Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Sayu

E mak menyatakan rasa sedih dan sayunya sebaik sahaja kami selesai berbuka puasa malam tadi. Kesedihan emak bersebab kerana Ramadan semakin hampir untuk berlalu dan mengucapkan selamat tinggal. Hari-hari yang berbaki untuk berpuasa semakin menguncup. Tetamu yang mulia ini akan pergi dan pasti akan kembali lagi. Setiap kali Ramadan berarak pergi, setiap kali itulah emak begitu sejak beberapa Ramadan yang lalu. Emak kata, arwah ayah yang sudah 10 tahun meninggalkan kami juga selalu sedih begitu setiap kali Ramadan berada di penghujungnya. Emak tidak keseorangan sebenarnya.Saya juga berkongsi rasa dengan emak. Malah sesiapa pun yang merasai kelazatan berpuasa akan berasa sayu begitu. Seperti kata Ustaz, kalau terbit rasa sayu bukan kepalang untuk berpisah dengan Ramadan itu tanda peningkatan iman berlaku dalam diri. Seperti seorang kekasih, Ramadan memang selalu diharap-harap kedatangannya. Rasanya tak ingin berpisah sekalipun cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan ...

Jin

B erdasarkan pembacaan, saya suka untuk berkongsi cara bagaimana untuk kita mengesan jin laknatuallah yang berada didalam tubuh badan kita. Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah Ras ulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia"   Jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita, pegang dinadi sebelah kiri  dan baca doa ini: 1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x 2. Selawat Keatas Nabi 3x 3. Surah Al-Fatihah 1x 4. Ayat Kursi 3x 5. Zikir Lailahaillallah 100 x. Sekiranya semasa membaca ayat-ayat diatas badan terasa seperti di bawah itu tandanya tubuh badan kita dihuni jin laknatuallah, Disarankan dapatkan rawatan di pus...

Imam

S aya rasa agak tidak sihat sejurus sahaja selepas berbuka puasa petang tadi. Saya sudah membayangkan bahawa saya tidak cukup gagah secara fizikalnya untuk bersama-sama isteri dan Haziq ke masjid untuk menunaikan solat sunat Terawih secara berjamaah seperti malam-malam sebelumnya. Saya cadangkan kepada isteri supaya ke masjid bersama Haziq sementara saya akan melakukannya secara sendirian di rumah. Isteri kurang setuju dan lebih berkeinginan untuk melakukannya secara berjemaah di rumah dan pastinya saya adalah imamnya. Bukan luar biasa pun bagi saya untuk mengimamkan solat jemaah di rumah. Yang luarbiasanya apabila Haziq berkata bahawa saya begitu lambat dalam bacaan solat.Begitu bertertib. Haziq mengadu terangguk-anguk menjadi makmum di belakang. Mengantuk katanya ditambah lagi dengan tempo bacaan yang agak lambat. Haziq tentunya mengharapkan tempo bacaan saya menyamai imam setengah-setengah masjid yang pernah diikutinya saban malam berterawih sekurang-kurangnya dari segi "k...

Bersahur

B angun sahur memang meliatkan bagi setengah orang lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak yang baru berjinak-jinak dengan amalan berpuasa. Bahawa bangun untuk makan ketika sedang tidur nyenyak adalah sebab utama mengapa bangun sahur itu menyusahkan. Justeru mengelak daripada bangun sahur, ada yang mengambil jalan senang dengan makan lewat malam sebelum tidor. Haziq tiba-tiba begitu liat untuk dikejutkan pagi ini sehingga memaksa saya menyiramkan air dimukanya. Sejak awal puasa lagi, dia mencadangkan supaya dia dibenarkan makan sebelum tidor dan tidak perlu dikejutkan untuk sahur. Malah mengambil jalan mudah untuk tidak bersahur langsung. Saya membantah cadangannya dengan alasan bersyariat. Sahur bukan sekadar bangun makan namun punya hikmah tersendiri. Sahur membezakan amalan berpuasa umat Islam dengan puasa ahlul-kitab. Sahur ada keberkatan walaupun dengan seteguk air sekiranya tidak cukup lalu untuk menelan makanan lain yang dikira berat. Haziq bersetuju dan berjanji tidak aka...