Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Menabung

Kata orang tua-tua "sikit-sikit lama jadi bukit". Ia berkaitan dengan amalan menyimpan duit sedikit demi sedikit. Waktu kecil-kecil dulu saya selalu disaran oleh ayah ibu supaya menyimpan duit. Dulu ayah beri 30 sen sahaja untuk belanja sekolah. Sekitar 70an dulu, 30 sen agak besar nilainya. Selalunya saya akan simpan 10 sen dalam tabung ayam.Saya tidak pernah gagal melakukannya setiap hari sehinggalah saya tamat sekolah. Kalau waktu raya, bila ada saudara mara yang datang makin bertambahlah wang tabung saya.

Bila tabung ayam penuh, akan pecahlah tabung itu. Duit yang terbarai bukan hendak dibelanjakan tetapi disaran pula oleh emak agar menyimpannya di Pejabat Pos. Dulu, menyimpan wang di bank hanya untuk orang yang banyak duit sahaja. Amalan menabung saya lakukan tanpa gagal. Hasilnya bila sahaja saya tamat Tingkatan Lima duit yang terkumpul mencecah hampir empat ribu. Hati gerang bukan kepalang. Dalam hati sudah berkira-kira hendak membeli apa-apa yang diidam. Mahu beli ba…

Raya

قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا
 عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآَخِرِنَا وَآَيَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيرُ الرَّازِقِينَ

Isa putera Maryam berdo'a: "Ya Tuhan kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau;beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama".(Surah Almaidah:114)

Ustaz Abu Hassan Din membaca ayat ini di permulaan bual bicaranya lewat Tanyalah Ustaz TV9 yang mengupas Adab Berhari Raya. Kata Ustaz, ini adalah satu-satunya ayat dalam AlQuran yang menyentuh tentang Hari Raya. Sekaligus ia menjawab persoalan bahawa menyediakan juadah untuk hari raya termasuk kuih muih memang dianjurkan oleh Islam. Memang pada hari raya, rezeki memang melimpah ruah. Kunjung dari sebuah rumah ke sebuah rumah dan menik…

Poligami

Poligami adalah isu yang sangat sensitif kepada kaum Hawa. Hampir semua wanita jika diajukan tentang poligami rata-rata menolaknya mentah-mentah. Memang wanita sangat benci kepada hidup berkongsi pasangan ini. Kebencian mereka tentunya berasas kerana tidak seronok untuk berkongsi suami. Malah dalam keadaan yang melampau, ada isteri yang lebih rela dilepaskan daripada hidup bermadu jika suaminya berkahwin baru.Begitulah senario biasa kita lihat tentang poligami.

Pun begitu, sewaktu raya baru lepas,saya melihat poligami dipamerkan dalam bentuk yang sangat luarbiasa dan menakjubkan. Sepupu saya yang hampir sepuluh tahun tidak pernah bersua berkunjung ke rumah membawa bersamanya dua orang isteri serentak. Isteri pertama bersekali dengan tiga orang anak,manakala isteri muda yang baru dinikahinya beberapa bulan lalu masih belum bergelar ibu. Isteri baru dinikahi atas permintaan bapa perempuan yang terhutang budi dengannya lalu mewasiatkan supaya mengahwini anaknya itu dan sekaligus memegang…

Juadah

Saya teringat zaman sekolah dahulu bila berpuasa. Waktu itu sekitar lewat 70an.Seronoknya berpuasa waktu itu kerana setiap petang jiran-jiran berhampiran tidak pernah lupa untuk menghantar juadah berbuka puasa untuk saya sekeluarga. Kalau empat jiran yang menghantar, bermakna empat juadah yang berbeza yang bakal disantap semasa berbuka puasa. Emak pula tentunya sentiasa bersedia dengan juadah sebagai balasan. Tidaklah elok untuk dipulangkan pinggan kosong sahaja.

Bila teringat itu semua, ingatan saya pantas menerjah kepada dua orang jiran yang sangat rapat dengan keluarga saya ini. Tidak ada satu hari pun yang saya ingat Cikgu Rizal dan Kak Ros membiarkan saya sekeluarga berbuka tanpa juadah istemewa daripadanya. Pelbagai jenis mee dan makanan yang enak yang tidak pernah kami rasa hasil air tangan mereka berdua. Kedua-duanya memang pandai masak lebih-lebih lagi Kak Ros.Mereka memang lebih pemurah berbanding dengan jiran yang lain. Kuantiti yang diberi pula bukan sedikit malah cukup me…

LailatulQadr

Saya melihat sekeliling saya orang sibuk bercakap fasal Lailatul Qadr. Di sepuluh malam terakhir ini memang itu pun fokus kita selain terus menjalankan ibadah puasa. Semua tahu bahawa di bulan ini, Allah anugerahkan kita umat Muhamad dengan satu malam yang super hebat. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ia menyamai tempoh kita beribadat lebih 83 tahun. Hebat kan!

Pagi ini lewat corong radio seorang Ustaz bercerita kenapa umat Muhammad Allah kurniakan malam yang bernilai 83 tahun ini. Katanya, Rasulullah saw. pernah bercerita bahawa beliau mendapat wahyu dari Allah tentang seorang laki-laki Bani Israil yang berjihad di jalan Allah selama seribu bulan tanpa henti. Rasulullah saw. sangat kagum, lalu beliau berdoa,"Tuhanku, Engkau telah menjadikan umatku orang-orang yang pendek usia dan sedikit amalan."

Kemudian Allah memberi keutamaan kepada Rasulullah saw. dengan memberikan Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan yang digunakan oleh laki-…

Tarawih

Ibadah puasa sudah masuk hari ke 21 dan sudah melebihi separuh Ramadan yang telah dilalui. Solat Tarawih antara amalan yang dituntut kita melakukannya di bulan penuh barakah ini.Ia sunat namun ganjarannya seperti amalan fardu. Rugilah kalau kita meninggalkan solat yang hanya terdapat di bulan Ramadan ini sahaja.

 Sejak sekian lama malah sejak seawal di bangku sekolah lagi, saya seboleh-bolehnya melakukannya di masjid. Pun begitu,dalam keadaan-keadaan tertentu yang tidak mengizinkan, saya mengerjakannya secara solo di rumah.

Saya melihat solat terawih yang dikerjakan sejak dulu hingga sekarang di masjid-masjid mempamerkan senario yang tidak banyak berubah. Di awal-awal Ramadan, masjid sesak hingga memenuhi segenap ruang sehingga saya terdengar Pak Imam mengeluh kepada perlunya masjid dibesarkan bagi menampung keperluan jemaah yang melimpah ruah. Pun begitu di hujung-hujungnya Pak Imam mengeluh lagi tetapi kali ini kerana bilangan yang hadir semakin merosot.

Melihat senario yang berlaku…