Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

One

I have one You have one Your mother uses your father's one And your auntie uses your uncle's one A married lady would acquire one But a divorced lady would lose her one Arnold Schwarzenneger has a longer one Michael J. Fox has a shorter one Madonna doesn't have one The Chinese usually have short ones While the Indian usually have long ones Do you have one? How long is your one? Which one is your preferred one? Pena Tumpul - Preferred Formula One

Merokok

H ari ini pada setiap tahun pada 31 Mei semua warga bumi menjayakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Walaupun sejak empat dekad yang lalu gejala-gejala merokok sudah diketahui umum, namun ramai di antara ahli masyarakat masih samar-samar tentang hakikat tersebut. Ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti industri tembakau yang begitu pesat menonjol keghairahan merokok sebagai satu gaya hidup yang berjaya dan sekaligus dapat menarik banyak langganan di kalangan orang dewasa dan kebelakangan ini anak-anak remaja serta golongan wanita. Akhirnya tabiat merokok menjadi satu perkara yang begitu lumrah di dalam masyarakat kita sehinggalah hari ini.Di negara ini pendekatan paling terbaru yang digunakan untuk menimbulkan ketakutan merokok ialah dengan meletakkan pelbagai gambar yang memaparkan kesan daripada tabiat merokok. Berkesankah? Tidak dapat ditentukan sejauh mana keberkesanannya kerana yang pasti berjuta-juta wang terus dibakar setiap hari. Begitu juga, jumlah perokok

Penapis

C ubaan demi cubaan dibuat keatas isteri saya oleh rakan baiknya memujuknya supaya membeli penapis air. "Belilah, ramai kawan saya yang dah menggunakannya dan semuanya begitu takjub dengan kehebatan penapis air ini. Yang ada masalah gastrik sudah mula beransur baik" katanya cuba meyakinkan si isteri. Namun isteri masih belum cukup teruja dan terangsang untuk membelinya. Begitu juga saya yang sebelum ini pun telah didatangi dengan penjual pelbagai jenama penapis air. " You tahu tak air yang kita minum selama ni kat rumah tu belum cukup bersih malah tercemar dengan pelbagai kotoran seperti bahan logam yang memudaratkan kesihatan dalam jangka panjang". Begitulah antara ungkapan klise yang sering dilontarkan untuk memikat hati pembeli. Pun begitu, kami masih lagi belum bersedia untuk membelinya sehinggalah pada petang ini kami menyatakan persetujuan untuk memiliki satu unit penapis jenama Bio-Aura edaran Hai-O Marketing . Namun kesediaan kami untuk membelinya kali ini

Lagu

Lagu dendangan P.Ramlee ini dipetik dari filem penuh nostalgik Bujang Lapok yang berulang-ulang kali ditonton dan sekali lagi pada malam ini. P.Ramlee sambil memetik gitar mengalunkan lagu ini sewaktu bulan mengambang sambil dua rakannya Aziz dan Sudin yang baring kekenyangan selepas menikmati sup ayam masin masakan mereka bertiga. Melucukan. Namun irama lagu ini benar-benar menyentuh perasaan. Nak Dara Rindu Di waktu malam Bulan mengambang Sunyi damai Hai damai sekelilingku Terdengar nan sayu Bintang seribu Membujuk rayu Kerna merindu Lagu yang dulu Di waktu malam Bulan purnama Angina laut Meniup-niup tenang Mengatakan sayang Berlagu merdu Bermadah sayu Lemah mendayu Nak dara rindu

Sejarah

S ubjek sejarah pada kebanyakan pelajar memang membosankan lebih-lebih lagi kalau guru yang mengajar itu sendiri gagal menjadikannya menarik. Kalau diberi pilihan, rasanya ramai pelajar yang lebih cenderung untuk tidak mengambil mata pelajaran ini. Sejarah tidak lebih hanya sekadar penceritaan masa silam yang tidak memberi makna dalam kehidupan semasa. Mempelajari sejarah mengheret kita ke belakang bersama cerita-cerita lapuk yang tidak menyumbang apa-apa. Sekurang-kurangnya inilah pandangan paling umum yang saya kira dikongsi sama oleh mereka yang tidak meminati sejarah apatah lagi membenci sejarah sebagai satu subjek yang sarat dengan khazanah lama namun berfakta. Bagi pencinta sejarah pandangan ini tentunya amat tidak disenangi. Sejarah sebenarnya perlu dihargai kerana banyak pengajaran yang ditinggalkannya untuk pedoman dan tauladan. Sejarah mengingatkan kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Sejarah juga mengajar kita supaya lebih berhati-hati dalam mendepani hari-hari y

