Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

Gurauan Baginda

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja. Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, "Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya. "Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW. "Ia tidak mampu", kata perempuan itu. "Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta". "Ia tidak mampu". Para sahabat yang berada di situ berkata, "bukankah unta itu juga anak unta?" Datang seorang perempuan lain , dia memberitahu Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu". "Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW. Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kena...

Insentif

PUTRAJAYA 25 Julai - Kerajaan bersetuju supaya semua pensyarah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang mempunyai kelayakan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dinaikkan ke gred 51. Mengikut Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti, mereka sepatutnya hanya dilantik ke gred 45. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, calon-calon yang mempunyai Ph.D dianggap mempunyai kecemerlangan yang tinggi dalam memperkasakan kualiti pengajaran dan pembelajaran di IPTA. Pada masa sama, kata beliau, bagi calon-calon dari industri yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang tertentu juga boleh dilantik terus ke gred 51 untuk berkhidmat sebagai pensyarah. "Ini supaya mereka dapat bersama-sama membantu meningkatkan kecemerlangan di IPTA. "Kesemua keputusan ini terkandung dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang akan dikemukakan kepada Kabinet minggu depan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Akademik Nega...

Kembali

Besan emak yang pernah kami lawati ketika terlantar sakit di Batu Pahat pada 22Jun yang lalu dikhabarkan telah kembali menemui Ilahi pada pukul 1.30 pagi ini. Saya menerima berita sedih itu pada pagi ini dari Kak Long, menantu kepada Allahyarhamah Mak Edah. Malangnya saya tidak dapat menghadiri upacara pengkebumian jenazah yang dimaklumkan selamat disemadikan pada jam 10 pagi ini. Emak kehilangan besannya yang pertama, manakala Lokman sudah kehilangan tiga orang atok. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Lalat

Orang memandang bahawa lalat datang hanya untuk mengganggu ketenteraman mereka, tapi di sebalik itu ada juga hikmahnya. Diceritakan bahawa pada suatu hari ketika Khalifah Al-Mansur sedang sibuk menyelesaikan kerja-kerjanya datang seekor lalat hinggap di bahagian mukanya. Dengan cepat Al-Mansur menghalaunya, lalat itupun terbang. Sebentar kemudian lalat itu datang lagi dan Al-Mansur segera menepisnya. Begitulah seterusnya lalat berkali-kali pula Al-Mansur menepisnya. Sehingga akhirnya, Al-Mansur merasa kesal kerana kerja-kerjanya terganggu hanya kerana gara-gara seekor lalat yang tidak mempunyai apa-apa erti. Dia berfikiran : "Kalau macam ini lalat itu betul-betul merosak, tak ada gunanya langsung. "Kemudian Al-Mansur bertanya kepada Jakfar Shadiq : "Wahai Jakfar! Untuk apa Allah menciptakan lalat? "agar dengan itu Allah dapat menunjukkan kehinaan orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."Jawab Jakfar Shadiq. Mendengar jawapan itu,Al-Mansur diam. Dengan ja...

Gelagat

Adif dan Hafiz terus membesar dan makin nakal juga. Emak yang tidak setangkas dulu tentunya tidak larat lagi melayan keletah dua cucunya ini. Gambar-gambar ini menjelaskan segala-galanya.

Nostalgik

Lagu-lagu yang dialunkan lewat corong radio Klasik Nasional memang menggamit memori dan mengimbau kenangan lalu. Antara penyanyi awal 70an yang mendapat tempat dihati peminat ialah J.Mizan yang terkenal dengan keunikan suaranya.Beliau yang kini berumur 55 tahun sudah tidak aktif menyanyi lagi apatah lagi merakamkan lagu baru di piring hitam. Namun lagu-lagunya kekal segar untuk didengar. Banyak lagu-lagunya yang menyentuh perasaan. Antaranya lagu dibawah ini. MELATI DI TAPAL BATAS Engkau gadis muda jelita bagai sekuntum melati engkau sumbangkan jiwa raga di tapal batas bekasi Engkau dinamakan srikandi pendekar putri sejati engkau turut jejak pemuda turut mengawal negara Oh pendekar putri yang cantik dengarlah panggilan ibu sawah ladang rindu menanti akan sumbangan baktimu Duhai putri muda remaja suntingan kampung halaman kembali kepangkuan bunda berbakti kita di ladang

