Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Ubat

Di satu kaki lima di sebuah kota besar, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam1130 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam duniapada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai itu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik itu dan me…

Pengajaran

Saya ditarik untuk menonton drama buatan tempatan di TV3 malam ini. Sudah lama saya tidak terpanggil untuk menonton drama. Sebabnya mudah- jalan cerita drama Melayu sama sahaja dulu sampai sekarang. Jadi, menontonnya macam membuang masa sahaja. Namun kali ini tajuk ceritanya sangat kuat mengajak saya untuk menontonnya. Promonya juga sedikit membantu saya untuk mengetahui apa yang ada dalam cerita ini.

Drama Di bawah Langitmu ini adalah sentuhan pengarah Raja Ahmad Alauddin, pensyarah yang pernah mengajar saya kira-kira 30 tahun lalu semasa di UKM. Faktor pengarah juga mendorong saya menonton drama ini hingga ke hujungnya. Hasil tangan Raja Ahmad Alauddin pada saya tidak pernah mengecewakan.

Drama yang baik perlu ada pengajaran. Drama bukan setakat hiburan sahaja atau setakat menempelkan pelakon-pelakon yang kacak dan cantik. Dan drama ini ada pengajarannya. Walaupun Osman hampir gagal memiliki An sebagai teman hidupnya setelah menjadi tunangan orang, akhirnya An menjadi isterinya juga…

Umpan

Hadif di umpan dengan gula-gula sebelum berjaya dipujuk oleh ibunya untuk mandi petang tadi. Dia menangis semahunya sambil menolak ibunya. Namun dia tewas juga dengan umpanan ibunya. Hafiz yang berusia 4 tahun pula diumpan oleh ayahnya dengan mainan setiap kali dia enggan diajar mengaji. Ikan di air diumpan dengan cacing dan berakhir dengan mulutnya tesangkut pada mata kail yang tajam milik si pengail. Ayam kampung yang liar tewas dengan umpan jagung yang tidak seberapa sebelum menyaksikannya disembelih untuk gulai kari yang enak. Seorang anak yang malas belajar di umpan oleh ayahnya dengan sebuah motosikal untuk sebuah keputusan cemerlang dalam peperiksaan . Hari ini saya diminta oleh isteri untuk menyumbangkan dua hamper untuk hadiah cabutan bertuah bagi mengumpan ibubapa supaya hadir dalam mesyuarat agung PIBG sekolahnya.

Umpan pelbagai bentuknya. Kata-kata dari mulut yang manis pun boleh jadi umpan yang cukup berkesan. Namun umpan wang ringgit dilihat paling kerap digunakan. Oran…

Jodoh

"Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua untuk saya memaafkan saudara?"

Saya sempat menonton drama di TV3. Ceritanya saya kira cukup menarik kerana tema yang disajikan agak berlainan daripada tema-tema klise drama Melayu sebelum ini. Saya percaya cerita ini diangkat dari kisah benar seorang lelaki yang disyaratkan bekerja selama 12 tahun di ladang epal. Dosanya memakan sebiji epal milik tuan punya ladang hanya boleh dimaafkan sekiranya dia menerima syarat yang dikenakan itu.Dia juga dikehendaki menerima tawaran tuan punya ladang epal itu supaya memperisterikan anak perempuannya, Ummu Khair Fatimah.

Drama yang diberi jodol Lorong Cahaya membawa tema yang hampir sama cuma pendekatan, olahan dan jalan ceritanya agak berlainan sesuai dengan tuntutan masa sekarang. Pun begitu, olahannya sangat menarik disamping adaptasi yang sangat kreatif. Dua orang lelaki muda diber…