Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Penipuan

" Jualan murah itu tipu aja" H aziq mengesahkan secara rasminya apa yang saya kata selama ini tentang jualan murah. Kita tertipu sebenarnya oleh gimik jualan murah yang menggoda dan mempesona. Kata Haziq yang bekerja secara sambilan di bahagian pakaian di salah sebuah pasaraya mendedahkan kebenaran apa yang berlaku. Harga asal barangan di naikkan, kemudian dipotong sehingga 70%. Kita melihat seolah-olah betul berlaku penurunan harga yang sangat menggemparkan sedangkan sebenarnya kadar potongannya amatlah kecil atau mungkin tiada penurunan langsung. Ada kemungkinan kita membayar harga asal atau kalau nasib tidak baik kita mungkin membayar lebih dari harga yang sepatutnya. Ada kemungkinan potongan tidaklah sampai 70% pun seperti yang dipamerkan. Ia mungkin sekitar 10% sahaja. Saya percaya ramai yang sedar akan hal ini. Namun, tarikan potongan itu sangat kuat dan kita tidak mampu menolaknya lebih-lebih lagi kalau barangan itu memang sangat kita nanti-nantikan ketikanya u

Talipinggang

"Uda, boleh tak abang ngan adik nak pakai tali pinggang" T anpa disuruh pun, dua anak kecil ini meminta izin untuk mengenakan talipinggang keselamatan sebaik sahaja melabuhkan ponggong di kerusi belakang. Memiliki kesedaran tentang pentingnya menjaga keselamatan di jalan raya di usia 5 dan 6 tahun pada saya agak luar biasa. Lebih luar biasa lagi, sepanjang perjalanan lebih kurang dua jam, talipinggang itu tidak pernah dibebaskan pun dari batang tubuh kedua-duanya kecuali bila berhenti sekejap di hentian lebuh raya. Benarlah kata orang, kanak-kanak amat mudah menerima sesuatu yang diajarkan kepadanya. Tidak banyak soal jawabnya. Tiada juga alasan. Justeru itu saya melihat, peringkat usia kanak-kanak begini adalah waktu yang sesuai dan berkesan untuk diberikan didikan tentang pentingnya berhemah di jalan raya. Kurikulum yang bersangkutan dengan keselamatan di jalan raya wajar diperkenalkan seawal pra- sekolah lagi. Tanamkan sikap supaya menjadi pengguna jalan raya yang be

Kaya

"Dari kecik sampai nak masuk kubur, tak pernah rasa senang, kaya jauh sekali" L uahan ini terpacul dari mulut seorang penduduk kampung yang berjumpa Ketua Kampung petang ini. Secara kebetulan saya duduk bersantai bersama sambil minum petang bersama isteri. Ketika disulami dengan hujan yang turun hampir saban petang, berbual makin seronok sambil makan jemput ikan bilis buatan tangan mak mentua. Bila bercakap tentang kaya, kita selalunya akan membayangkan memiliki wang berjuta-juta. Ada juga yang membayangkan wang yang sarat dalam bank, malah berjalan dengan dompet tebal yang berisi wang beribu sebagai kaya. Namun kekayaan itu bukan sahaja terletak pada wang ringgit semata-mata. Kaya itu pelbagai. Mempunyai keluarga yang bahagia dan menyayangi antara satu sama lain juga satu kekayaan besar. Tidak ada nilainya punyai wang yang membukit andai tidak rasa bahagia ketika bersama-sama keluarga. Kaya dengan sahabat juga lebih besar nilainya daripada kaya wang ringgit. Saya mempu

Gred

D alam perjalanan ke tempat kerja pagi ini, saya tertarik dengan titisan ilmu yang disampaikan oleh seorang Ustaz lewat corong radio. Ia sangat menarik dan wajar diberikan perhatian. Katanya, bila kita menduduki ujian atau peperiksaan, selalunya perkara yang menjadi tumpuan kita ialah apakah nilai gred yang bakal kita dapat nanti. Setelah berusaha keras menyiapkan diri untuk berdepan dengannya, kita tentunya mengharapkan gred yang terbaik. Pastinya kita mendambakan gred A atau paling kurang pun gred B. Gred C,D,E apatah lagi Gred F tidak tersenarai pun dalam keinginan kita. Pun begitu adakah kita juga meletakkan nilai yang sama dalam ibadat solat kita. Adakah pernah kita memberi gred pada solat yang yang kita dirikan selama ini. Pagi ini, lewat corong radio saya tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh seorang Ustaz. Mungkin kita pernah mengetahuinya dulu dan mungkin telah mengubah perspektif kita dalam menilai kualiti solat kita atau tidak peduli langsung pun. Kata Ustaz,