Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Persepsi

Saya sengaja tunjukkan imej ini pada Haziq dan mahu dia secara jujur menyatakan apa yang dia nampak. Jangkaan awal saya tidak meleset bila Haziq nampak lampu yang sedang menyala dan tidak nampak yang lain ketika orang lain (barangkali) nampak lebih dari sekadar lampu itu sahaja.

Saya percaya Haziq masih dangkal pengalaman dan terbatas horizonnya untuk nampak lebih dari yang mampu dilihatnya itu. Dan saya juga percaya Haziq melihat dari kacamatanya dan bukan kacamata orang lain sebagaimana orang lain yang tidak melihatnya dari kacamata saya. Persepsi ramai orang tidak pernah akan bertemu di satu titik persamaan. Pengalaman membentuk persepsi. Minda juga membina persepsi, baik atau buruk, positif mahu pun negatif. Persepsi juga bagai garis halus yang memisahkan antara kebenaran dan kepalsuan. Persepsi juga menggamit hati kita untuk menerima dan menolak kenyataan. Persepsi juga membezakan seseorang sama ada melihat kemenangan atau pun kekalahan. Seorang yang sebenarnya baik akan dilihat …

Warak

Adakalanya kita sangat mementingkan kuantiti sehingga tidak memberi penekanan kepada kualiti.Saya ingin berkongsi kisah yang sangat menarik ini yang sangat bagus untuk dijadikan pengajaran.Kisah ini mungkin rekaan namun ia ada mesej yang tersirat.

Ada seorang wanita yang sangat cantik orangnya ingin bernikah. Dia terlalu menginginkan seorang suami yang sangat warak. Jadi, dia pun membuat hebahan yang dia sudi menerima mana-mana jejaka yang ingin menikahinya tetapi dengan syarat lelaki itu harus berpuasa sepanjang tahun, mampu khatam Al Quran setiap hari dan harus beribadah sepanjang malam.

Tidak ada seorang pun lelaki yang sanggup menerima ketiga-tiga syarat itu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya..Akhirnya, bernikahlah jua wanita itu dengan lelaki itu. Selepas malam pertama perkahwinan mereka, si isteri perhatikan bahawa suaminya langsung tidak membaca AlQuran, tidak berpuasa apatah lagi berjaga malam untuk bermunajat kepada Allah.

Setelah sebulan…

Solat

Saya sempat dengar seorang Ustaz berbicara tentang solat lewat radio pagi ini. Sangat menarik dan saya ingin berkongsinya di sini. Semua tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Ustaz menceritakan kisah betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa.

 Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia bernazar kalau dia dapat anak, dia akan minum air kencing anjing hitam.  Allah kurniakan isteri lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila sudah dapat anak, lelaki ini pun mula runsing dengan nazarnya untuk minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tidak payah dibuat namun kena denda (dam) atau sedekah. Tetapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar walaupun haram t…