Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Tatang

S elalu sangat saya dengar orang tua-tua kata tidak elok makan nasi tatang.Namun tiada pula diberikan sebab kenapa tidak elok makan cara begitu. Makan bertatang bermaksud makan tanpa meja. Tangan kanan memegang makanan manakala yang kiri untuk memegang makanan. Pada saya ia tidak cukup menyelesakan. Tiada kepuasan dalam menikmati makanan. Saya menghadiri majlis perkahwinan di Terengganu, Amat simple dan santai. Tidak perlu banyak balai tetamu. Cuma dua sahaja. Satu untuk tetamu lelaki dan satu lagi untuk wanita. Tidak memerlukan kawasan yang sangat luas pun. Tidak perlu berhabisan untuk sebuah majlis yang akan berlangsung setakat beberapa jam sahaja. Asalkan tetamu dapat makan dan minum, sudah dikira memadai rasanya. Soal-soal lain yang tidak sangat menyumbang kepada kesempurnaan majlis tidaklah sangat penting pun. Soal tiang balai perlu dibalut dengan kain warna apa juga bukan penting. Dalam perjalanan balik ke Segamat, saya mencanangkan supaya idea jimat cermat ini diaplikasik

Minyak

H arga minyak naik 15 sen seliter hari ini. Ramai terkejut. Juga melenting. Mengomel sana sini. Kereta atau apa sahaja bentuk kenderaan yang dimiliki perlu digerakkan tidak kira setinggi mana pun harga bahan bakar di pam minyak, sama ada untuk ke tempat kerja atau apa pun tujuannya. Pilihan yang ada mungkin bertukar kepada kereta yang berkuasa kuda lebih rendah atau pun gunakan sahaja motosikal. Penggunaan basikal mungkin boleh difikirkan tertakluk kepada keadaan dan kesesuaian. Menonggang basikal ke tempat kerja tentunya bakal mengundang ejekan, seolah-olah macam tidak mampu atau kedekut sangat. Namun, dalam mendepani krisis bahan bakar yang semakin meruncing sekarang, kita perlu lebih praktikal. Saya sendiri lebih selesa dengan "Jaguh" saya, cuma sesekali bila cuaca tidak mengizinkan berkereta ke tempat kerja. Saya memilih untuk bersikap rasional walaupun kecewa dengan kenaikan yang begitu tinggi dan mendadak ini.Merungut, mengomel, mengeluh, memberontak apa tah lagi