Perak

K emelut politik di Perak sepatutnya boleh diselesaikan begitu mudah sekiranya dua pihak yang bertelagah mengambil pendirian untuk tidak terus berseteru kerana kepentingan politik peribadi. Krisis berpanjangan yang melingkari dua pemimpin ini tidak akan menguntungkan sesiapa malah menjadikan rakyat negeri yang pernah terkenal kerana bijih timah ini menjadi mangsanya. Nampaknya permusuhan yang pernah tercetus antara dua puak kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San kerana berebutkan lombong bijih timah sehingga memaksa pihak Inggeris campur tangan semacam berulang lagi namun dalam kapasiti dan platform yang berbeza. Dalam merungkai kekusutan politik Perak ini, kecenderungan untuk menggunakan mahkamah bukanlah satu-satunya pendekatan yang boleh digunapakai. Dalam mengembalikan semula suasana aman di Perak yang telah diselubungi suram sejak beberapa bulan yang lalu, sama ada rakyat diberi mandat untuk menyatakan pendirian mereka melalui peti undi sekali lagi atau kedua-dua pihak yang berseteru m

Racun

M antoba s eorang pemandu lori yang dalam kehausan langsung meneguk habis air di dalam gelas milik kawannya. Kawannya yang empunya gelas terus menangis. "Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori. "Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!" "Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke restoren ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum air yang telah aku campurkan racun itu." ceritanya tanpa henti sambil teresak-esak. Pena Tumpul - Banyak minum air sekarang kerana cuaca yang luarbiasa panasnya

Pertemuan

" A wak ini Ahmad Kamil kan ?" sapa seorang tukang sapu wanita yang tidak pernah saya temui sebelum ini ketika saya terserempak dengannya pagi ini. " Baru bertugas di sini agaknya ", kata hati saya." Ya, saya Ahmad Kamil". "Awak siapa ya ?" balas saya. " Tentu awak masih ingat zaman sekolah rendah kita dahulu . Saya Siti Noridah Dini satu kelas dengan awak dulu, termasuk Nazari, Zul, Rosli, Johari." ujarnya seolah-olah ingin meyakinkan saya. Beberapa nama yang pernah saya dengar terpacul keluar dari mulutnya dan sekaligus menyentak ingatan saya kepada mereka semua. Saya memang tidak mengenalinya langsung sekiranya dia tidak mengenalkan dirinya. Setelah 36 tahun berlalu, tanpa diduga kami ditemukan dalam suasana yang berbeza dan perubahan diri yang sukar dikecam. Saya masih ingat kami membawa haluan masing-masing sebaik-baik sahaja melangsaikan alam sekolah rendah. Selepas itu kami tidak pernah bertemu lagi. Siti tidak meneruskan pengaj

Air

A rtikel yang tersiar dalam Metro Ahad (24.5.2009) ini begitu sarat dengan informasi yang saya kira tidak mampu untuk dibiarkan tanpa dibaca dan diamalkan. Perlu juga diarkibkan. 10 gelas air sehari Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN norlaila@hmetro.com.my ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan. Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan. Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya. Pundi kencing bertindak sebagai tempat me

18Kasih

T anggal 24.5.91 adalah tarikh paling bersejarah dalam hidup saya.Status bujang yang saya harungi selama 30 tahun secara rasmi dan sahnya dilupuskan pada hari Jumaat jam 9.45 malam di rumah No13 Kg Gudang Garam dengan renggutan tangan Imam Samad (Allahyarham) bersaksikan Pak Alang Yunos, Hj Mohd Ali Bujang (Allahyarham), Hussin Tawil (Allhyarham) dan Hj Abd Aziz (Allahyarham). Begitu juga status seorang dara milik gadis 24 tahun bernama Noorwati Muda larut sama dalam jalinan pernikahan kasih sayang bertaut erat restu keluarga tercinta. Perkenalan saya dengan isteri tercetus dari sebuah potret kelas milik adik yang kebetulan sahabat baiknya. Hati berkenan lalu bermulalah satu perjalanan dan peranan. Empat tahun hubungan terjalin bukan tanpa liku dan cabaran di depan. Namun keserasian dan takdir serta jodoh menemukan dan menyatukan kami di majlis penuh bermakna 18 tahun yang silam. Tangan direnggut, cabaran disahut, tanggungjawab menuntut, bersama saat cincing disarung dengan dugaan diha

