H afiz ditanya cita-citanya dan beliau pantas menjawab mahu jadi pensyarah. Sebelum ini bila saban kali diajukan soalan yang sama cita-citanya sering bertukar. Kanak-kanak memang begitu, tidak akan tetap pendiriannya. Sekejap mahu jadi bomba, sekejap mahu jadi askar, sekejap mahu jadi polis. Cita-citanya berubah kerana orang yang dilihat sekitarnya. Cita-cita akan terus bertukar ganti sehinggalah peringkat dewasa dicapai atau lebih tepat lagi seusai tamat belajar. "Hafiz nak jadi pensyarah kerana ayah suruh jadi macam Uda. Ayah tak bagi jadi doktor kerana kerja doktor susah" . Kata-kata ayahnya itu mungkin betul kerana sebagai penolong pegawai perubatan, ayahnya terlibat secara langsung dengan kerja-kerja doktor dan melihat sendiri betapa tidak mudahnya jadi doktor. Kerja yang tidak tentu masa. Sejak itu Hafiz membunuh terus cita-citanya untuk jadi doktor. Memang, bukan mudah pun untuk mencapai cita-cita tersebut. Perlu komitmen yang sangat tinggi dalam pelajaran. Justeru