S etelah dua hari bekerja, Haziq mengadu penat. Dia memang ada sebab untuk penat kerana sepanjang bekerja dia memang tidak ada peluang untuk duduk pun. Kalau pun boleh duduk, bukanlah lama sangat pun. Mamanya melahirkan rasa belasnya terhadap anak bujangnya yang bekerja di bahagian pakaian salah sebuah pasaraya di sini. Haziq sendiri menyuarakan keinginannya untuk bekerja sementara menunggu keputusan SPM beberapa bulan dari sekarang. Saya dan mamanya tidak membantah. Saya harap dia akan mampu untuk terus bertahan. Mula-mula begitulah, lambat laun akan hilanglah penat itu. Alah bisa tegal biasa. Saya mahu dia belajar sesuatu melalui pengalaman kerjanya itu. Rasa tanggungjawab, amanah dan sebagainya. Begitu juga kebolehan untuk berdikari dan tidak selalunya bergantung pada orang lain. Saya juga mahu dia rasa sendiri bahawa mencari duit bukannya mudah. Saya mahu dia merasakan kepayahan itu. Saya juga mahu dia lebih menghargai apa yang diperolehi. Selalunya, sesuatu yang didapati sec