Reading

T his book has got to be one of the best business books I’ve ever read. Is it because it’s exciting, thrilling, and make you sit at the edge of your Starbucks lounge-lizard-by-the-fireplace seat? Nope. Is it filled with witty euphimisms, or witty anything? Hardly. Does it make me want to be a better man, business- or otherwise? Um… no. Why is it, perhaps, the best business book on the planet, then? Because it tells you, analytically, without apology, when your “great idea” either stinks or has the potential to rule the world (for a short time anyway). Kim Mauborgne writes this book like a textbook from college. It’s not that difficult to read, it’s just really REALLY dry. The thing is, that kind of stuff gets me going. I was the kid in school who wanted to read those big thick strategy textbooks. So, after the first few chapters, this thing really hit me. By the time I wrote all my notes, made drafts which I will now fill out when I come up with my “brilliant ideas” prior to running wi

Kejam

Pembunuhan kejam yang meragut tiga nyawa termasuk seorang ibu dan anak beserta pembantunya memberi gambaran bahawa masyarakat kini terdedah dengan perlakuan jenayah yang tidak diduga. Kejadian yang menimpa wanita malang ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja sekiranya langkah berjaga-jaga tidak dimabil. Penjenayah yang dalam keadaan terdesak sentiasa sahaja mengintai peluang untuk "mengerjakan" mangsanya yang alpa. Inilah yang berlaku kepada Mah Yah Matzi, 42 tahun- dia tidak menyedari gerak-gerinya diperhatikan oleh pembunuh kejam yang mengekorinya hingga ke rumah, ketika dia mengeluarkan wang dari mesin ATM. Dalam keadaan yang amat terdesak, lebih-lebih lagi di bawah pengaruh dadah, seorang penjenayah akan bertindak apa sahaja, hatta membunuh. Walaupun kejadian ini boleh dianggap terpencil namun saya melihat taman perumahan di bandar-bandar besar khususnya amat terdedah kepada ancaman jenayah. Kejadian jenayah begini mungkin dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah kesela

Interview

A policeman was interviewing 3 candidates who were getting trained to become detectives. To test their skills in recognizing a suspect, he shows the first candidate a picture for 5 seconds and then hides it. "This is your suspect, how would you recognize him?" The first candidate answers, "That's easy, we'll catch him fast because he only has one eye !" The policeman says, "Well...uh...that's because the picture I showed is his side profile." Slightly flustered by this ridiculous response, he flashes the picture for 5 seconds at the second candidate and asks him "This is your suspect, how would you recognize him?" The second candidate smiles, flips his hair and says, "Ha! He'd be too easy to catch because he only has one ear! " The policeman angrily responds, "What's the matter with you two? Of course only one eye and one ear are showing because it's a picture of his side profile! Is that the best answer yo

Black

T hree ladies were on a flight. Suddenly the pilot informed them that there was a technical problem and the plane was going to crash into the sea. The Chinese lady quickly took her cosmetics set out and started to doll herself up. The Malay lady beside her questioned her on her actions. The Chinese lady replied that if she looked beautiful, the guys coming to rescue survivors could usually save the pretty ladies first. On hearing this, the Malay lady started to put on all her jewelleries. The Indian woman sitting beside the Malay lady was curious and questioned her. The Malay lady said that the rescuers would save her because she would easily be identified by the glitter of her jewels. Then the Indian woman started taking her clothes off. Both the Chinese and Malay ladies were shocked and questioned her.The Indian woman then replied that rescue teams do not usually look for survivors. They usually look for the " Black Box " first! Pena Tumpul -Just for fun, not racist ok..

