Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Saman

S aya membayar saman hari ini. Ia mesti dibayar sebagai denda kerana melanggar undang-undang jalanraya. Namun, yang tidak enaknya saya perlu membayar denda yang tidak saya lakukan pun. Keadaan begini memang biasa berlaku bila kereta yang sudah berpindah tangan secara fizikal tetapi teknikalnya tidak begitu. Saya membayar saman untuk kesalahan dari sebuah kereta yang pernah saya miliki dulu. Bila pertukaran pemilik tidak berlaku secara rasmi atas kertas ketika kesalahan trafik dilakukan, pemilik asallah yang menanggung akibatnya walaupun yang melakukan kesalahan itu sebenarnya pemilik baru kenderaan terbabit. Di kaunter bayaran saman trafik, saya melihat sesaknya seolah-olah di kaunter bayaran pasar raya yang sedang mengadakan jualan murah. Ramainya yang ingin menjelaskan saman trafik mereka. Ini fenomena biasa orang kita bahkan termasuk saya. Melakukan sesuatu di saat-saat akhir. Begitu juga insentif diskaun 50% turut menyumbang kepada ramainya yang membanjiri kaunter sehingga melimpah

Malang

" Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya " B anyaknya yang kita suka sangat ingin buat dalam hidup ini kerana ia memang menyukakan dan menyeronokkan. Kalau diikut kata hati mahu sahaja kita buat segala yang terlintas di kepala dan tergerak dihati. Namun akal yang waras sentiasa berada di samping mengingatkan bahawa tidak semua yang kita suka hendak buat akan berakhir dengan kesukaan dan rasa seronok selamanya. Begitu banyak pengalaman dalam hidup ini sebenarnya memberikan mesej yang jelas bahawa ada perkara yang disukai dalam hidup ini, namun membawa kepada kemusnahan dan kehancuran. Pun begitu adakalanya tidak ramai antara kita yang menyedarinya dan kalau pun sedar, ia tenggelam dalam lautan keseronokan yang sedang dikecapi. Ia ibarat cerita sekawan monyet malang yang binasa akibat terlalu taksub dengan apa yang suka dibuatnya. Cerita ini memang menyayat hati. Monyet-monyet ini rela menanggung kesakitan dibelasah hingga mati oleh sekumpulan penduduk kampung da

Husnal-zan

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui " (AlBaqarah: 216) S aya berkesempatan menziarahi seorang kawan lama. Rumahnya agak teruk dilanda banjir baru lalu. Kesan akibat banjir masih dapat di lihat. Dalam juga tenggelamnya rumah yang didiaminya itu. Katanya setiap kali banjir berlaku rumahnya tidak pernah terlepas dari badaian bencana ini. Saya nampak dia cukup tenang bila bercerita tentang musibah yang bagaikan sudah lali dalam hidupnya itu. Tidak terdengar sebarang keluhan, rungutan apa lagi rasa kemarahan yang meluap-luap. Saya amat tertarik bila dia kata tidak ada musibah atau pun tuah. Katanya, yang ada hanyalah ketentuan Allah. Kita menyebutnya sebagai musibah atau tuah kerana mengukurnya dengan keinginan dan pengetahuan kita yang sangat sempit dan terhad. Katanya lagi, apabila kita renung dalam-dalam sifat-sifat kesempur

Hati

"Hati itu bolak-balik sifatnya. Bagaikan kuah yang sedang mendidih atau menggelegak. Simpang siur dan turun naiknya begitu unik." M enariknya metafora hati mengikut pandangan seorang ustaz ini yang didengar lagi berbicara lewat tazkirah ringkasnya. Hati kita ini memang begitu asal kejadiannya. Kekadang ia sihat dan baik. Sesekali bertukar kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan. Tidaklah sukar sangat pun untuk mengesan hati yang sakit. Kita mungkin mengalaminya namun seolah tidak menyedarinya. Ketika mengerjakan solat tidak dirasa lazat, membaca AlQuran tidak manis, segala makanan rohani yang enak dan lazat di tolak, ketika itulah hati kita sedang sakit sebenarnya. Ia tidak berbeza pun bila kita menolak makanan yang disuakan kepada kita ketika badan menanggung sakit. Ketika tekak pahit tidak ada satu apa pun yang dilihat berselera. Sirap yang manis itu pun dirasa pahit. Ketika kita perlunya merawat badan yang sakit, hati juga menuntut kepada ke

