Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Ganjaran

K etika berkunjung ke sebuah kedai buku mata saya terpaku kepada sebuah buku yang memaparkan tajuk yang sangat memukau. Saya ambil dan terus menyelak dari laman ke laman. Dia dimuatkan dengan 25 kisah yang cukup menarik dan bermesej mendidik. Saya lantas membaca salah satu kisah yang menjadi judul buku berharga RM14 ini. Ia kisah yang patut dikongsi. Seusai membaca kisah ini, saya tidak berfikir panjang untuk memiliki buku ini. Saya hamparkan kisah ini untuk bacaan semua di ruangan ini sebagai pengajaran. Mana tahu, asbab membaca kisah ini, kita akan terdorong untuk solat berjemaah di masjid dan sekaligus menawan saf paling depan dan paling hampir dengan imam untuk mengaut ganjaran yang paling banyak yang Tuhan bagi untuk yang solat berjemaah di masjid. Beginilah kisahnya. Hari ini ramai sungguh orang di masjid, sungguh pelik ku rasa. ku lihat semua orang kampung berada di masjid. Din Misai, Zainal Rimau, Draman Panjang, semua ada kat masjid.sekali lagi rasa hairan ku berta

Doa

T idak ada orang yang tidak berdoa. Semua orang berdoa tidak kira baik atau pun tidak baik. Orang hendak mencuri pun masih sempat berdoa. Selepas solat kita berdoa dan itu sangat pasti. Doa adalah pengharapan kita kepada Pencipta. Kalau ada masalah kita berdoa kepadaNya. Ketika ditimpa susah padaNya jugalah kita selalunya berdoa.Kita meminta daripadanya dengan berdoa sesuai dengan sifatNya yang sentiasa mendengar rintihan hambaNya. Justeru itu doa dikira sebagai otak ibadah. Ustaz Kazim merungkaikan tentang doa ini. Antara yang menarik perhatian ialah tentang cara kita bila berdoa. Cara kita menadah tangan. Kalau kita perhati di kalangan kita, pelbagai yang kita nampak. Ada yang meletak tangan di atas paha. Tidak kurang juga yang merapatkan tangan ke mulut. Ada juga ketika doa dipanjatkan dan diaminkan, sempat juga berbual tanda tidak sungguh-sungguh dalam berdoa. Sepatutnya kedua-dua tapak tangan perlu dirapatkan sehingga tercantum satu. Permohonan doa adalah pengharapan kita kep

Tulisan

K etika mengawas peperiksaan pagi ini mata saya sempat mencuri pandang tulisan pelajar ketika memuntahkan idea di kertas jawapan. Saya tidak berminat dengan jawapan yang diberi tapi lebih teruja untuk mengamati bentuk tulisan yang dihasilkan. Ada tulisan yang besar dan mudah dibaca. Tidak kurang tulisan yang begitu kecil saiznya malah lebih terok lagi kelihatan begitu kelam dan memaksa mata bekerja keras untuk membaca dan memahaminya. Terdapat juga tulisan bagaikan cakar ayam dan bersimpang-siur di atas kertas. Ternyata pelajar tidak memberi penekanan kepada tulisan. Pelajar semacam tidak menyedari bahawa tulisan tangan yang terpapar di atas kertas jawapan begitu besar pengaruhnya dalam memancing minat pensyarah untuk memeriksanya. Saya sendiri mengakui betapa tulisan pelajar begitu mempengaruhi saya dalam memberikan penilaian. Kesukaran dalam memahami apa yang ditulis hanya akan mengundang impak yang negatif. Kekaburan bakal memualkan pemeriksa lalu memberi kesan dalam permarka

Mengumpat

S aya mengintai pameran buku di ruang legar dan terus tertarik kepada sebuah buku lantas membelinya. Buku yang diberi judul 50 sup Champion Reseipi Rasulullah menyajikan kisah-kisah silam dan kini untuk cicipan dan pengajaran. Selepas helai demi helai dibaca saya sangat tertarik dengan kisah yang dipaparkan di halaman 49 buku ini.  Ia kisah seorang nabi telah bermimpi menerima perintah berbunyi: "Esok engkau keluar dari rumah waktu pagi menghala ke barat. Engkau hendaklah membuat lima perkara. Yang pertama engkau jumpa, makanlah. Kedua, engkau sembunyikan. Ketiga, engkau terimalah. Keempat, jangan putuskan harapan. Kelima, larilah daripadanya." Esok harinya nabi itu pun keluar menuju ke barat. Yang pertama ditemuinya ialah sebuah bukit berwarna hitam. Dia kebingungan. "Sungguh aneh, aku diperintah memakan apa yang pertama aku temui. " Dengan bertawakal kepada Allah, dia menuju ke bukit tersebut untuk memakannya. Tiba-tiba bukit itu menjadi kecil sebe

