Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Taranum

S aya diminta oleh Mak Mentua mewakili Kampung Gudang Garam untuk menyertai Tilawah AlQuran anjuran sebuah parti politik. Saya tidak mampu menolaknya kerana setiap kampung perlu menghantar seorang wakil. Saya tidak cukup bersedia sebenarnya. Mahu tidak mahu saya menerima dengan berat hati. Menyertai tilawah tidaklah sangat merisaukan saya pun kerana di peringkat sekolah lagi saya sering menyertainya dan sesekali di peringkat terbuka anjuran daerah.Saya sedar kelemahan saya paling ketara ialah berlagu bila mengalunkan bacaan ayat suci Quran. Saya tidak pernah mendapat latihan atau bimbingan secara khusus dalam bacaan alQuran.Masalah tajwid mungkin boleh diatasi dengan mudah melalui pembacaan dan belajar secara sendiri melalui bahan media yang berlambak di pasaran.Pun begitu aspek taranum bukanlah mudah untuk diperolehi kemahirannya dengan belajar sendiri-sendiri. Untuk mahir bertaranum perlu berguru. Tanpa sebarang asas taranum yang kukuh saya menyertai tilawah ini dan berlagu sen

Romantis

S aya ingin berkongsi kisah yang sangat menarik ini. Sepasang suami isteri berjalan bersama-sama, sambil memegang tangan di sebuah zoo. Di satu  kandang, keduanya melihat ada seekor kera jantan yang asyik bercengkarama dengan pasangannya. Melihat pemandangan itu si isteri pun terkedu: “Alangkah romantisnya cinta mereka."   Di kandang bersebelahan, mereka melihat ada seekor singa jantan membisu, sementara singa betina bergolek tidak jauh darinya. Si isteri pun berkata, “Alangkah hambarnya kisah cinta mereka"   Suaminya tersenyum, dan berkata, “Isteriku, saya akan cuba melempar botol plastik kosong ini ke arah singa betina. Mari kita lihat apa yang akan terjadi"   Maka tatkala botol itu dilempar ke arah singa betina, dengan tangkas, singa jantan berdiri tegak, mengaum dan meraung, dan bersedia membela singa betina. Kata suami: “Sekarang, mari kita cuba lemparkan botol kosong ke arah kera betina pula. Kita lihat apa yang akan dilakukan oleh kera jantan itu"

Minum

S ering kita dengar orang kata tidak elok minum berdiri. Dalam Islam pun memang tidak dianjurkan minum sambil berdiri. Secara lahiriahnya memang tidak manis dilihat kalau minum sambil berdiri lebih-lebih lagi kalau wanita. Junjungan Nabi kita melarang umatnya minum sambil berdiri. Namun kita tidak bertanya lebih dari itu mengapa kita tidak digalakkan minum berdiri. Pun begitu, bila Islam mensyariatkan sesuatu kepada penganutnya, pasti ada hikmahnya.  Saya tidak pernah tahu apa kebaikan di sebalik larangan itu sehinggalah saya menemukan maklumat ini. Khabarnya dari sudut pe rubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis yang berfungsi sebagai penyaring.Saringan ini dikatakan hanya boleh terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum sebenarnya belum 100% bersih untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penyaring ini  kerana ia tertutup. Air yang tidak tersaring oleh penyaring ini akan terus masuk ke

Lahiriah

"Ayah, kenapa ayah tak pakai serban besar macam orang tu. Pakai jubah lagi. Tengok janggut dia pun panjang, lebat. Alim kan, mesti dalam ilmunya ." H aziq mengajukan pertanyaan itu bila dia nampak beberapa orang berpakaian begitu waktu solat di masjid. Mereka adalah kumpulan "tabligh" yang singgah untuk solat Maghrib. Saya sedar Haziq sedang ditarik perhatiannya dengan apa yang sedang dipandangnya. Dia terpesona dengan lahiriah.Dan dia menilai dalaman berdasar lahiriah itu. Sebab dia berserban dan berjubah dan berjanggut maka alim dan wara' lah dia Haziq tidak keseorangan. Saya dan saya kira ramai yang lain juga pantas menilai orang dengan melihat kulit sebelum melihat isinya. Kalau kulit baik, isinya pasti baik. Ia mungkin betul dan mungkin juga tidak. Adakalanya baik di luar tidak semestinya baik di dalam. Walapun tanda-tanda lahiriah juga penting sebagai petanda baik atau buruknya peribadi seseorang , namun sikap terlalu pantas menerima atau menolak ses