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w

Panahan

"Dengan rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu. Alangkah terkejutnya apabila di dapati dua biji mata yang berlumuran darah" S aya berkesempatan mendengar ceramah agama Maulidur Rasul pagi ini. Ustaz Shamsudin yang menyampaikannya pada saya berjaya menarik minat yang hadir untuk terpaku tidak berganjak selama dua jam. Ceramah yang berkesan memerlukan adunan penyampai yang baik dan juga isi yang sama baik. Paling penting adanya cerita-cerita yang boleh dijadikan iktibar. Dan ustaz ini walaupun baru pertama kali didengar bicaranya, memiliki keistemewaan ini. Ustaz ini kaya dengan cerita-cerita yang boleh dikongsi dan itulah kekuatan penyampaiannya. Dua jam berlalu dirasa amat pantas edarannya. Namun saya amat tertarik dengan cerita tentang Hassan al basri ini. Ia tentang Hasan yang terpesona dengan kecantikan sepasang mata seorang wanita. Dikisahkan sewaktu remajanya, Hasan adalah seorang bangsawan yang mewah dan suka berfoya-foya. Suatu hari ketika berjal

Baik

"Semua yang ditetapkan oleh Allah adalah baik" S aya mendengar kisah yang amat menarik ini disampaikan oleh seorang ustaz lewat corong radio pagi ini. Mesejnya cukup jelas, iaitu anjuran supaya sentiasa bersangka baik. Meyakini bahawa setiap yang berlaku dalam kehidupan ada 'baik'nya. Ini ibarat cerita berbingkai. Cerita atas cerita. Ustaz bercerita tentang Ibn Taimiyah yang bercerita tentang seorang menteri yang selalu menjawab ‘baik’ setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu. Suatu hari menteri ini menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, raja dengan tidak sengaja telah mencederakan jari telunjuknya sendiri. Pisau yang digunakan untuk memotong buah telah menyebabkan jari telunjuknya terpotong dan merasa sakit. Bila ditanya oleh raja tentang jarinya yang terpotong itu, menteri itu cuma kata baik sahaja.Raja sangat marah dengan jawapan itu. Mana mungkin jarinya yang luka parah seperti itu dianggap menterinya sebagai hal yang baik?

Mata

" Ada motor nak keluar kat simpang tu." Selalunya malah dalam banyak keadaan, ketika saya memandu saya disergah dan disedarkan oleh "co-pilot" di sebelah saya. Beliau tentunya bukan orang lain kecuali isteri saya.Sedikit sebanyak ia menggugat tumpuan saya ketika memandu. Saya tidak nampak mengapa saya perlu di"latih" lagi untuk memandu setelah lebih 20 tahun saya dinobatkan sebagai pemandu yang terlatih untuk beraksi di jalanraya. Namun hari ini bila saya membaca satu artikel pendek saya mendapatkan jawapan mengapa isteri tidak boleh tutup mulut bila saya memandu. Informasi berkaitan "neuroscience" dalam pemanduan ini memang ada nilainya dan wajar untuk sama-sama dikongsi. Rupa-rupanya dalam konteks pemanduan, wanita dianugerah sepasang mata yang boleh menjangkau ruang penglihatan yang lebih luas berbanding lelaki. Justeru kadang-kadang kita sebagai lelaki terlepas pandang apa yang ada di depan, di sisi terutamanya apatah lagi yang di belakang.Ka