Merokok

Dalam perjalanan menghantar anak ke SMK Gemereh, hampir setiap pagi saya terserempak dengan sekumpulan pelajar yang berpakaian sekolah singgah terlebih dahulu di perkarangan sebuah rumah untuk merokok sebelum masuk sekolah. Fenomena ini semakin bertambah serius apabila saban hari bilangan yang merokok semakin bertambah. Tanpa segan silu mereka menghembuskan asap rokok ke udara di tengah ibu bapa yang lalu lalang memerhatikan gelagat mereka. Gejala ini perlu dicegah dari awal, kerana kebanyakan penagih dadah berpunca dari rokok. Cegah dari parah, insya-Allah dengan langkah awal yang kita laksanakan, akan menjadikan pelajar-pelajar kita, pelajar yang berkualiti cemerlang, gemilang dan terbilang. Jangan salahkan guru dan kerajaan sahaja. Tetapi nilai dahulu peranan kita sebagai anggota masyarakat, peranan kita sebagai ibu-bapa, melihat dan memantau perkembangan anak-anak kita, generasi muda kita yang diibaratkan sebagai kain putih, ibu-bapalah yang akan mencorakkan warna kehidupan anak-a...

Durian

Musim durian datang lagi. Setelah beberapa tahun tidak berbuah, mungkin faktor cuaca yang tidak menentu- hujan dan panas silih berganti,tahun ini durian berbuah, walaupun tidak banyak. Namun cukup untuk makan sendiri dan juga buat saudara mara yang ingin merasai nikmat makan durian terus dari pokok. Saya sendiri bukanlah penggemar durian. Namun kalau dibuat santan dan dimakan dengan pulut atau roti tidak pula menolak. Isteri saya sebaliknya penggemar durian nombor satu. Balik dari kerja pokok durian menjadi sasaran utamanya mengutip buah durian yang gugur. Berbanding berpuluh-puluh tahun dahulu, harga durian sekarang memang jatuh merudum. Durian pun berbuah tidak tentu musimnya, kadang-kadang berlambak di pasaran hampir sepanjang tahun. Namun penggemar durian biasanya akan mencari durian kampung dan kalau di Segamat, durian yang paling sedap dikatakan datang dari Gudang Garam. Kalau tak percaya, rasa sendiri baru tahu.

Kesihatan

Sejak Jumaat 4hbJulai lalu saya diserang demam yang agak luar biasa juga beratnya. Suhu tubuh mendadak naik sehingga 38 darjah celcius. Begitu panas. Sesekali menggigil. Saya dinasihatkan bercuti oleh doktor. Suhu yang tidak tentu dan begitu meningkat pada waktu malam diselang seli dengan batuk menjadikan saya tidak selesa. Fikiran terasa tumpul. Hilang semangat untuk menulis walaupun sebaris untuk blog ini. Tidak berselera untuk makan. Sehingga waktu ini pun, badan masih terasa lemah. Namun demi tanggungjawab dan amanah, saya gagahi juga masuk ke kelas menyampaikan kuliah kepada para pelajar. Baru hari ini semangat bagaikan pulih kembali dan diberikan kekuatan untuk mencoret sebaris dua. Petang ini sempat juga membersihkan rumput yang sudah semakin panjang di kebun - lebih-lebih lagi di sekitar beberapa batang pokok durian yang sudah mula menggugurkan buahnya. Kalau sudah semak sangat nanti, tidak jumpa pula buah durian yang gugur.

Bengkel OBE

Bengkel OBE dan MQA yang melibatkan semua staf akademik dianjurkan oleh JK Kualiti Akademik UiTM Johor diadakan pagi ini. Prof Dr. Titik Khawa Abd Rahman dari Shah Alam telah diundang untuk menyampaikan ceramah. Setelah melayari beberapa laman web saya dapati OBE lebih banyak diaplikasikan dalam program kejuruteraan. Difahamkan pendekatan OBE akan dilaksanakan di seluruh kampus UiTM mulai 2009. Outcome-Based Education (OBE) atau Pembelajaran Berasaskan Hasil(PBH) adalah falsafah pendidikan yang berasaskan kepada penilaian yang mengiktiraf dan menitikberatkan kemajuan yang dicapai oleh individu pelajar. Pendekatan OBE merupakan pendekatan yang amat dinamik justeru ia melibatkan perubahan struktur kursus selaras dengan keperluan silibus dan perubahan pelajar. Pendekatan ini bertujuan ke arah pengajaran, pembelajaran dan kaedah penilaian yang lebih efektif. Secara ringkasnya, OBE menjawab persoalan-persoalan berikut: Apa yang perlu pelajar belajar? Apa yang pengajar mahu pelajarnya bela...