Masjid

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.     U staz Syed Norhisham ketika berbicara di Radio IKIM pagi ini  menganjurkan ayat di atas dijadikan panduan dalam memilih mereka yang sepatutnya menganggotai JKuasa Masjid. Bukan semua orang layak mengepalai pentadbiran masjid. AJK yang dipilih berdasarkan kriteria ini pastinya menyumbang kepada pengurusan masjid yang berkesan. Bila ada masjid tidak mesra jamaah dan golongan  muda tidak terpanggil untuk ke masjid ia sebenarnya ada kaitan dengan kegagalan AJK Masjid memainkan peranan yang sewajarnya. Khabarnya ada juga masjid yang banyak duit namun tidak membelanjakannya untuk program yang memakmurkan masjid. Sumbangan dan derma o

Menguap

"Logik kita tidak semestinya sama dengan syariat Allah. Sering kali apa yang kita fikirkan patut, tidak patut pada pandangan Allah " D alam apa juga keadaan, seorang Islam tidak boleh memandai-mandai dalam membuat keputusan. Baik kita sebagai isteri, suami, pemimpin ataupun rakyat, wajib merujuk kepada syariat dalam setiap perlakuan, keputusan dan pertimbangan. Kita sebenarnya tidak boleh memilih untuk bebas dari syariat. Seperti kata seorang Ustaz yang didengar berbicara tentangnya pagi ini, pada setiap sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besarnya, hukum syariat yang lima - wajib (halal), haram, sunat, makruh dan harus sentiasa memantau kita. Dia menggunakan contoh. Satu contoh yang sangat kecil. Bagi sesetengah orang, menguap hanyalah soal remeh. Tetapi sebenarnya tidak begitu. Menguap itu pun tertakluk pada lima hukum. Menguap boleh jadi wajib, boleh jadi haram, sunat, makruh atau harus. Bagaimana ya? Menguap jadi wajib sekiranya dengan tidak menguap boleh

Usir

S aya mengusir keluar seorang pelajar lelaki ketika saya menyampaikan kuliah  "Organizational Behaviour " awal pagi ini. Pelajar ini menangkurkan kepalanya di atas meja dan tidor. Saya amat sakit hati dengan perlakuan begini. Pada saya mesej yang disampaikan tanpa lisan lebih mengguris hati. Pelajar ini tidak menghormati saya yang sedang bercakap di depan. Ketika pelajar-pelajar lain nampaknya semacam tekun mendengar dia wewenang sahaja tidor. " You, the boy who is sleeping, you get out of my class right now. I dont want to see you here .!" Dia bangun tersipu dan meninggalkan kelas. Kuliah saya yang sepatutnya tamat sekitar 9.50 pagi saya tamatkan 20 minit lebih awal. Saya beritahu para pelajar bahawa saya sudah hilang "mood" untuk meneruskan kuliah saya. Saya amat tersentuh. Saya sudah berdepan dengan keadaan begini banyak kali namun saya boleh bertahan. Tetapi pagi ini kesabaran saya bagaikan cuba dicabar. Pertemuan kali pertama yang saya harapkan le

Ikhlas

A dakalanya dirasakan mengikhlaskan niat dalam sebarang urusan merupakan perkara yang paling sukar untuk dilakukan. Kadang-kadang, sebagai contoh, hati berperang dengan perasaan; patutkah kita bersedekah dekat masjid lepas solat? Orang ramai, kawan pula duduk sebelah, nanti dikata macam nak menunjuk pada orang yang kita baik, walaupun jauh di lubuk hati kita sememangnya amat ikhlas melakukannya! Walaupun bisikan tu datang sekejap sahaja, namun ia sempat mengganggu niat dan keikhlasan kita. Dugaan yang kecil sangat. Itu belum lagi bila berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan. Ikhlas tidak kita berbakti pada adik-adik, bantu emak dan ayah? Ia menerjah sekali sekala. Mampukah kita membuang perasaan itu jauh-jauh? Ada yang menyarankan agar diteruskan sahaja amalan baik kita walaupun hati kita masih “berperang” antara ikhlas ataupun tidak. Jangan tunggu, hati benar-benar ikhlas baru nak dilaksanakan kebaikan. Justeru ikhlas juga dicapai bertahap, melalui jalan mujahadah. Bila rasa yang

Azam

T ahun baru menjelma lagi. Pantasnya masa beredar. Pejam celik, 365 hari sudah kita lalui tanpa kita sedari.  Selain daripada umur yang sudah meningkat, kita mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2016 lalu. Kalau azam 2016 sudah tercapai, Alhamdulillah. Kita bersyukur. Namun jangan hanya bersyukur, perlu juga difikirkan bagaimana kejayaan itu boleh diulangi. Jika ia tidak boleh diulangi, ia akan jadi kejayaan ‘ tidak sengaja ’ . Kejayaan tidak sengaja selalunya tidak kekal dan jarang dapat dinikmati dalam jangka masa yang panjang. Saya percaya ramai akan berbicara tentang azam tahun baru. Saya juga ada  azam. Semua orang ada azam.Saya cuma ingin luahkan tentang satu perkara sahaja iaitu tentang ‘pendekatan’.Jika kita mahu makan nasi, ada banyak caranya, Kita boleh masak, kita boleh beli atau kita boleh minta sesiapa berikan. Dalam tiga cara ini pula ada cara-cara lain yang tersendiri pula. Jika kita mahu masak, kita boleh masak pakai da