Miscommunication

Memo from CEO to Manager : T oday at 11 o'clock there will be a total eclipse of the sun. This is when the sun disappears behind the moon for two minutes. As this is something that cannot be seen every day, time will be allowed for employess to view the eclipse in the parking lot. Staff should meet in the lot at ten to eleven, when I will deliver a short speech introducing the eclipse, and giving some background information. Safety googles will be made available at a small cost. Memo from Manager to Department Head : Today at ten to eleven, all staff should meet in the car park. This will be followed by a total eclipse of the sun, which will appear for two minutes. For a moderate cost, this will be made safe with googles. The CEO will deliver a short speech beforehand to give us all some information. This is something that can be seen every day. Memo from Department Head to Floor Manager The CEO will today deliver a short speech to make the sun disappear for two minutes in the form

Jujur

S eorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra, dan ber..........sampai akhirnya mereka tertidur. Boss tersebut tersedar jam 8 malam. Dia kelam kabut menyarung kembali pakaiannya dan menjangkakan pasti isterinya akan bertanya ke mana dia pergi.. Dia lantas menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur.Selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, boss yang pandai kelentong itu segera pulang ke rumah. Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang marah... "Ke mana abang pergi hah?..malam baru ingat nak balik?. "Abang tak mahu berbohong... sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam" jelas boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya. Si isteri memandang dari atas ke bawah..terpandang kasut suaminya yang kotor. "

Ibu

K g Gudang Garam bakal menerima masjid baru yang kini sedang rancak dalam pembinaan bagi menggantikan masjid lama yang sudah puluhan tahun usianya dan tidak berupaya pula menampung bilangan jemaah yang kian bertambah, khususnya pada hari Jumaat. Saya mengajak Haziq menunaikan solat Jumaat di masjid Kg Jawa, walaupun agak jauh namun faktor keluasan dan keselesaan menarik kami untuk mengabdikan diri di masjid itu. Sesuai dengan suasana sambutan hari ibu yang masih lagi terasa, mimbar kali ini menyampaikan khutbah yang amat menarik dan penuh pengajaran. Saya amat bersyukur kerana masih mempunyai seorang ibu tempat mencurahkan bakti dan bermanja sekali sekala. Ibu yang memahami kemahuan dan kegemaran anaknya. Ibu tahu bahawa saya amat menggemari kari daging masakannya dan dia tidak pernah lupa itu. Pada saya kari daging ibu adalah paling enak dan sedap. Janggal rasanya bila suatu hari nanti ibu tiada lagi. Saya sentiasa berdoa ibu akan diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia un

Sejarah

P ada hari ini 13.5.1969, telah berlaku tragedi 13 Mei satu catatan hitam dalam sejarah negara yang telah menggugat keamanan dan kestabilan politik di negara ini. Kesan dari tragedi itu ramai nyawa yang tak berdosa terkorban telah dan harta benda juga turut musnah. Bagaimanapun peristiwa hitam tersebut merupakan satu rahmat yang tersembunyi. Ini kerana ia merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia. Untuk menenangkan keadaa tersebut, tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkas `MAGERAN' telah ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah. Pada 16 Mei 1969 Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan Pembubaran Parlimen oleh DYMM

Jururawat

H ari ini adalah hari Jururawat Sedunia. Tarikh 12 Mei bukanlah satu tarikh yang diingati oleh orang ramai kerana ramai yang tidak tahu signifikannya. Namun hari ini amat signifikan buat saya justeru seorang kakak dan dua adik saya adalah jururawat. Hari Jururawat memang tidak popular kerana populasi yang menyambutnya terhad.Tidak seperti hari-hari lain, sambutan Hari Jururawat kelihatan sepi, semacam memberi gambaran bahawa profesion murni ini tidak mendapat perhatian. Sedangkan kelahiran seseorang insan itu bermula di tangan jururawat dan dalam banyak ketika, manusia mengakhiri hayatnya juga di samping jururawat. Hari Jururawat Sedunia disambut sempena hari kelahiran tokoh jururawat, Florence Nightingale, yang amat dikenali sebagai ‘Lady with the lamp’.Wanita bangsawan yang dilahirkan di Florence, Itali ini hakikatnya menjadi sumber inspirasi bagi setiap jururawat kerana sumbangannya yang bukan sedikit. Profesion jururawat yang satu ketika dulu dipandang rendah telah diangkat kemu

