S aya ke sebuah kedai yang paling lama di bandar Segamat.Kedai yang terletak di bandar lama ini cuma menjadi tumpuan di hujung tahun. Ketika inilah ibubapa sebok berbelanja untuk peralatan sekolah anak-anak. Kedai ini jadi popular kerana dua benda sahaja iaitu baju dan beg sekolah. Saya memilih untuk ke kedai lama ini untuk membeli beg sekolah Haziq dan bukan di kedai-kedai gah pada nama tetapi harga menjerut leher pembeli. Lagi pun ada kenangan penuh sentimental yang tidak mampu dilupakan bila ke kedai ini. Saya masih ingat setiap kali menjelang persekolahan almarhum ayah akan bawa saya dan abang ke kedai ini untuk beli beg sekolah baru. Masa dulu beg yang dijual tidaklah banyak jenisnya dan coraknya seperti sekarang. Ayah bukanlah banyak sangat duit pun jadi kami dibelikan beg sekadarnya. Namun saya dan abang berpuas hati dan bersyukur dengan apa pun beg yang ayah pilihkan untuk kami. Kami tidak merengus apatah lagi membantah. Sekurang-kurangnya dapat juga beg baru daripada tiada l...