Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Jumaat

P etikan daripada blog dan elok untuk renungan bersama. Jumaat adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi. Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat. Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa, Nabi Yusuf dengan Zulaiha, Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib, Rasulullah saw dengan Khadijah, Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya. ” (Hadis riwayat Muslim). Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiam

Lambaian

A .Ramlie adalah antara penyanyi yang digilai di era pop muzik 60an. Banyak lagu-lagunya yang menjadi siulan malah masih segar dan tetap diminati sehingga sekarang. Saya masih ingat ketika lagu-lagu pop 60an berada dizaman kegemilangannya, sekitar tahun 67 dan 68 saya sedang belajar di sekolah rendah di salah sebuah kampung di Segamat. Saya menyaksikan betapa ibubapa saudara saya di peringkat usia remajanya begitu menyanjungi penyanyi-penyanyi seperti A.Ramli, M.Osman, A.Rahman Hassan, Jefriden dan beberapa orang lagi. Antara ingat dan tidak, saya semacam pernah diheret sama untuk menyaksikan persembahan pentas bergerak yang diserikan oleh penyanyi 60an pujaan mereka. Apabila saya pulang ke kampung atok saya beberapa hari lalu, saya terjumpa beberapa keping piring hitam yang pernah menjadi teman setia ibu saudara saya dahulu. Masih kelihatan elok. Namun apa yang dapat dilakukan tanpa pemain piring hitam.Antara lagu yang menyentuh hati dan menggamit perasaan ialah Dendang Anak Tani

Cemburu

“Sesungguhnya Allah cemburu dan seorang mukmin juga cemburu, dan cemburu Allah itu ketika seseorang hamba-Nya melakukan sesuatu diharamkan ke atasnya.” ~ Hadis Rasulullah A dakalanya kita cemburu tidak bertempat. Kita juga cemburu pada sesuatu yang tidak sepatutnya. Hasilnya kita membuang masa dan akhirnya tidak memperolehi sebarang faedah pun. Tidak salah cemburu namun biarlah kena pada tempatnya. Cemburu adalah fitrah dan tabiat yang mesti ada dalam diri manusia yang pada asalnya tidak tercela, selama ia tidak melampaui batas. Cemburu yang melampaui batas, boleh menjerumuskan seseorang ke dalam pelanggaran syariat Allah, itulah yang salah.  Misalnya, kita cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar mahupun kereta besar, tetapi tidak pula kita cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita. Sering juga kita cemburu dengan harta orang lain namun kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di se

Kreatif

S aya menyaksikan malah mengadili beberapa projek yang dihasilkan oleh para pelajar yang menyiapkan sebahagian kerja kursus Critical and Creative Thinking Skills. Penghasilan projek inovatif yang diterbitkan dari bahan-bahan terbuang adalah sesuatu yang menuntut kreativiti para pelajar. Dengan memanipulasikan bahan-bahan seperti kertas suratkabar, botol-botol kosong, kapas daun-daun kering, batang aiskrim dan sebagainya, terhasilllah pelbagai bentuk replika menarik yang mempunyai mesej tersendiri berkaitan alam. Hasilnya memang menakjubkan! Pena Tumpul - Puas hati

Cuci

K ata Dr Fadilah Kamsah ada beberapa cara yang boleh kita amalkan untuk menyucikan dan memurnikan hati. Antaranya ialah: 1. Jaga solat dengan sempurna, 2. Solat taubat setiap malam sebelum tidur, 3. Istighfar sekurang-kurangnya 70X sehari ,banyakkan zikrullah, 4. Baca Quran setiap hari, 5. Minta maaf daripada orangg lain; maafkan semua orang, 6. Bisikan kendiri yang positif, 7. Muhasabah ; refleksi diri ; berterusan perbaiki diri, 8. Cuci pinggan, tandas, dll, 9. Berpuasa sunat, 10. Sentiasa ingat mati ; bersedia menghadapi kematian setiap hari, 11. Kekalkan wudu' sepanjang hari mengikut kemampuan, 12. Banyakkan bersedekah, 13. Beri orang makan, 14. Jaga makanan (halal ; yang baik2), 15. Berkawan dengan orang 'alim ; orang yang baik-baik, 16. Sentiasa berpesan -pesan ke arah kebaikan, 17. Jaga setiap panca indera (mata, telinga, hati, anggota tangan ; kaki ; deria hidu). Pena Tumpul - Peringatan buat diri sendiri

Peranan

P agi ini saya sempat berceloteh sedikit dengan pelajar saya tentang perempuan yang tidak tahu, tidak boleh dan malas memasak. Bukan luar biasa sekarang, kalau ada perempuan yang memilih untuk tidak memasak walaupun sudah bergelar isteri. Bila perkara ini dibangkitkan, pelajar perempuan segelintirnya melenting. Saya kata, perempuan begini tidak wajarlah dijadikan isteri. Saya memprovokasi mereka sebenarnya. Saya mahu mereka mempertahankan hujah mereka tetapi tidak sampai menegakkan benang yang basah. Kata mereka, kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Mereka mengalih perhatian. Kata mereka lagi, kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita kata okay saja. Tidak boleh pula  diperbesarkan nanti mereka terasa hati.  Mana boleh begitu. Ada betulnya juga kata-kata kaum Hawa ini. Mereka mula membela diri dan saya mendengar penuh teliti. Kata seorang pelajar perempuan, mungkin mereka tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya

Tangga

C adangan untuk membaiki tangga menaiki bukit ke rumah mertua sudah lama dibuat. Namun selalu tertangguh kerana masa yang begitu mengekang. Petang ini selepas hujan reda apabila secara kebetulan biras dari Singapura pulang bercuti, kesempatan yang ada tidak dibuang begitu sahaja. Saya menyuruh Yako yang antara mahu dan tidak mahu itu menggali lubang untuk tiang yang baru. Saya tahu dia sangat penat dan mengambil peluang bercuti untuk bercuti semahunya. Kami mengambil masa lebih kurang sejam walaupun tangga yang dihasilkan tidaklah seberapa. Kayu-kayu beluti pula kami ambil daripada sisa-sisa runtuhan rumah lama.Kami bercadang untuk menyiapkan anak-anak tangga supaya lebih selesa dan selamat untuk digunakan. Terima Kasih Yako! Pena Tumpul -Usaha tangga kejayaan

Nama

N ama orang Jawa adakalnya memang menarik dan juga lucu bunyinya. Pandai tanam bunga, diberikan nama - Rosman. Pandai membaiki kereta, namakan - Karman Pandai dalam penulisan - Suratman Gagah perkasa - Suparman Boleh mendengar sambil berjalan - Wakiman Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman) Pandai buat kuih - Paiman Pakar jualan - Salman Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar) Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman Doktor gigi - Sugiman Supaya cepat naik pangkat - Yasman Bakal kaki pukul dan dera orang - Deraman Yang ada darah Bengali - Manbai Pandai organise skim cepat kaya - Pakman (Te' Lo) Mat rock - Rokman Jadi polis trafik - Saman Pakar kunci - Lokman Baik budi pekerti - Budiman Ada lagi... .. Buat kerja ala kadar - A. Kadarisman Suka bagi orang susah - Sukarman Suka mengada-ngada - Ngadiman Dua alam - Herman Paling tak guna - Koman Selalu sakit - Deman Kalau yang kuat berlawan - Ultraman Yang suka main da