Kepentingan

S aya belajar sesuatu yang amat penting hari ini. Sudah dua hari Pak Timan bertandang di rumah. Pak Timan memang jarang benar keluar dari "sarang"nya. Dia tinggal di sebuah kampung pendalaman dan amat selesa ditemani tinggal di pondoknya ditemani burung-burung tekukurnya. Memang hobi Pak Timan sejak lama memikat burung tekukur.Saya pernah sekali berkunjung dan bermalam di pondoknya. Saya akui saya langsung tidak dapat tidor kerana gangguan pelbagai bunyi yang menusuk telinga. Setelah beberapa kali mencuba dapat juga saya mengajak Pak Timan bermalam di rumah. Saya mengajaknya jalan-jalan di bandar dan singgah sebentar di warung membasah tekak yang haus. Suasana memang hingar bingar. Bunyi kenderaan yang lalu lalang dan suara orang ramai yang makin memekakkan telinga. Juga sesekali tangisan kanak-kanak dari kedai-kedai berhampiran. Begitu juga hilai tawa turut memberantakkan keadaan yang sudah sedia bising. Saya hairan bukan kepalang di tengah-tengah hiruk pikuk itu, Pak Timan

Sedekah (Revisited)

S a ya amat bersetuju dengan Pak Itam bila dia bercakap tentang sedekah. Sedekah tidak perlu banyak dan tidak perlu juga dicanang-canang. Malah tidak perlu juga kita begitu berkira kepada siapa pula yang hendak berikan sedekah. Kalau sudah ada niat yang terbit dari hati yang ikhlas bersedekahlah. Pak Itam bukanlah cukup senang dan juga terlebih wang untuk bersedekah banyak-banyak. Namun Pak Itam senang dengan amalan bersedekah yang dibuatnya. Cukup mudah sedekahnya. Dia cuma perlu membawa sepinggan ubi rebus untuk dinikmati bersama beberapa orang anak muda kampung di sebuah warung yang cuma menyediakan minuman. " Kadang-kadang Pak Itam bawa mee goreng, mee bandung, ikut apa yang ada." Menyediakan makanan itu bukan masalah kepada Pak Itam kerana Pak Itam memang pandai memasak. Ramai yang mencadangkannya buka sahaja warung namun Pak Itam enggan. Saya kongsi kisah ini dengan Pak Itam. Bahawa bersedekah itu ada manafaatnya. Ada ganjarannya. Dia mungkin tidak semerta namun pasti

Peluang

"Simpan yang buruk untuk diri sendiri dan berikan yang baik kepada orang lain sebagai sedekah " B encana banjir yang melanda ada sisi baiknya. Itulah yang cuba saya terapkan apabila berbincang dengan pelajar hari ini. Ketika ada yang menerima kesan buruk, ia pula baik untuk yang tidak terjejas dengannya. Banjir menyediakan ruang dan peluang untuk kita menderma dan bersedekah. Tidak perlu banyak dan besar jumlahnya. Tidak juga semestinya dalam bentuk wang ringgit dan harta benda semata-mata. Barang terpakai janganlah dijadikan sedekah. Tidak elok begitu. Kalau ingin diberikan juga, anggaplah ia sebagai pemberian atau sumbangan sahaja. Jangan dicemari amalan mulia bersedekah itu dengan barangan begitu. Bantuan tenaga juga dikira memadai kalau itulah sahaja pun yang termampu oleh kita. Saya terserempak dengan seorang kawan lama di sebuah kedai perabot. Keretanya tenggelam dalam banjir. Saya menawarkan bantuan membawa perabot yang dibelinya. Saya amat gembira dapat membantunya wa

