Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Masak

"Ayah tak payahlah belajar masak. Nanti mama lagilah rilek" I tu reaksi paling spontan Haziq bila saya menyuarakan hasrat untuk belajar memasak. Haziq tahu kalau ayahnya sudah tahu memasak, ada potensi mamanya akan mendelegasikan seluruh tugas rumahtangga kepada saya sepenuhnya termasuk memasak.  Sebenarnya saya tidak nampak pun mengapa saya perlu tahu masak. Selama ini pun isteri yang memang pandai memasak sentiasa menyediakan sajian terbaik untuk saya anak beranak. Idea supaya saya belajar memasak dicetuskan oleh isteri ketika menikmati hidangan makan tengahari di rumah Kak Long. Kebetulan Kak Long tiada di rumah dan paling pasti suaminyalah yang memasak. Kami tahu Abang Usop memang boleh, tahu dan pandai memasak. Sesekali terbit juga rasa cemburu kerana saya tidak dianugerahkan kebolehan apatah lagi kemahiran untuk memasak. Kata isteri, memasak bukanlah sukar sangat pun. Ia kemahiran yang cukup mudah untuk dipelajari. Dia memang mengalu-alukan kalau saya memang bet