R amadan bertandang lagi membawa khabar amat gembira untuk semua umat yang bertakwa. Bulan untuk beribadat. Ganjaran pahala dariNya berlipat-lipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Di corong radio, Ustaz berkongsi ilmu yang amat bermanafaat. Puasa sebagai adat atau ibadat? Falsafah puasa yang selaras dengan al-Quran dan sunah perlu difahami benar-benar bagi mengelakkan amalan berpuasa tidak lebih hanya sebagai adat tahunan sahaja. Dan jika ini berlaku, ia memang merugikan. Kata Ustaz, martabat puasa jatuh kepada tahap adat jika: * Menyempitkan skop puasa hanya dengan menahan makan dan minum pada siang hari sahaja. Sedang mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya. (riwayat Al-Bukhari) * Berpuasa pada siang hari sahaj