Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Kelainan

M alam tadi saya singgah di pasar malam. Saya hairan begitu ramainya yang mengerutung sebuah gerai ini. Ia cuma sebuah gerai burger rupanya. Ada 3-4 buah gerai burger namun mengapa gerai ini yang menjadi tumpuan. Setelah didekati, gerai burger ini ada sebab yang cukup kuat untuk dihurungi. Gerai burger ini ada kelainan dan identiti tersendiri. Peniaga burger; sambil membuat burger; melambung daging burger ke udara dan menyambut semula ke kuali. Selang beberapa saat, dia lakukan lagi, melambung daging burgernya dan menyambut semula. Saya terpegun melihatnya bersama ramai yang lain yang nampaknya cukup terpesona. Pada gerainya ditulis: "Burger Lambung". Ramainya yang berbaris seolah-olah tiada gerai burger lain yang boleh dikunjungi. Saya melihat peniaga ini cukup bijak dan berjaya mencipta satu kelainan sehingga memaksa ramainya orang yang berbaris panjang termasuk saya. Setelah 20 minit berlalu, barulah dapat merasa burger lambung ini. Rasanya? Tidak ada beza pun deng

Nama

" Tak duduk Madinah lagi ke? D i majlis rewang Pak Manaf saya disapa rakan seperjiranan hampir 40 tahun lalu. Kata-kata di atas terpacul dari mulutnya. Saya senyum sahaja kerana saya tahu dia silap orang. Saya bukanlah yang dia maksudkan itu. Ahmad Kamil Mohamed (AKM), Kamel Taufik Abd Ghani (KT) dan Muhd Kamil Ibrahim(MKI) adalah tiga personaliti yang berbeza. Persamaannya cuma mereka bekerja di bawah satu bumbung- UiTM Segamat. Selebihnya, tidak ada persamaan pun. KT dan MKI sudah pasti lebih terserlah keintelektualannya bersama gelaran Profesor Madya dan Profesor yang mengiringi nama mereka.AKM cuma seorang pensyarah biasa yang tidak dikenali malah mungkin asing hatta di kalangan warga kampus. Namun memiliki nama yang hampir sama mampu mengundang persepsi di luar jangka. AKM pernah dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang pemanggil dari Kelang yang bertanyakan tentang masalah pengajian anaknya. AKM terpegun seketika tetapi cepat menangkap bahawa kekeliruan sedan

Kahwin

M usim cuti sekolah begitu sinonim dengan majlis perkahwinan. Kad undangan perkahwinan bertal-talu datangnya dari jauh dan dekat. Ada yang cukup dikenali dan tidak kurang yang tidak diketahui pun siapa pengirimnya. Ketika musim tengkujuh pun masih lagi ada yang cukup berani untuk menganjurkan majlis perkahwinan justeru di musim cuti sekolah beginilah saudara mara dapat berkumpul untuk sama-sama membantu. Sejak beberapa hari yang lalu saya berkampung di rumah Pak Manaf kerana majlis berelat anak gadisnya. Saya memilih untuk menolak beberapa jemputan dan lebih terdorong untuk menyumbang tenaga yang termampu di rumah Pak Manaf dan isterinya Mak Usu Juri. Undangan Pak Manaf tidak wajar saya tolak pun kerana Pak Manaf sendiri yang sangat ringan tangan di kenduri kendara termasuklah rumah saya. Pak Manaf terlalu baik untuk dihampakan permintaannya. Saya kagum melihat semangat gotong royong yang dipamerkan oleh warga kampung Gudang Garam. Tolong menolong dalam memasak. Sebenarnya ama

Nikah

S aya diminta oleh Pak Manaf wali pengantin perempuan untuk menjadi salah seorang saksi untuk akad nikad anaknya. Saya pada mulanya menolak dengan sedikit alasan. Saya mencadangkannya untuk memilih orang lain yang lebih layak. Pun begitu Pak Manaf tetap memilih saya dan saya tidak mampu menghampakan permintaannya. Akad nikah Siti Norharyani dan Noor Nashriq disempurnakan dengan penuh cemerlang oleh Tok Imam Hj Hashim tepat jam 5.14 petang tanggal 28 Mac 2014 di Masjid Kg Gudang Garam. Saya menyaksikan akad nikah yang lancar dan tidak banyak kerenah. Pengantin lelaki pun tidak resah gelisah. Acapkali juga saya  menghadiri majlis akad nikah dan sesuatu yang paling tidak menyelesakan ialah bila saya lihat Tok Kadi seolah-olah mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga

