Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Terkenang-kenang

T eringat satu ketika dulu di kampung bila Ramadan tiba. Ramadhan disambut penuh meriah. Ketika zaman kanak-kanak. Berbuka di surau bersama teman dan kemudian menunggu moreh sambil bermain kejar-kejar. Ketika itu fikiran kanak-kanak kita hanya dapat menjangkau – puasa tak boleh makan-minum, berbuka, bersahur, ada solat terawih, baca Quran dan kemudian hari raya! Alangkah indahnya. Setelah tahun demi tahun berlalu, bila kita digamit usia, pengertian tentang Ramadan makin mendalam.Ramadan bukan lagi tradisi yang datang dan pergi tanpa isi. Kita diterjah pertanyaan, sampai bila rutin itu perlu berlalu tanpa berkesan pada jiwa? Dulu-dulu, ketika Ramadhan datang, badan masih bertenaga, namun ilmu hanya setakat di permukaan. Puasa hanya pada sah dan batal. Kini Ramadan datang, ilmu mula menyelam, namun tenaga semakin kurang. Tidak segagah dulu. Kesihatan mula terjejas. Ingin bertindak, tapi terbatas. Ya, Allah… bagaimana Ramadhan ku kali ini? Saya melihat anak-anak ketawa