A dakalanya kita merasakan apa yang kita buat seolah-olah tidak dihargai oleh orang lain. Kerja yang kita lakukan tidak dipandang orang apatah lagi untuk dinilai. Kita rasakan segala yang kita buat macam sia-sia sahaja. Kita yang bermati-matian melakukannya, orang lain yang sekadar menyumbang sedikit pula yang yang diberikan penghargaan tinggi melangit. Bak kata pepatah orang tua, lembu punya susu sapi pula yang dapat nama. Selalunya begitulah yang terjadi, yang di belakang tabir tidak disanjung seperti dijunjungnya mereka yang di depan tabir. Saya ingin berkongsi kisah yang cukup menarik ini. Kisah seekor lembu yang menjadi mangsa di tangan tuannya sendiri. Bukan kerana ia tidak baik. Bukan juga kerana ia tidak berguna. Tetapi hanya kerana ia tidak dilihat baik dan sangat bernilai di mata tuannya berbanding rakannya seekor kuda. Alkisah, kuda ini diserang sejeni penyakit yang melumpuhkan pergerakannya. Setelah diperiksa, doktor haiwan mencadangkan kuda ini dibunuh sahaja sekira