Jokes

A cowboy rides up to a saloon on his horse. He goes in, orders a drink, then leaves. His horse is gone. He goes back to the saloon, and asks, "Where's my horse?" No one replies. So he says, "I'll order one more drink, and then if my horse isn't outside, I'll have to do what i did in Texas and I don't like doing that." So the locals hurry around, and when he leaves, his horse is outside. As the stranger gets on his horse, the bartender asks, "What did you do in Texas?" to which the cowboy replies, "I had to walk home." Pena Tumpul - Laughter sometimes is the best medicine

Pelajaran

B encana banjir yang kesannya masih terasa sampai sekarang memberi beberapa pengajaran yang perlu diberikan perhatian. Tragedi yang pernah berlaku pada 2006 sepatutnya boleh menjadi pelajaran yang cukup berguna oleh semua pihak yang terbabit. Melihat banyaknya perabut yang ranap dihentam air banjir saya melihat kepada perlunya memiliki perabot yang mesra banjir. Perabot plastik barangkali. Atau kalau berlebihan duit lebih elok untuk berpindah ke perabot jati. Atau tidak perlu punya perabot langsung. Suatu bentuk perabot yang sesuai untuk menghadapi banjir wajar difikirkan. Seorang apek tua yang pernah mengatakan bahawa banjir tidak akan menyerang Segamat dalam tempoh 40 atau 50 tahun dari banjir 2006 dulu cuma menggeleng kepala dan menelan semula pernyataannya yang cukup yakin itu dulu. Telahannya sebagai penduduk asal dan paling lama ternyata meleset. Dia cuma kedengaran menyebut "Selamat tinggal Taman Mida ". Saya tahu dia benar-benar kecewa. Dengan fenomena pemanasan glob

Bencana

"Kami membahagikan manusia di dunia ini menjadi beberapa golongan. Ada antaranya orang-orang yang soleh dan ada yang tidak. Kami menguji mereka dengan kenikmatan yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk supaya mereka kembali kepada kebenaran" (Al-Araf, ayat 168) M elihat bencana banjir yang menimpa terbit persoalan adakah alam sudah tidak lagi mesra kepada kita sebagai penghuninya? Kalau pun memang tidak mesra ia tentunya bersebab. Tuhan tidak mungkin menurunkan bencana tanpa sebab-sebab yang munasabah. Juga mustahil sebab-sebab itu adalah daripada Tuhan sendiri. Kelihatannya sebab-sebab itu berbalik kepada kita juga. Menyalahkan alam kerana menurunkan bencana itu bukannya pemikiran yang bijaksana. Menyalahkan Tuhan pula adalah perkara yang sangat tidak elok. Bukankah lebih elok kalau diri sendiri yang disalahkan. Tidak keterlaluan kalau dikatakan kerakusan manusia memang menyumbang kepada bencana. Misalnya, Segamat tidak pernah dilanda banjir seteruk 2006 dan 2011 sebelu

Pulih

B erat mata yang memandang bahu yang memikul pastinya terasa lebih lagi beratnya. Taman Segar dan taman-taman lain sekitarnya merupakan kawasan paling teruk dilanda banjir. Saya melihat dengan belas "kesakitan" mangsa banjir. Saya tidak mampu untuk berbuat lebih dari itu selain daripada "memakai kasut mereka". Mereka tiada pilihan. Mahu tidak mahu mereka perlu menerima hakikat bahawa rumah mereka berpalit lumpur dengan banyaknya barang yang musnah. Dari dalam kereta saya melihat kekuatan semangat mereka menerima dugaan ini. Rasa simpati saya merentas warna kulit dan kepercayaan. Bukannya mudah untuk menelan ujian seberat itu untuk kali kedua dalam tempoh lima tahun. Luluhnya hati melihat timbunan perabot yang musnah di depan setiap rumah yang sempat saya lalui petang ini. Sebelumnya hampir sehari suntuk saya meringankan tulang empat kerat saya setakat mampu membersihkan Sekolah Rendah Convent yang turut terjejas teruk dilanda banjir. Pastinya banyak kerugian yang di