Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Pendirian

A dakalanya kita suka sangat dengar cakap orang yang berkesudahan dengan menyusahkan kita. Kalau kita sebok memikirkan apa yang orang cakap tentang kita, akhirnya semua yang kita buat tidak betul. Buat ini salah,buat itu salah dan akhirnya serba salah. Mungkin kisah ini boleh kita jadikan panduan. Ada seorang penjual ikan di pasar yang baru hari pertama menjual ikan di pasar awam Segamat. Melihat ramainya penjual ikan yang lebih berpengalaman yang dia perlu bersaing, peniaga ini menarik perhatian pembeli yang lalu lalang dengan memasang papan tanda  "DI SINI JUAL IKAN SEGAR". Tidak lama kemudian datanglah seorang pengunjung wanita yang menegur papan tandanya itu.. "Mengapa kena tulis kata: DI SINI? Bukankah semua orang  tahu yang awak memang jual  DI SINI, bukan DI SANA pun?" "Betul juga!" fikir si penjual ikan itu, lalu di potongnya kata DI SINI, dan cuma tinggal tulisan "JUAL IKAN SEGAR". sahaja. Selang bebarapa minit datang pula se

Surat

A dakalanya kerana sangat menghargai sesuatu kita akan menyimpan sesuatu dengan baik tanpa mengambil manafaat daripadanya. Kerana sayangkan kereta misalnya kita tidak menggunakannya sebaliknya menyimpannya sahaja tanpa bergerak atau pun kalau pun digunakan mungkin sekali sekala sahaja. Saya ingin berkongsi kisah yang menarik ini walau pun macam tidak masuk akal, namun tersimpan pengajaran yang sangat berguna. Ia kisah sebuah keluarga yang menerima beberapa pucuk surat daripada ayah mereka yang merantau mencari rezeki di tempat lain, tetapi tidak membaca surat-surat yang diterima itu!   S eorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya. Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi

Cuti

C uti sehari saya penuhi dengan membersihkan luar dan perkarangan rumah. Lokasi rumah yang dikelilingi dengan pokok-pokok selain daripada laman rumput yang agak luas menuntut kepada pemotongan rumput sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Sejak mendiami Teratak Qaseh pada 2001, saya memilih untuk memotong rumput sendiri tanpa mengupah orang lain. Paling tidak boleh juga mengeluarkan peluh. Haziq juga ringan tulang membantu memungut sampah dan daun-daun kering yang saban hari gugur dari pokok di perkarangan rumah. Haziq menjadi hero hari ini apabila dia terpandang seekor ular hitam di celah papan-papan lama yang dibiarkan tersadai di tembok luar rumah. Haziq bertindak pantas dan ular tersebut mati di tangannya. Petangnya emak meminta saya balik ke rumahnya untuk membaiki  paip yang rosak. Dengan belanja sekitar RM10 paip yang bocor dapat dibaiki dan seperti biasa emak tidak pernah lupa masakan kegemaran anaknya - sambal ikan bilis berencahkan jering. Sedap! Seperti biasa, saya pul

Nostalgia (revisited)

M ajlis perkahwinan sepupu saya hari ini menemukan saya dengan sebilangan kawan lama yang sudah puluhan tahun tidak bersua. Mencecah 21 tahun, satu tempoh perpisahan yang amat panjang. Mohd Sari, seusia saya pernah belajar dalam kelas yang sama sehingga darjah tiga di salah sebuah kampung yang jauh dari bandar. Kidam (nama timangannya) terkenal nakal, kaki kebas dan suka menyakat orang termasuk rakan-rakan sekelas. Dalam kelas sering menjadi perhatian cikgu justeru sifat nakalnya dan tentunya paling bising dalam kelas. Semuanya yang tidak baik tentang Kidam. Memang begitu pun. Masih segar dalam ingatan saya tentang Kidam yang didenda duduk dibawah meja guru oleh Cikgu Khadijah semasa kelas Matematik. Kesian Kidam. Saya bersua semula dengannya hari ini. Bukan lagi sebagai anak sekolah seperti dulu tapi kami yang sudah dewasa, punya keluarga dan kerjaya. Pertemuan yang amat tidak diduga. Kidam bukan lagi dirinya yang dulu. Kidam tidak berhenti bercerita semahu-mahunya sepanjang 21 tahu

Kucing

S aya percaya ramai orang suka bela kucing sebagai binatang kesayangan. Tidak dinafikan kucing adalah antara binatang kesayangan yang sangat popular di kalangan penggemar binatang. Sesetengahnya kerana kegilaan melampau terhadap kucing,sampai sanggup menjadikan rumah sebagai pusat kucing gelandangan. Pantang ada kucing yang terbiar, akan di kutip dan dipelihara. Pun begitu,ada juga yang langsung tidak berkenan dengan kucing. Pantang ada kucing yang menyinggah akan diperhambat dan diusir. Kononnya tidak tahan dengan bulu kucing dan tentunya perangai kucing yang suka meninggalkan bahan buangannya merata-rata. Bau tahi kucing memang menusuk hidung. Sebab itulah kucing tidak digemari di kalangan pembenci kucing. Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa kucing adalah binatang kesayangan baginda Nabi kita. Kalaulah kita tahu, tentu perspektif kita terhadap kucing tidak lagi negatif. Saya ingin berkongsi sebuah cerita tentang seorang pembela kucing dan apa yang berlaku dihari pengkebumianny

Ungrateful

T oday I would like to share around one story of a blind girl who didnt feel grateful for what her boyfriend had given to her. It is common to see that people change when they get something better and forgot their past. There was a blind girl who hated herself just because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend. One day, someone donated a pair of eyes to her and then she could see everything, including her boyfriend. Her boyfriend asked her, “ now that you can see the world, will you marry me?” The girl was shocked when she saw that her boyfriend was blind too, and refused to marry him. Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her saying: “Just take care of my eyes dear.” This is how human brain changes when the status changed. Only few remember what life was before, and who’s always been there even in the most pai

RM34.00?

