Minggu lepas Pak Atan, 82, yang menetap di rumah pinggiran jalan besar di Batu 7, begitu gerang bercerita tentang harga getah yang memberangsangkan sekarang. Dengan harga getah skrap dijual pada RM4.50 sekilo Pak Atan
yang memiliki lebih kurang 3 ekar kebun getah adakalanya berupaya memperoleh sehingga RM100 sehari. Pendapatan yang memang lumayan dinikmati penoreh getah sejak permintaan dunia terhadap bahan ini meningkat beberapa tahun kebelakangan ini. Bila harga getah merudum sehingga ke paras kurang daripada RM1 sekilo, ramai pekebun kecil yang mengeluh dan beralih kepada penanaman koko. Pak Atan bergantung sepenuhnya kepada hasil getahnya untuk menyara isteri dan seorang anak perempuannya yang masih belajar. Semalam lain pula ceritanya.Menurut anaknya Pak Atan naik berang pula bila beberapa kilo getah yang dicadang untuk dijualnya hilang dicuri orang. Senangnya mencari jalan pintas untuk meneruskan hidup sekarang ini. Bersenang lenang di atas keringat dan penat jerih orang lain. Ratusan ringgit juga nilainya.Kesian Pak Atan!
H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...
Comments