Bos

A da peribahasa dalam Bahasa Inggeris berbunyi " When the cat is away, the mice will play". Terjemahan langsungnya ialah bila kucing tiada tikus bermaharajalela. Juga, kalau bapa tiada di rumah, anak mulalah menunjukkan belangnya, justeru apa yang ingin dibuat boleh sahaja dilakukan kerana tiada siapa yang menegur. Begitu juga kalau guru tiada, kelas hingar bangar. Umumnya, orang yang dibawah akan mempamerkan perlakuan yang terbaik bila orang yang di atas memerhati dan mengawasi atau sekurang-kurangnya kehadirannya memang pasti. Namun keadaan begitu tidak selalunya benar. Ada ketikanya, pekerja lebih merasa selesa tanpa kehadiran majikannya. Rasa selesa bukannya untuk curi tulang, mengabaikan kerja yang diberikan. Sebaliknya rasa sangat selesa ekoran bebas dari rasa tertekan dan sekaligua menjana rasa lebih seronok untuk bekerja dengan lebih baik. Kalau pekerja bawahan sudah mula rasa lebih selesa bekerja tanpa kehadiran bosnya, pastinya ada yang tidak kena. Bila bos ad

Kesayangan

B ucing meluahkan rasa mualnya dengan sikap majikannya yang mengamalkan pilih kasih. Dalam kata yang lebih mudah, majikannya ada staf kesayangan. Saya beritahu Bucing,  " favouritism" memang amalan biasa yang melibatkan hubungan majikan dan pekerja. Malah amalan pilih kasih juga berlaku di antara ibubapa dengan anak-anak, juga guru dengan pelajar. Sebagai seorang pekerja yang agak baru menyertai organisasinya, saya menasihatkannya supaya dapat menerimanya dengan hati terbuka dan lapang dada. Dikhuatiri jika dia begitu sebok memikirkannya, dia sendiri yang akan tertekan dan akhirnya menjejaskan tumpuan kerjanya. Walaupun ada segelintir majikan yang menafikan bahawa ada staf yang memang disayanginya berbanding staf-staf yang lain, ia sebenarnya menipu dirinya sendiri. Mereka perlu menyatakan kebenaran bahawa amalan pilih kasih memang berlaku dan sekaligus perlu bijak mengurus dan menjaga hati dan perasaan staf lain yang mungkin merasai diri mereka dipinggirkan. Saya katak

Makan

H afiz meminta satu lagi burger walaupun dia masih belum menghabiskan burger di tangannya. Saya tahu dia sedang menikmati kesedapan burger sehingga rasa macam tidak cukup dan mahukan satu lagi. Saya dengan sengaja tidak melayani permintaannya itu. Saya beritahu dia bahawa tidak elok untuk tamak begitu. Saya kata Nabi pernah berpesan supaya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Hafiz tiada masalah untuk faham. Seorang kanak-kanak yang baru berusia lapan tahun sebenarnya tidaklah sukar pun untuk dididik begitu. Dia akan mudah menerima walaupun banyak juga soalannya. Susah juga saya mahu menjelaskannya. Akhirnya, Hafiz tidak mampu untuk menghabiskan pun burgernya yang satu itu! Pena Tumpul - Makan seketul ayam dan secawan Milo sahaja  

Terima

S aya membaca cerita yang amat menarik ini. Ia mengajar saya bahawa tidak wajar untuk mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan. Saya perlu percaya bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Saya juga perlu menerima segala ketentuanNya. Jika musibah yang datang terimalah tanpa banyak soal. Jika nikmat yang dikurnia bersyukurlah kepadaNya. Memang begitu pun peranan dan tanggungjawab kita sebagai hambanya. Jangan sesekali kita sampai lupa boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari. Yang pasti hidup bak roda. Sekali di atas, sekali di bawah. Begini ceritanya. Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup. Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya. Disamping itu, dia tidak putus-putus meninjau laut yang bagai tidak b

