Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Bengkel

Selama tiga hari berturut-turut mulai Rabu hingga Jumaat saya mengikuti bengkel Metodologi Penyelidikan di UTM. Bengkel ini perlu dihadiri untuk menyuntik semangat dalam melaksanakan kerja-kerja penyelidikan PhD. Memang tidak dinafikan belajar di peringkat ini menuntut kesabaran, ketahanan dan komitmen yang bukan kepalang tingginya. Saya hampir-hampir ingin mengambil keputusan menangguhkan buat sementara dalam "perjuangan" ini kalau tidak mendapat galakan yang cukup kuat dari isteri saya sendiri. Namun selama 3 hari didedahkan dengan pelbagai input, semangat untuk meneruskan perjuangan berkobar semula. Namun, menuntut daya kerajinan yang paling tinggi, atau bakal tewas di pertengahan jalan. Semua penceramah semuanya semacam sepakat mengatakan.."Kerja kuat". Pena Tumpul - Bukan senang hendak senang

Kalimah

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.. 1. Bismillahhirrahmannirrahim :pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Alhamdulliah :pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu. 3. Astagfirrullah :jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk. 4. Insyaallah :jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang. 5. Lahaulawalaquataillahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 6. Innalillah :jika menghadapi musibah atau melihat kematian. 7. Laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah. Sabda Rasulullah SAW siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada....

Ayam panggang

Mantoba pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata.. "Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik." Mantoba menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya." Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Mantoba. "Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan

Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantikRasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga. 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada ki

Wanita

Kita tentunya selalu terfikir betapa tidak beruntungnya jadi wanita. Ini kerana: 1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. 2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. 3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki. 4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. 5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 6- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. 7- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. 8- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Namun pernahkah kita lihat sebaliknya?? - Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. - Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? -

Palestine

Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ...

Asyura

Hari ini adalah Hari Asyura.Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w. Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut: (1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'. (2) Diterima taubat Nabi Adam a.s. (3) Dicipta Adam a.s. (4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. (5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. (6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. (7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud. (8) Selamat Musa dan pengikutnya. (9) Lemas Firaun. (10) Dilahirkan Nabi Isa a.s. (11) Diangkat Nabi Isa kelangit. (

Qur'an

Dr.Tarig Al Swaidan discovered some verses in the Holy Qur'an that mention one thing is equal to another, i.e. men are equal to women. Although this makes sense grammatically, the astonishing fact is that the number of times the word man appears in the Qur'an is 24 and number of times the word woman appears is also 24, therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically, i.e. 24 = 24. Upon further analysis of various verses, he discovered that this is consistent throughout the whole Qur'an, where it says one thing is like another. See below for astonishing result of the words mentioned number of times in Arabic Qur'an: Dunia (one name for life) 115. Aakhirat (one name for the life after this world) 115 Malaika (Angels) 88 . Shayteen (Satan) 88 Life 145 ... . Death 145 Benefit 50 . Corrupt 50 People 50 .. Messengers 50 Eblees (king of devils) 11 . Seek refuge from Eblees 11 Museebah (calamity) 75 . Thanks 75 Spending (Sadaqah)

Ramalan

Krew sebuah produksi filem sedang membuat penggambaran di hutan Sarawak.Suatu hari datang seorang lelaki tua suku Penan, mendapatkan pengarah. "Esok hujan," katanya. Memang tepat seperti yang dikata. Esoknya krew tidak dapat menjalankan penggambaran kerana hujan.Seminggu kemudian lelaki tua itu datang lagi memberitahu pengarah. "Hati-hati ya encik. Esok ribut petir akan melanda," katanya selamba. Memang betul, esoknya kawasan itu dilanda ribut petir. "Uhh..handal betul orang tua tu," kata pengarah. Dia meminta pengurus lokasi mengupah lelaki tua itu untuk meramal cuaca. Pengarah gembira kerana setiap ramalannya tepat. Beberapa hari kemudian, lelaki tua itu tidak muncul-muncul. Pengarah semakin gelisah kerana esok dia bercadang merakamkan babak terpenting dramanya. "Mat, kau cari orang tua tu dirumahnya," kata pengarah kepada pengurus lokasi. Mulanya dia enggan bertemu pengarah, tetapi selepas dipujuk lelaki tua itu pun setuju ke lokasi. "Eso