S aya sengaja tunjukkan imej ini pada Haziq dan mahu dia secara jujur menyatakan apa yang dia nampak. Jangkaan awal saya tidak meleset bila Haziq nampak lampu yang sedang menyala dan tidak nampak yang lain ketika orang lain (barangkali) nampak lebih dari sekadar lampu itu sahaja. Saya percaya Haziq masih dangkal pengalaman dan terbatas horizonnya untuk nampak lebih dari yang mampu dilihatnya itu. Dan saya juga percaya Haziq melihat dari kacamatanya dan bukan kacamata orang lain sebagaimana orang lain yang tidak melihatnya dari kacamata saya. Persepsi ramai orang tidak pernah akan bertemu di satu titik persamaan. Pengalaman membentuk persepsi. Minda juga membina persepsi, baik atau buruk, positif mahu pun negatif. Persepsi juga bagai garis halus yang memisahkan antara kebenaran dan kepalsuan. Persepsi juga menggamit hati kita untuk menerima dan menolak kenyataan. Persepsi juga membezakan seseorang sama ada melihat kemenangan atau pun kekalahan. Seorang yang sebenarnya baik akan diliha...