Peranan

S aya selalu percaya bahawa setiap individu mempunyai peranannya masing-masing. Peranan yang dipilih tidak seharusnya kelihatan penting, sekurang-kurangnya  dicukuplah kalau kita selesa dengan peranan yang dipilih itu. Ada yang memilih untuk berperanan sebagai pengikut dan membiarkan peranan ketua dipikul oleh orang lain kerana dia tahu setakat mana kemampuannya untuk menjadi ketua dan pandangan orang lain tentang kebolehannya. Malah dia juga tahu ada orang yang lebih suka berperanan untuk menonjolkan diri dan menjadi ketua.Justeru berperanan sebagai ketua lebih dikenali dari hanya berperanan sekadar pengikut.Oleh kerana peranan ketua begitu diburui berlakulah kecenderungan individu yang sama akan kelihatan terus berperanan sebagai ketua dan mereka yang kelihatannya tidak menonjol langsung peranannya akan terus kekal berperanan sebagai pengikut atau pun pemerhati semata-mata. Justeru itulah individu yang selalu berperanan sebagai ketua tidak seharusnyalah merasakan dirinya hebat ke

Maman

B erseleranya makan di rumah emak malam ini. Bukanlah kerana lauk yang emak masak luar biasa sangat pun. Tiada kari daging yang memang saya suka sangat itu. Tiada juga sayur taugeh masak lemak. Masakan emak biasa sangat. Cuma ikan salai masak kuning cili api dan ikan masin sahaja. Saya hampir-hampir menolak pelawaan emak untuk makan kalau tidak kerana jeruk maman yang emak sajikan sekali di atas meja. Selera yang tertutup pantas terbuka bila nampak jeruk maman. Sudah lama sangat tidak merasainya.Rasanya yang unik dan tersendiri, berkuah agak masam, memang memancing selera penggemar ulam-ulaman seperti saya. Kata emak dia buat sendiri. Tidak pula saya bertanya dari mana emak dapat daun maman itu. Yang pasti daun ini memang sukar dicari atau barangkali sudah makin pupus. Isteri tidak begitu teringin untuk merasainya walau diumpan acap kali betapa sedapnya jeruk maman ini. Bagus juga dia tidak suka, tidak perlulah saya berkongsi dengan sesiapa pun. Kalau diikutkan selera, ma

Pertama

B ila kita belajar Sejarah dulu, kita diberitahu siapakah orang yang pertama buat dan cipta sesuatu. Sampai sekarang kita masih lagi ingat bahawa orang yang pertama cipta telefon ialah AG Bell. Kita juga tahu bahawa Wright adalah pencipta kapal terbang pertama.  Pun begitu saya yakin tidak ramai yang tahu siapakah yang pertama menggunakan tarikh Hijrah dalam Islam. Begitu juga siapakah yang pertama menjadi Raja dalam Islam. Saya ingin berkongsi maklumat ini dan saya harap ia adalah fakta dan sangat benar. 1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS 4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS. 5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :  Nabi Adam AS. 6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :Sayyidatina Hajar 7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :Nabi Muhamm

Berbahasa

"Dengan kata-kata, orang yang pandai berbahasa boleh memanggil burung yang sedang terbang di awan, turun hinggap mencatuk makanan di tapak tangannya" Pepatah Cina ini mahu menjelaskan bahawa kemahiran berbahasa sangat penting dimiliki oleh jurujual untuk memikat pelanggan. Selalunya, apabila kita mahir menggunakan kata-kata bagi mengurut jiwa pembeli, mereka akan datang kepada kita bukan sangat kerana barang yang kita jual tetapi mungkin sangat terpesona dengan kata-kata kita yang membuai dan membelai jiwa mereka. Barang yang dimahukan boleh sahaja dibeli daripada jurujual yang lain tetapi kata-kata yang kita ucapkan tidak mungkin dapat mereka dengar dari bibir orang lain. Bukan juga kerana paras cantik penjual yang memikat. Ketika singgah di stesyen minyak petang ini, sambil menunggu minyak di isi saya didatangi seorang penjual krim pencuci kereta untuk menjual krimnya kepada saya. Dia berkata begini kepada saya, " Encik, kereta encik ini, kotor. Nampak macam kereta

Dwipiawai

H aziq balik dari sekolah semalam merungut dan marah-marah. Pastinya ada sesuatu yang tidak kena dan merobek hatinya lantas mempamerkan dirinya begitu. Dia tidak puas hati dengan salah seorang gurunya dalam mengendalikan perilaku pelajarnya.Ketika dia dan beberapa rakannya dikenakan hukuman atas kesalahan yang dilakukannya,dua tiga yang lain terlepas pula dari hukuman. Dia tidak mempertikaikan hukuman yang dikenakan padanya kerana dia tahu dia bersalah dan memang wajar dihukum. Dia gagal untuk hadir latihan sukan dan memang patut dihukum pun. Apa yang dilalui oleh Haziq adalah contoh amalan dwipiawai yang sering berlaku dan dilakukan pula secara sedar. Amalan "double standard" ini berlaku apabila ada pihak yang merencana tindakan mengikut kepentingan sendiri dan langsung meminggirkan lunas-lunas yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama. Atas kepentingan diri sendiri dan mereka yang bersekongkol dengannya, selalunya mereka yang diluar dari kepentingan ini akan dinafi

