Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Buta

K isah pendek ini sangat menarik untuk dibaca dan sekali gus dijadikan iktibar. Ia menuntut kepada keperluan bahawa seseorang itu perlu dilihat kemas, menarik dan tidak selekeh agar tidak disalah anggap oleh orang lain. Ia kisah seorang profesor yang sangat disegani yang lazimnya selekeh penampilannya namun dihormati orang yang mengenalinya kerana ilmunya. Suatu hari dia singgah di sebuah restoran. Setelah duduk di sebuah meja barulah dia sedar bahawa dia terlupa membawa cermin matanya. Seorang pelayan restoran datang dan menghulurkan kad menu kepadanya. "Adik boleh tolong bacakan untuk saya apa menu yang ada?" Profesor itu tidak boleh membaca tanpa cermin matanya. "Maaf Pak Cik, saya juga buta huruf seperti Pak Cik"! jawab pelayan itu. Malang sungguh nasib Profesor itu, sudahlah ketinggalan cermin matanya menyebabkannya tidak boleh membaca menu yang diberi, ditambah pula dianggap buta huruf! Pena Tumpul - Suka pakai simple

Bazar

S etelah beberapa hari puasa saya baru terdorong untuk ke bazar petang ini. Seperti yang diduga, saya menyaksikan bazar yang sesak dengan lautan manusia. Sebab itu, saya tidak sangat berminat untuk ke bazar. Kereta-kereta memenuhi hampir setiap ruang yang boleh di isi. Menyedari sukarnya untuk mencari ruang kosong, saya mengambil keputusan berlalu tanpa singgah pun. Lagi pun saya bukanlah terdorong sangat untuk sama-sama bersesak dalam keadaan yang cukup tidak selesa itu. Kelihatannya bazar begitu sinonim dengan kehadiran Ramadan. Ramadan ditandai dengan bazar-bazar yang terus bertambah bilangannya saban tahun. Ironisnya, bulan yang dianjurkan berjimat cermat dan mengurangkan makan, berlaku pula sebaliknya.Tidak ubah bagai pesta juadah.Saya melihat kepada perlunya senario ini diubah. Tidak perlu banyak sangat gerai pun. Lebih elok kalau diwujudkan gerai-gerai yang khusus untuk memudahkan pembeli. Misalnya satu gerai khusus menjual aneka kuih, gerai khusus untuk minuman, gerai k