M emang sangat meletihkan. Malah menuntut tumpuan dan penggunaan masa yang bukan sedikit. Tidak kurang ongkos yang turut perlu dilaburkan dan dileburkan. Pun begitu, Alhamdulillah berkat sabar dan muafakat suku sakat, majlis perkahwinan dilangsungkan dengan jayanya. Walau pun tidak seratus peratus sempurna, namun keseluruhannya berjalan dengan baik. Cuaca pun baik. Khabarnya kuey teow sentuhan tangan Along menjadi tumpuan jemputan yang datang berbanding dengan menu utama yang disediakan. Dah jemu dengan nasi minyak dan kari daging agaknya lantas kuey teow menjadi sasaran selera. Rata-rata memuji keenakan luar biasa kuey teow yang tidak pernah mereka rasa sebelum ini. Letih namun puas kerana segalanya selesai dengan baik. Pahat pun tidak berbunyi. Pena Tumpul - Mahalnya harga sebuah perkahwinan sekarang!