Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Hutang

S aya teringat kata seorang Ustaz yang sempat singgah ke telinga saya berhubung soal hutang. Katanya,lazim berlaku hutang mengakibatkan putus hubungan sesama  manusia. Selalu kita dengar kawan rapat akan bertukar menjadi seteru kerana hutang. Hubungan adik beradik juga boleh menjadi renggang juga kerana hutang. Justeru,dia memberi nasihat kalau ada sesiapa yang ingin berhutang dengan kita, jangan anggap dia berhutang tetapi kita beri sahaja kepadanya seberapa yang kita mampu dan tidak perlu dibayar pun. Anggaplah ia sebagai pemberian ikhlas kita kepada dia. Nanti,tidak perlulah dia bersusah payah hendak membayarnya semula dan kita pula tidak perlulah menuntut apa-apa darinya. Saya melihat saranan Ustaz itu memang ada kewajarannya. Daripada bermasam muka kerana hutang yang tidak terlunas lebih baiklah diberi saja.Hati pun tidak sakit dan kawan tidak bertukar lawan. Lainlah, kalau si pemberi hutang sanggup menghalalkan saja hutang yang tidak mampu dibayar oleh peminjam. Namun, ini

Keinginan

A dakalanya keinginan untuk memiliki sesuatu sangat meluap-luap,walaupun apa yang ingin kita miliki itu bukanlah sangat perlu pun.Malah apa yang kita sangat inginkan itu, sebenarnya sudah kita miliki pun. Saya sendiri pernah  berkeinginan melampau untuk memiliki kereta baru sedangkan kereta sedia ada masih baru dan tiada masalah pun. Selalunya keinginan itu tertunai juga bila sebuah kereta baru berjaya dimiliki juga bagi menggantikan kereta yang tidak sangat lama pun usianya. Bagi isteri,lain pula keinginannya.Paling ketara menukar langsir baru setiap kali hari raya menyapa sedangkan langsir lama masih layak untuk terus digunakan lagi. Sekarang ini sudah kedengaran suara-suara isteri ingin tukar langsir baru.Anak remaja lain pula keinginannya.Di satu peringkat keinginan melampaui kemampuan. Haziq memiliki keinginan melampau untuk mempunyai sebuah telefon bimbit model baru berharga ribuan ringgit. Dia belum bekerja pun,malah masih belajar. Pun begitu, mahu tidak mahu keinginannya ma

24Kasih

T anggal 24.5.91 adalah tarikh paling bersejarah dalam hidup saya.Status bujang yang saya harungi selama 30 tahun secara rasmi dan sahnya dilupuskan pada hari Jumaat jam 9.45 malam di rumah No13 Kg Gudang Garam dengan renggutan tangan Imam Samad (Allahyarham) bersaksikan Pak Alang Yunos (Allahyarham), Hj Mohd Ali Bujang (Allahyarham), Hussin Tawil (Allhyarham) dan Hj Abd Aziz (Allahyarham). Begitu juga status seorang dara milik gadis 24 tahun bernama Noorwati Muda larut sama dalam jalinan pernikahan kasih sayang bertaut erat restu keluarga tercinta. Perkenalan saya dengan isteri tercetus dari sebuah potret kelas milik adik yang kebetulan sahabat baiknya. Hati berkenan lalu bermulalah satu perjalanan dan peranan. Empat tahun hubungan terjalin bukan tanpa liku dan cabaran di depan. Namun keserasian dan takdir serta jodoh menemukan dan menyatukan kami di majlis penuh bermakna 24 tahun yang silam. Tangan direnggut, cabaran disahut, tanggungjawab menuntut, bersama saat ci

Tidur

S aya sempat hadir dalam satu lagi majlis ilmu meraikan kelahiran junjungan besar. Ustaz ini berbicara tentang sunnah Nabi. Tentang tidur baginda. Kata Ustaz, seseorang yang berusia 60 tahun secara puratanya akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Kalau tidur kita mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidur begitu akan jadi ibadah. Allah hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadah yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Jika kita tidur cara selain dari cara Nabi, tidur kita tidak lebih hanya sekadar kerehatan. Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur ialah membaca Tasbih Fatimah, iaitu Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar juga 33 kali. Baginda sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan

Curi

G angguan telefon berlaku lagi untuk kesekian kalinya dan sekaligus capaian internet tergendala sama. Bila ini berlaku, Telekom Malaysia (TM) pantas dihubungi. Berdasarkan punca kerosakan yang dilaporkan oleh pihak TM terhadap gangguan yang sering berlaku itu, saya mengesyaki pasti berlaku kejadian mencuri kabel lagi. Kejadian curi kabel telefon sangat kerap berlaku di kampung sejak akhir-akhir ini. Kejadian ini berlaku tanpa disedari oleh penduduk kampung kerana ada ketikanya mereka berlagak seolah-olah pekerja telekom yang sedang membetulkan kerosakan tetapi sebenarnya mereka adalah pencuri kabel. Saya melihat kepada keperluan untuk mewujudkan pasukan ronda oleh beberapa orang pemuda Kg Gudang Garam bagi membendung kejadian yang tidak bertanggungjawab ini. Akibat perbuatan yang mementingkan diri sendiri ini, panggilan telefon dan internet strymx tidak dapat dibuat kerana kecurian kabel tersebut. Pihak Telekom Malaysia sepatutnya memikirkan satu mekanisme terbaik untuk