Watak

"Watak sebenar seseorang adalah apa yang dilakukannya ketika tiada seorang pun yang tahu, kecuali dirinya sendiri dan tentunya Penciptanya" K enyataan di atas memang ada benarnya. Kadang-kadang gerak laku kita berbeza mengikut situasi. Di depan orang lain lakunya dan di belakang juga lain. Depan dan belakang tidak sama. Di depan orang pijak semut, semut pun tak mati kerana halus dan sopannya kita tetapi di belakang lain pula ceritanya. Silap-silap gajah pun boleh pengsan hanya kerana jentikan kita. Saya suka berkongsi cerita yang mungkin agak melucukan namun ada pengajarannya. Ia berkisar tentang bagaimana kita mengemudi watak kita. Mantoba yang baru bertunang dengan bakal isterinya, Loyah mahu mengejutkan Loyah dengan membawanya ke rumah yang bakal dihuninya bila sudah diijab kabulkan kelak. Loyah pastinya sangat teruja dengan kejutan itu. Sesampai di rumah tersebut, Mantoba meminta agar Loyah menutup matanya dengan saputangan. Dengan penuh debaran Loyah membiarkan sah

Hujan

S yukur kepada Ilahi kerana setelah kian lama menunggu, awal pagi ini hujan turun membasahi bumi yang sudah lama gersang dan tandus.  Terasa cukup dinginnya setelah sekian lama dipanah bahang matahari. Tanaman yang layu sudah kembali segar dan menghijau, membasuhi segala debu-debu di jalan, sekali gus membersihkan segala dosa yang terampai sambil menelusuri bait-bait kata berpuisi lirik lagu Sudirman. Hujan yang turun bagaikan mutiara Berkilau bersinar berkerdipan Subur menghijau bumi terbentang Dan bayu berpuput lembut Cinta yang bersemi Diwaktu hujan turun Menyirami ketandusan hati Dan hujan turut mengiringi Engkau pergi... Selembut hujan bercurahan Begitulah cinta ini Semesra bumi yang disirami Begitulah hati ini Hujan yang turun bersama air mata Bersama pedih, bersama rindu Kau datang dan kau pergi jua Rindu lagi... Terima Kasih Allah kerana mendengar permohonan hambaMu yang lemah ini. Pena Tumpul - Sedapnya tidor sambil mendengar desiran hujan memukul

Prioriti

K ata pantun warisan temurun, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Saya menambahnya lagi, dan hutang wang buat tak reti. Saya pernah meminjamkan sejumlah wang sedikit sebanyak kepada seorang taulan yang mengadu dalam kepayahan. Saya percaya dia memang memerlukannya seperti mana juga saya percaya dia juga akan membayarnya semula satu hari nanti. Selepas itu, dia tidak pernah muncul lagi dan hilang terus dari penglihatan. Semalam saya terlihat kelibatnya setelah bertahun-tahun menyembunyikan diri.Dan saya percaya itu ketentuan Tuhan.Saya cam benar dan tidak silap orang. Nampak hebat dari dulu. Kelihatannya macam sudah punya lebihan duit di dalam kantung sekurang-kurangnya dari pakaiannya. Begitu juga roda-roda empatnya yang ternyata bukan calang-calang untuk si kucing kurap memilikinya. Haziq menjadikan cerita ini lebih menarik. Khabarnya anaknya rakan sekolah Haziq dan gaya belanjanya, alahai hebatnya. Telefon bimbit dimiliki bukan kepalang mahalnya. Sayangnya ada hu

8C

K ata Dr Fazillah Kamsah, seorang isteri yang tidak elok perangai dan tingkahnya memiliki lapan sifat yang secara kebetulannya bermula dengan huruf C. C1. CABAR Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! " Dr Fadillah kata jangan cabar suami nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata… C2. CABUL Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti menghamburkan kata-kata yang tidak baik pada mertua… C3. CELUPAR Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selal

