S eorang rakan mengirim kepada saya cerita yang amat menarik dan wajar dijadikan panduan.Kisah benar ini berlaku di Amerika Syarikat. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di sana. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Soal cerita ini sahih atau tidak bukan isunya kerana pada saya yang pasti Allah sentiasa memberi perlindungan kepada hamba yang ikhlas meminta kepadanya. Kita perlu yakin kepada kebesaranNya dan kehebatan ayat-ayatNya tanpa ragu walau sedikit pun. S uatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong