasih Allah dalam hatinya.

Pena Tumpul - Lihat ada yang tutup di atas namun di bawah masih dibuka

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w