S aya tidak menyangka Haziq akan bertanya soalan begini kepada saya seusai sahaja solat Maghrib di masjid Gudang Garam tadi. " Ayah, Haziq tengok ada orang tu tidak pernah sembahyang pun, solat Jumaat tidak pernah tapi hidup dia senang pun. Pakai kereta mewah. Ada orang yang lain pulak, sembahyang tidak tinggal, suka tolong orang tapi tengok pakai basikal buruk aja. Tuhan tidak adil kan" Saya cepat meningkah. Saya katakan kepadanya tidak timbul isu Tuhan itu adil atau tidak pada hambanya. Tidak wajar baginya untuk membuat telahan begitu. Saya faham Haziq bukan cukup arif untuk melihat di sebalik apa yang terpampang di depan matanya. Sebelum ini saya pun tercari-cari jawapan kepada apa yang kita sering lihat ini . Ia tinggal tidak berjawab pun sehinggalah seorang Ustaz yang tidak lokek ilmu ini membicarakannya tidak berapa lama dahulu. Kata Ustaz ini, Allah menganugerahkan kelebihan dan keistemewaan kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti yang dikehendakinya. Ada