Sudu

P ernahkah kita bertanya,manakah lebih bersih, makan guna tangan atau guna sudu? Bagi yang lebih selesa menggunakan sudu, tentunya berpandangan makan guna sudu lebih bersih. Sifat fizikal sudu yang nampak kilat dan bersinar selepas dicuci tentunya tidak mengundang sedikit pun rasa sangsi orang untuk menggunakannya bila menyuap makanan. Pun begitu ada juga yang lebih selesa menggunakan tangan untuk makan. Saya sendiri, jika diberi pilihan antara sudu dan tangan, lebih cenderung untuk menggunakan tangan kerana makanan lebih dinikmati bila kita menyuap dengan tangan. Saya ingin berkongsi cerita tentang seorang remaja Muslim yang belajar di luar negara yang keluar makan malam dengan rakan bukan Islam di sebuah restoren. Dia ditegur oleh rakan-rakannya ababila tidak menggunakan sudu yang disediakan untuk makan tetapi sebaliknya memilih untuk menggunakan tangannya. Remaja Muslim ini disifatkan rakan-rakan bukan Islamnya sebagai pelik malah tidak beretika kerana makan menggunakan tangan.

Terhantuk

S aya menegur Hafiz yang berlilit kepalanya dengan kain pembalut. "Kenapa dengan kepala kamu Hafiz?" Hafiz jawab berjahit sedikit sambil tersengeh-sengeh malu. " Macam ada cerita sahaja" saya cuba memancing. "Semalam, semasa berjalan saya ternampak seorang pelajar perempuan di kejauhan. Bertudung labuh, sopan cara jalannya. Jadi,dua tiga kali saya ulang melihatnya. Sedar-sedar, sudah jatuh terduduk.Berdarah.Saya terlanggar ampaian baju. "Alhamdulillah" saya pantas memberikan respons. Hafiz menyangka saya mentertawakannya. Sebaliknya,saya tumpang gembira kerana Allah sayangkan Hafiz.Saya menarik perhatiannya kepada sebuah hadis yang pernah saya beritaunya dulu, iaitu "Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, Dia akan mengenakannya dengan musibah" Jadi Hafiz dikenakan musibah sampai terhantuk ampaian supaya dia tidak sampai bertindak lebih jauh lagi. Sebenarnya dalam hidup ini, banyak cara Allah berikan dan datangkan sebagai p

Pahala

P agi ini saya berjumpa dengan seorang kenalan masa sekolah dulu lantas saya pelawa dia bersarapan sekali di sebuah warung yang sangat terkenal dengan nasi lemaknya yang sedap di Segamat ini. Dalam seronok-seronok berbual mengimbau masa sekolah dulu,tiba-tiba nada percakapannya berubah. Dia marah-marah kerana sangat sakit hati apabila mengetahui orang yang pernah ditolongnya bercakap di belakang memburukkannya. Saya menasihatinya agar tenang, sabar dan tidak perlulah untuk marah-marah. Dia kata," Cakap memanglah mudah sebab tak kena pada  engkau ." Saya membalas, " Istighfar banyak-banyak, duduk tenang, tarik nafas, lapangkan dada dan cuba fikirkan kenyataan ini: Tidak ada apa yang dapat melukakan saya, tiada siapa yang boleh  menyakitkan hati saya tanpa izin atau kebenaran saya, kerana sakit hati adalah pilihan saya." Dia terkejut dengan kenyataan saya.  "Mana mungkin. Dialah yang menyebabkan saya marah atau sakit hati." Saya berkata, "Mema

Hukum

S eorang lelaki yang solat dan membaca Quran dipertikaikan amalannya itu hanya kerana kesilapan yang dilakukannya. Lelaki ini dituduh berlagak alim dan berlindung di balik topeng dan amalannya itu macam tidak berguna pun. Kasihan lelaki itu. Kita jangan lupa dalam diri insani boleh terkumpul dua unsur berlainan pada satu masa yang sama; kebaikan juga kejahatan. Bila kita berbicara soal jahatnya, janganlah sampai kita lupa unsur baiknya yang ada sehingga memadamkan baiknya dan menghukumnya seolah-olah dia memang sangat jahat. Dalam hal ini pernah Rasulullah  pernah membantah terhadap perkataan sesetengah sahabat yang melaknat seorang peminum arak dalam kalangan mereka. Kisah ini diceritakan dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Bukhari. Dalam hadis itu dikisahkan seorang lelaki bernama Abdullah digelar keldai.Dia pernah menyebabkan Rasulullah ketawa. Juga pernah Nabi menyebatnya disebabkan kesalahannya meminum arak itu.Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan memin

Monyet

P agi ini saya melihat seekor monyet di atas sebuah kereta di tempat letak kereta. Saya percaya ia monyet yang datang dari kawasan hutan berhampiran. Monyet ini pastinya keluar dari hutan tersebut ke kawasan lapang untuk mencari makanan. Penebangan hutan menyebabkan monyet-monyet ini keluar ke lapangan mencari makanan. Adakalanya yang terkorban ketika menyeberang jalan. Kasihan monyet-monyet ini yang menerima kesan dari pembangunan yang dijalankan. Bukan monyet itu yang salah kalau haiwan ini sampai menceroboh laman orang kerana asalnya habitat mereka yang diceroboh terlebih dahulu. Dibimbangi, lambat laun haiwan-haiwan ini akan hilang dari pandangan jika tiada sebarang usaha dilakukan untuk melindunginya. Pena Tumpul- Lihat babi-babi menceroboh kebun orang