Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Kepandaian

A dakalanya kita merasakan yang kita lebih pandai sehingga memandang rendah kebolehan orang lain. Saya ingin berkongsi satu cerita yang saya baca dari majalah Solusi. Ceritanya memang menarik dan boleh dijadikan iktibar. Satu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebatang sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung. Di tengah perjalanan, berlaku sebuah dialog antara mereka berdua. Profesor : Kamu pandai menulis dan membaca ?? Pendayung sampan : Tidak tuan, saya buta huruf. Profesor : Oh, kamu sudah kehilangan separuh daripada kehidupan kamu. Orang buta huruf telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya. Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu. Sejurus kemudian, Profesor : Kamu ada buat simpanan wang untuk masa depan ?? Pendayung sampan : Tiada tuan, pendapatan saya cukup-cukup makan. Profesor : Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang tidak meny

Asyura

''Tiada hari yang afdal berpuasa melebihi hari-hari di bulan Ramadhan dan hari Asyura." -HR Bukhari & Muslim- "Sesungguhnya Asyura adalah hari-hari Allah." -HR Muslim- H ari Asyura merupakan salah satu hari kebesaran yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab, 'Asyara' yang bermaksud sepuluh. Ini kerana hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Bagi tahun ini 1433 H, kita bakal merayakan Hari Asyura pada esok hari, 6 Disember 2011 (Selasa). Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w. Di Malaysia, amalan yang menjadi adat umat Islam adalah melakukan gotong-royong menyediakan Bubur Asyura. Menurut sejarah , Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa A

Sifat

S aya dengar di corong radio pagi ini, seorang Ustazah bercakap tentang enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri. Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat buruk ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. 1. Al Nananah   - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga   semua tidak kena dan tidak berpuas hati. Buruk sungguh sifat wanita seperti ini. 2. Al Manah   - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar. Ini antara sifat buruk wanita yang terkutuk. 3. Al Manaqah   - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari s

Cerewet

S ering kita dengar suara-suara dari kaum Hawa tentang sukarnya menemui lelaki yang berkualiti sekarang. Dengan nisbah yang agak tinggi antara bilangan lelaki dan perempuan, proses untuk mencari pasangan yang sesuai menjadi semakin rumit. Lalu, tidak hairanlah ada wanita yang memilih untuk kekal bujang justeru lelaki yang diidam hati tidak ditemui. Bila berbicara tentang mencari calon suami saya suka untuk berkongsi cerita yang agak lucu ini. Cerita ini tidak mungkin benar, namun tidak mustahil ia pasti berlaku nanti andainya proses mencari calon suami menjadi semakin payah. Pun begitu ada mesej untuk kaum Hawa, bahawa jangan terlalu cerewet memilih calon suami. Ada kedai menjual suami. Enam tingkat dan setiap tingkat mempamerkan calon suami dengan ciri-ciri tertentu. Khabarnya, semakin tinggi tingkat yang, semakin bertambahlah ciri-ciri suami yang dipamerkan.Namun ada peraturan yang perlu dipatuhi. Boleh masuk bermula dengan tingkat 1 tetapi sekiranya tidak berkenan dengan cir

Titik

S aya disuntik semangat pagi ini bila mendengar bicara motivasi lewat corong radio pagi ini. Ia tentang diri kita yang adakalanya sukar untuk percaya pada diri sendiri dan akan kebolehan diri sendiri. Kurang percaya kepada kebolehan diri sendiri adalah kelemahan saya paling ketara. Kurang yakin. Acapkali saya ditempelak oleh isteri dan anak sendiri kerana kelemahan saya ini. Tidak dinafikan percaya adalah sebuah perasaan hati. Orang yang mempunyai rasa percaya kepada diri tidak akan terus putus asa dan tidak mudah menyerah sebelum mencuba. Kata pakar motivasi ini orang yang kurang percaya pada diri selalunya cepat membuat keputusan bahawa dia tidak mampu melakukan sesuatu sebelum melakukannya pun. Banyak juga peluang yang ditolak kerana tebalnya kurang rasa percaya pada diri. Sebelum berusaha kita sudah dikalahkan oleh diri kita sendiri awal-awal lagi. Bukan kerana faktor dari luar pun. Kisah ini menarik untuk dijadikan panduan dalam menjana rasa percaya yang semakin menipis