Kenangan

Bila terkenang masa lalu rasa terharu Segalanya masih kekal dalam kenangan Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh Sekian lama di rantau bersendirian Tiada lagi seruling senja mendayu Tiada lagi ketawa riang bersama Bila sepi mengusik hati Semuanya kini dalam kenangan Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda Budi dan jasamu tetap dalam kenangan Teman seiring jalan kini jauh dariku Kemesraan kita tetap dalam kenangan Tiada lagi suara ombak di pantai Tiada lagi bayu teberau membelai Di saat sepi begini Semuanya kini dalam kenangan Bila masanya tiba nanti aku kembali Pasti ada yang berubah dan tiada lagi Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman Segalanya abadi dalam kenangan

Getah

Minggu lepas Pak Atan, 82, yang menetap di rumah pinggiran jalan besar di Batu 7, begitu gerang bercerita tentang harga getah yang memberangsangkan sekarang. Dengan harga getah skrap dijual pada RM4.50 sekilo Pak Atan yang memiliki lebih kurang 3 ekar kebun getah adakalanya berupaya memperoleh sehingga RM100 sehari. Pendapatan yang memang lumayan dinikmati penoreh getah sejak permintaan dunia terhadap bahan ini meningkat beberapa tahun kebelakangan ini. Bila harga getah merudum sehingga ke paras kurang daripada RM1 sekilo, ramai pekebun kecil yang mengeluh dan beralih kepada penanaman koko. Pak Atan bergantung sepenuhnya kepada hasil getahnya untuk menyara isteri dan seorang anak perempuannya yang masih belajar. Semalam lain pula ceritanya.Menurut anaknya Pak Atan naik berang pula bila beberapa kilo getah yang dicadang untuk dijualnya hilang dicuri orang. Senangnya mencari jalan pintas untuk meneruskan hidup sekarang ini. Bersenang lenang di atas keringat dan penat jerih orang lain....

Harapan

Rencana ini disiarkan dalam hari ini . MINGGU ini pastinya amat bermakna bagi 30,757 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang setaraf dengannya yang mula mendaftar sebagai pelajar universiti selepas ditawarkan oleh kerajaan untuk mengikuti program diploma serta persediaan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik kali ini. Jumlah ini meningkat 17.2 peratus atau 5,281 tempat berbanding 25,476 yang ditawarkan mengikuti program berkenaan di semua 20 IPTA tahun lalu. Peningkatan jumlah pelajar yang dita- warkan tempat di IPTA kali ini jelas membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkasakan mutu pendidikan di negara ini sejajar dengan sasaran Kementerian Pengajian Tinggi untuk melihat sejumlah 50 peratus mereka yang berusia 17 hingga 23 memiliki pendidikan tinggi menjelang 2020. Difahamkan, selain 20 IPTA yang mempunyai lebih 382,000 pelajar, negara juga mempunyai 37 kolej swasta bertaraf universiti, selain 487 institusi pengajian tinggi swasta bertaraf...

Duit

Berapa pun jumlahnya, duit tetap bernilai pada setiap orang. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Tidak hairanlah, ketika saya ke Pejabat Pos untuk menuntut rebet petrol, barisan yang beratur begitu panjang sehingga muntah keluar pejabat pos. Saya sendiri mengambil masa hampir sejam untuk mendapatkan habuan bernilai RM775. Namun apa yang pasti sekarang, nilai RM50 sekarang tentunya jauh lebih rendah nilainya daripada dahulu. Duit semakin susut nilainya namun manusia tidak henti-henti dan jemu memburunya. Semua orang suka duit, namun ada juga yang benci duit. Seperti kata M.Nasir dalam liriknya ini: Ada yang panggil ringgit Ada yang panggil dollar Ada yang panggil baht Ada yang panggil rupiah Semua ini duit Bikin orang belit Duit! Duit! Di mana kau duit Duit! Duit! Hutangku membukit Ada yang benci duit Ada yang cinta duit (bikin perut buncit) Skandal sana sini Punca juga duit Cari duit halal Agar jangan kesal Duit! Duit beli duit Duit! Buat beli cinta Ra...