Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Pemenang

M alam ini saya dan Haziq singgah di sebuah kedai menjual majalah dan akhbar di tepi jalan. Haziq mahu membeli majalah sukan kesukaaannya yang terbit dua minggu sekali. Saya dapat mengesan penjualnya melayan saya dengan Haziq dengan buruk. Mukanya pun nampak tidak menyamankan. Endah tak endah sahaja.  Pun begitu saya tidak terkesan pun dengan layanan penjual itu. Saya tetap gembira.   Sebaliknya saya melihat Haziq yang berubah caranya. Dia menunjukkan reaksi yang tidak senang kepada penjual itu.Dia nampak marah dengan layanan penjual berbangsa India itu. Sebaik-baik sahaja beredar meninggalkan kedai, Haziq bersuara,  "Kenapa ayah senyum aja dengan orang yang jual majalah tadi. Kan dia layan kita macam hendak tak hendak aja" Saya beritahu Haziq, "Kenapa kita harus mengizinkan dia menentukan cara kita dalam bertindak? Kita yang berhak tentang bagaimana kita perlu bertindak, bukannya orang lain. “Tapi dia layan kita teruk, ” bantah Haziq. Saya tahu dia amat tidak

Lelaki

 "Orang lelaki  miang, ego, dan buat tidak kesah" I ni pandangan umum orang perempuan tentang lelaki. Betul ke begitu? Mungkin betul dan mungkin tidak. Dr Fadzillah Kamsah yang didengar lewat corong radio pagi ini melihatnya dari sudut yang berbeza. Pandangan songsang ini perlu pembetulan. Sambil tidak menafikan bahawa lelaki memang miang, memiliki sifat yang memang tidak disenangi orang perempuan ini ada asas dan sebabnya. Kata Dr Fadzilah, orang lelaki kalau tidak miang, bukan lelaki namanya. Sifat ini memang perlu ada pada lelaki kerana sifat inilah yang menyumbang kepada "kelelakian" itu sendiri. Lelaki yang tidak miang membawa isyarat bahawa ada yang tidak kena dengan keinginannya. Dan ini tentunya tidak baik dalam kerukunan dan hubungan suami isteri. Dan isteri tentunya tidak suka ini berlaku pada pasangannya. Cuma, kata Dr Fadzillah lagi, tahap kemiangan ini perlu dikawal dan disalurkan dengan betul. Semua orang ego tidak kira lelaki dan perempuan. Eg

Mulut

"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." Surah Qaaf - Ayat 18 U staz Norhisyam mengutarakan ayat ini apabila bercakap tentang perlunya menjaga mulut. Anggota yang darinya terpacul kata-kata memang sangat perlu dikawal penggunaannya. Dari mulut keluar ungkapan yang baik dan enak di dengar juga yang pedas, berbisa dan menyakitkan. Mulut juga menyebar fitnah, mengumpat dan memaki. Hebatnya kuasa mulut. Benarlah kata pepatah orang tua, kerana mulut badan binasa. Kita melihat di sekeliling kita betapa mulut membawa keruntuhan dan kehancuran orang lain juga punahnya sebuah rumah tangga. Hatta kerana mulut juga sebuah kerajaan dan negara pun bisa tumbang. Ada mulut celupar. Tidak kurang juga mulut yang tidak berhenti-henti melontarkan kata-kata tanpa kawalan.. Membelasah apa sahaja tanpa mengira hati dan perasaan orang lain. Mulut juga boleh

Kain

B eberapa orang budak kampung tanpa segan silu dilihat merokok ketika bermain bola di dataran sebelah rumah. Mereka adalah pelajar sekolah berusia sekitar 15 hingga 17 tahun. Di usia begitu mereka tidak sepatutnya merokok. Selain tabiat ini, ada satu lagi yang amat tidak saya senangi dan sakit sangat telinga saya mendengarnya. Penggunaan perkataan-perkataan yang tidak senonoh dan amat tidak enak didengar bagaikan satu kebiasaan kepada mereka. Mereka pernah saya tegur namun tidak sangat memberi kesan. Tabiat tetap tinggal tabiat. Petang ini saya mencadangkan kepada isteri agar perkara ini diadukan kepada ibubapa mereka. Saya fikir itu cara paling baik. Anak-anak yang masih belum terlewat untuk dilentur ini perlu diselamatkan dan ibubapa mereka perlu tahu apa yang anak-anak mereka lakukan di luar pengetahuan mereka. Saya yakin anak-anak ini mungkin dilihat baik di depan ibubapa di rumah tetapi tidak sebegitu pula di luar rumah. Mereka mungkin mengambil kesempatan melampiaskan keinginan

Nilai

S eorang pakar motivasi yang kian popular dan mendapat tempat di hati orang ramai berpesan di corong radio pagi ini agar redha Allah yang kita cari dan bukan mencari penghargaan manusia. Mudah saja maksudnya, tidak kesahlah kalau kita tidak bernilai di mata orang asalkan dimataNya kita diterima dengan redha setiap apa yang kita lakukan. Memang ada benarnya. PenilaianNya itulah yang lebih penting daripada penilaian manusia. Berbicara tentang nilai, ingin saya kongsikan cerita ini. Ia mungkin cerita rekaan namun mesejnya tentang nilai cukup dekat dengan kita. Kisah tiga tin Coca-cola yang dihasilkan dari satu kilang yang sama. Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza. Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin coca-cola dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan. Tin yang pertama diturunkan di pasar mini  biasa dan dipamerkan di rak bersama tin coca-cola yang lain dan diletakkan pada harga RM1.50.Tin yang kedua pula diturunka

Ujian

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216) M antoba yang datang berkunjung ke rumah malam tadi menyatakan rasa kecewa yang teramat sangat. Rumahnya terlibat dalam banjir yang berlaku baru-baru ini. Agak teruk juga. Saya simpati dengannya dan membantunya sekadar termampu. Namun saya meilhat bantuan yang diberikan bukanlah pengubat kepada segala dukalara yang ditanggung. Kekuatan dan semangat yang mungkin sudah ranap ditelan air banjir perlu dibina semula untuk mendepani hari-hari berikutnya. Lebih penting kesediaan dan keredaan untuk menerimanya dengan hati yang amat terbuka. Saya mahu beliau melihat ujian yang baru dihadapinya bukan sebagai bencana tetapi sebagai sebahagian daripada masa lalu yang berharga dan istemewa. Ada beberapa pelajaran penting dan berharga dari ujian itu. Umpama menaiki sebuah roller