Batu Anam

B atu Anam cuma sebuah pekan kecil di negeri ini lalu tidak menghairankan tidak ramai orang yang tahu akan kewujudan pekan koboi ini. Saya sendiri dilahirkan malah membesar dan menyaksikan depan mata perkembangan pekan yang tidak banyak berubah ini. Kalau ada pun perubahan yang paling ketara, hanyalah jejambat yang dibina sejak dua tahun yang lalu. bagi melicinkan aliran trafik di pekan ini yang sebelum ini tersekat oleh lintasan keretapi. Selain itu sebuah masjid baru yang tersergam indah di tepi jalan utama. Beberapa buah gerai di kiri jalan pekan ini terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaannya. Saya masih ingat beberapa buah gerai buah-buahan milik Ah Kow, membeli ikan di pasar Ah Peng, mendapatkan akhbar harian di gerai Hj Junid selain bergunting rambut di Kedai Gunting Muhibah. Sesekali menyinggah di kedai-kedai tersebut sempat saya bertanya kemana menghilangnya wajah-wajah yang amat saya kenal dulu. Khabarnya ramai yang telah pergi. Ah Fat yang selalu membaiki

Tukar

A da ketikanya saya terfikir melakukan sesuatu yang kelihatannya sudah lapuk ditelan zaman. Antaranya keinginan untuk mempraktikkan semula amalan sistem barter atau tukar barang dalam urusan jual beli. Keperluan untuk sesekali menggunakan sistem yang pernah popular sebelum mata wang diperkenalkan dilihat mendesak bila mana ada orang yang kurang wang tetapi lebih pada yang lain. Ada yang miskin wang tapi di sisi yang lain kaya dengan batang tubuh yang bertenaga. Kelebihan memiliki keupayaan tulang empat kerat rasanya tidak wajar dipersiakan tetapi perlu dimanipulasi sebaiknya. Saya juga percaya menggunakan wang bukanlah satu-satunya cara yang ada untuk memiliki dan membeli sesuatu. Dalam keadaan yang lebih ekstrim, sekiranya ada hutang yang memang tidak mampu untuk dilangsaikan dengan wang, ia boleh sahaja dilunaskan dengan kaedah tukar barang ini. Barang tidak juga semestinya ditukar dengan barang apatahlagi wang. Ia boleh juga ditukar dengan perkhidmatan yang tidak melibatkan

Puas

S eorang taulan lama yang sudah bertahun-tahun tidak saya temui saya kunjungi malam ini. Dia seorang rakan sekelas yang sangat baik dan suka membantu. Pencapaian akademiknya sewaktu dalam kelas agak cemerlang, cuma selepas tamat sekolah saya dan dia terus terpisah dan membawa haluan masing-masing. Cuma sesekali terserempak di kala hari raya. Dia masih sihat dan nampak sihat. Mengalami sakit-sakit biasa di awal 50an bukanlah luar biasa. Lenguh sana dan sini juga gejala biasa di usia begini. Ia petanda bahawa kita di penghujung usia sebenarnya. Dia masih juga macam dulu. Tutur bicaranya dan mudah mesra. Suka juga berseloroh. Memang sangat selesa kalau bersamanya mendengar celotehnya yang macam tiada penghujungnya. Tidak hairanlah sewaktu di sekolah dahulu, dia sering menjuarai acara syarahan dan debat. Saya jangkakan dia bakal jadi ahli politik hebat suatu hari nanti, namun ia tidak berlaku pun. Dia cuma seorang pemandu lori biasa sahaja. Sudah begitu ketentuanNya. Bertemunya kali

Masak

M ereka bukannya pelajar yang berkaitan dengan hotel dan penyediaan masakan dan makanan. Dalam lain perkataan mereka tidak diajar untuk menjadi seorang Chef  atau Peramusaji. Pun begitu, bila diberi peluang untuk memperagakan kebolehan mereka dalam memasak, hasilnya memang di luar jangkaan sekali. Mereka bukan dikehendaki menyediakan masakan tradisional tetapi menjangkau masakan dari pelusuk dunia. Masakan yang perlu dihasilkan memang sangat asing. Ada masakan dari Turki, Lebanon, Palestin malah dari Mexico juga. Mereka diberi kebebasan untuk menginovasikan masakan yang dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing dan selari dengan citarasa tempatan. Itulah kelebihan mereka dalam mempamerkan bakat mereka dalam pertandingan " Global Food Cuisine"  yang dianjurkan buat julung-julung kalinya di kampus ini. Dengan 44 penyertaan, suasana sangat meriah dengan pelbagai masakan dan gelagat para peserta. Lebih menarik, dengan kehadiran juri profesional di kalangan Chef dari hotel-