S ekelar ikan tenggiri gulai kari dan sedikit goreng kobis bersekali dengan segelas air sirap limau. Selainnya sekelar ikan tenggiri asam pedas berencahkan bendi berserta sedikit ulaman juga segelas air sirap limau. Itulah makanan tengahari saya dan isteri  di sebuah restoren asam pedas tingkat bawah Angsana di bandaraya Johor Bahru. Rasanya bolehlah tahan dan sedap dimakan.Ramai juga yang menyinggah di situ. Dari riak muka dan gaya,saya dapat menelah rata-ratanya macam orang Singapura. Usai menyantap hidangan, isteri saya memilih untuk membayar. Isteri terkejut bukan kepalang bila ongkos sajian berjumlah RM34.00. Reaksi spontan saya ialah tidak masuk akal langsung. Kami menggeleng kepala macam tidak percaya. Paling-paling bangsat pun saya mengagak harganya sekitar RM20. Sambil beredar meninggalkan restoran yang saya anggap cekik darah itu, saya dan isteri membuat beberapa andaian. Pertama mungkin salah kira namun andaian ini tidaklah wajar sangat kerana mana mungkin salah kira.d

Bajet

B ajet dibentang hari ini. Semunya menunggu penuh berharap kalau-kalau ada habuan untuk mereka. Seperti biasa, setiap kali bajet dibentang, yang membentang seboleh-bolehnya akan sedaya upaya memuaskan hati semua pihak. Pun begitu, adalah amat mustahil untuk memuaskan hati semua orang. Bila ini berlaku, yang mendapat habuan akan senyum memanjang manakala yang tidak, akan mengomel dan buat bising serta kecoh. Lumrahnya, bila kita tidak berjaya mendapatkan apa yang kita hajati, jarang sangat kita hendak meletakkan kegagalan itu berpunca dari diri kita sendiri atau pun lebih baik lagi menerimanya dengan lapang dada.  Selalunya yang berlaku, kita akan mula menuding jari kepada orang lain dan membogelkan segala kepincangannya bagi menutup kelemahan diri sendiri. Ibarat orang yang sedang mabuk cinta, kentut yang busuk bak telur tembelang pun dihidu harum bak kasturi. Bila baik semuanya berbau bunga, bila sudah berpatah arang berkerat rotan, berbau tahi yang bukan kepalang busuknya

Marah

A dakalanya di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri. Saya ingin berkongsi sebuah kesah yang saya dengar lewat corong radio awal pagi ini. Menarik kisahnya dan elok benar dijadikan panduan bagi mengawal rasa marah kita. Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya. Oleh kerana marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kema mpuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ. Kes

Campur

S eorang kawan memberitahu saya bahawa walaupun dia mendekati Allah, namun tetap tidak bahagia juga.Hidup juga tetap sukar. Malah, masih terasa sempit dan selalu tidak tenang. Di mana silapnya dia. Tidak cukupkah lagi nilai kehambaannya kepada Penciptanya. Adakah ini bermakna, mendekati Allah tidak memberikan apa-apa kesan? Dia mahukan jawapan dari saya. Saya hanya tersenyum. Allah menyatakan bahawa segala keburukan adalah daripada diri manusia sendiri. Adalah lebih elok untuk kita lihat dan kaji semula. Mengapa kita tidak rasa tenang dan mengapa juga kita tidak bahagia? Mengapa kita tidak punya kekuatan juga? Walaupun sudah mendekatiNya, mengapa semua itu tidak juga muncul? Saya melihatnya begini. Benar, kita mendekatiNya dan juga meminta kepadaNya. Namun secara sedar atau tidak sedar, dalam masa yang sama, kita juga mendekati apa yang dimurkaiNya dan sekaligus mencintai pula kemungkaran itu. Walaupun ada banyak sebab lain lagi, tetapi ia adalah salah satu punca dan penghalang kep

Godaan

A dakalanya, malah dalam banyak ketikanya kita sukar mengawal nafsu. Bila nafsu datang menggoda, tanpa iman yang kuat dan mantap, segalanya akan berakhir dengan kehancuran. Apatah lagi bagi kita yang lemah imannya. Memang sudah janji syaitan untuk menggoda manusia supaya terjerumus bersamanya. Saya suka untuk berkongsi kisah yang sangat menarik ini dan boleh juga dijadikan panduan. Diceritakan bahawa ada seorang murid yang telah tamat pengajian dengan seorang guru. Maka sebelum ia berangkat pulang ke kampung halaman, si murid meminta pesanan dari gurunya tentang bagaimana harus ia lakukan ketika menghadapi godaan nafsu syaitan. Si guru berfikir kemudian menjawab dengan memberikan sebuah perumpamaan. Dia menjawab soalan muridnya itu dengan melontarkan soalan: "Anakku, cuba bayangkan jika engkau diundang untuk bertamu di rumah seseorang. Ketika engkau tiba di depan pintu rumahnya, kau mendapati ada seekor anjing sedang menghalang engkau dari memasuki rumah itu. Katakan

Pandangan

A dakalanya kita mudah sangat membuat kesimpulan terhadap apa yang kita lihat berlaku di depan mata kita. Kita jarang memberi ruang untuk menyelidik dahulu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik apa yang kita lihat. Lantas kita akan membuat pelbagai pandangan yang salah tentang apa yang kita lihat.Saya ingin berkongsi kisah yang sangat menarik ini sebagai panduan dalam kita menilai apa yang kita lihat. Paling penting fikir dulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang mungkin tidak tepat pun. Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar. Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah