Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2008

Hari Q

UiTM mengadakan hari Q hari ini. Seperti biasa staf yang dilihat cemerlang dalam tugas dikurniakan anugerah sewajarnya. Begitu juga yang sudah lama mencurah bakti di Uitm ini. Tahniah kepada yang berjaya semoga bekerja lebih kuat lagi. Diam tak diam sudah 10 tahun saya berkhidmat di universiti ini. Penuh dengan pengalaman pahit manis dan pelbagai cabaran yang ditempuhi dalam mendidik anak-anak bangsa.

Kembali bertugas

Semalam pada hari Isnin saya tidak datang bertugas. Kurang sedap badan. Ke Klinik Zohar dan mencadangkan saya supaya berihat sehari. Saya akur. Usia semakin meningkat dan datang bersamanya kesihatan yang kian merosot.Permakanan perlu diberikan perhatian dan kalau boleh banyakkan senaman.

Sembilan tahun tanpa kasih Ayah

Hari ini genap sembilan tahun ayahku yang tercinta meninggalkan saya sekeluarga buat selama-lamanya menyahut seruan Ilahi. Ayah kembali kerahmatullah pada tanggal 24Januari 1998 akibat kanser darah. Menurut kata doktor "multiple miloma". Seluruh ahli keluarga sedih atas kematiannya. Ayah amat disenangi oleh semua. Ayah tidak banyak cakap, namun begitu tegas dalam mendidik kami 7 beradik. Terkilan juga hati kami semua justeru ayah tidak dapat melihat kejayaan kami apatalah lagi mengecap nikmat hasil didikan dan kasih sayangnya selama ini. Namun itu sudah ketentuan Ilahi dan kami redha dengan pemergiannya. Semoga roh ayah akan sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan bersama dengan roh para mukmin, Amin...

Sindrom "Yes Boss"

Orang kita sememangnya begitu berat untuk tidak bersetuju apatah lagi mengatakan “tidak” “tidak boleh” lebih-lebih lagi apabila berurusan dengan bosnya. Itulah dilemma orang kita (lebih-lebih lagi orang Melayu) sebenarnya. Kesan penjajahan Barat boleh dilihat menyumbang kepada sindrom pak turut ini. Orang Melayu telah dididik untuk sentiasa patuh kepada arahan ketuanya dulu yang rata-ratanya orang putih. Apa sahaja yang keluar dari mulut bos semuanya dianggap betul walaupun jauh di sudut hati memberontak tidak setuju namun kerana terlalu patuh kepada bos semuanya di diamkan sahaja. Amalan ini semakin dikukuhkan lagi dengan budaya kita yang tidak merestui sebarang bentuk tindakan dan tuturkata yang dilihat sebagai cuba untuk melawan bos. Mengengkari kata-kata bos akan dicap sebagai kurang ajar dan dilihat seolah-olah hendak berlagak pandai daripada bos. Setuju atau tidak setuju terpaksa ditelan walaupun pahit bak hempedu dan masam bak cuka. Membantah bermakna menjerat diri. Kedudukan

Haziq melangkah ke Sekolah Menengah

Hari ini, Selasa satu pengalaman baru buat anak nombor dua saya, Haziq. Mula mendaftar sebagai pelajar SMK Gemereh. Pagi-pagi lagi sudah bangun, teruja benar dia. Sudah lama bercuti barangkali. lalu semangat untuk kesekolah semula begitu membara. Pencapaian UPSRnya sederhana sahaja, lantas tidak perlulah sampai keluar daerah bersekolah asrama penuh misalnya. Namun bersyukur dengan apa yang diperoleh, kerana perjalanan dihadapan masih panjang. Saya beritahu dia..berusaha lebih keras untuk mencapai kejayaan. Yang pasti..dia amat gembira bertemu rakan barunya dan juga cikgu baru. Selamat belajar Haziq semoga cita-cita mu ingin menjadi seorang arkitek akan terlaksana.

selamat tahun baru

Tahun baru selalunya dikaitkan dengan pelbagai azam baru. Saya juga tidak terkecuali sebok merancang azam baru tahun ini. Paling utama dalam senarai ialah berazam untuk menjadi insan yang lebih baik daripada tahun lalu. Baik dalam serbaserbi- akhlak, amalan dan ketaatan kepada yang Esa. Selain itu tersemat juga tekad untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada. Kelemahan yang mungkin merugikan diri sendiri selama ini.Ingin menambahkan ilmu, meluaskan pembacaan juga termasuk dalam senarai yang tidak pasti terlarat hendak dilaksanakan atau tidak. Hasrat untuk menulis buku yang telah tertangguh sekian lama juga juga dimasukkan sama dalam azam tahun baru kali ini. Saya berhasrat untuk menulis sekurang-kurangnya satu muka dalam sehari. Mampukah saya? Untuk menambat minat saya melihat meluahkan segala yang terbuku dihati dan tersemat diminda dicurahkan semahu-mahunya melalui blog yang baru saya berjinak-jinak dengannya. Saya harap azam tidak akan tinggal azam...Insya Allah.