Rotan

S ekali air bah sekali pasir berubah. Najib membawa masuk Dr Mohd Puad Zarkashi, anak Batu Pahat ke Kementerian Pelajaran,kementerian paling panas dan penuh cabaran. Kerenah para pelajar yang semakin memeningkan kepala dan membungkam jiwa antara cabaran paling getir bagi Pak Menteri yang duduk di kementerian ini. Tindak tanduk palajar sukar untuk direncana dan diduga. Ada pelajar yang senang dikawal dan tidak kurang juga yang gemar bertindak liar dan sukar diurus. Pelajar era dunia tanpa sempadan dan langit terbuka yang diterobos minda mereka dengan pelbagai maklumat tanpa sekatan bertanggungjawab menelurkan spesis pelajar yang terhakis nilai moral dan hormat kepada gurunya. Saya percaya ramai yang bersetuju bahawa mengurus pelajar masa lalu ( zaman tv hitam putih dan nasi lemak 10 sen sebungkus) lebih enteng daripada menangani pelajar masa kini. Dahulu, guru bukan sahaja ditakuti malah dihormati. Kita biasa dengar, dahulu pelajar yang dihukum disekolah akan ditambah lagi hukuman di r

Biarkan

G ajah sama gajah sedang berjuang. Takut pelanduk mati di tengah-tengah. Yang menang jadi arang kalah jadi abu. Biar putih tulang jangan putih mata. Jong pecah yu kenyang. Benang basah hendak ditegakkan. Alang-alang dah menjeruk pekasam biarlah sampai kepangkal lengan. Kalau dah berdakwat biarlah sampai hitam. Nilai kesopanan orang Melayu makin terhakis. Orang Melayu yang dahulunya tidak kurang ajar sudah lebih kurang ajar dari orang lain. Ibarat Pak Kadok yang ketawa terbahak-bahak ayamnya menang, namun kampung tergadai dan tertelanjang dimata ramai. Masing-masing nak tunjuk kuat dan nak tunjuk hebat kerana satu matlamat yang tersurat dan mungkin tersirat. Akhir cerita tak tahu lagi. Kita cuma jadi penonton kepada sebuah drama Luncai versi baru dan cuma mampu bersuara dan berteriak..."Biarkan! Biarkan! si Luncai terjun dengan labu-labunya! Pena Tumpul - Selalu percaya di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Nostalgik

A malan suci yang tiada meminta balasan perjuanglah kita dengan penuh oh keikhlasan Pencipta Alam akan tersenyum memandang pada kita yang disebut insan kemerdekaan yang diberi oh insan padamu gunakanlah dengan oh ya bakti oh sucimu siapa yang hidup tanpa berbakti berjuang sama dengan oh mayat berjalan pandangi alam yang sungguhnya indah bukan setakat dipuji dipuja tapi untuk kita mencari membongkar isinya amalan suci tiadalah oh tuan tercinta kalau belum kita oh berjuang dan berusaha untuk berkembang menjadi insan sempurna amal ilmu iman pasti ada... Nyanyian: Frankie Cheah Pena Tumpul - Dengar lagu ini lewat KlasikNasional dalam perjalanan pulang dari JB ke Segamat

Arrogant

Dr Ahmad Azman of UiTM Johor scribes this anecdote for us to ponder.. A self-important college freshman walking along the beach took it upon himself to explain to a senior citizen resting on the steps why it was impossible for the older generation to understand his generation. “You grew up in a different world, actually an almost primitive one” the student said loud enough for others to hear. “The young people of today grew up with television, jet planes, space travel, and man walking on the moon. We have nuclear energy, ships and cell phones, computers with light speed…..and many more”. After a brief silence, the senior citizen responded as follows. “You’re right son. We didn’t have those things when we were young………so we invented them. Now, you arrogant little sh*t what are you doing for the next generation? The applause was amazing!!!! Pena Tumpul - Young people, think about it..

Tempatan

D i PERSADA Johor Bahru sedang berlangsung ekspo barangan buatan Malaysia. Ramai usahawan IKS yang turut serta. Saya dan isteri juga Haziq sempat meluangkan masa hampir dua jam berkunjung dari gerai ke gerai yang mempamerkan pelbagai produk tempatan - makanan, ubatan herba malah automotif juga mengambil bahagian. Ubatan herba kelihatannya menarik tumpuan pengunjung. Saya kagum dengan kebolehan usahawan IKS yang rata-ratanya Melayu menceburi bidang ini. Ada potensi untuk dipasarkan diperingkat global sekiranya ada sokongan dari pihak kerajaan. Saya tertarik dengan gerai yang menawarkan produk untuk memulihkan keguguran rambut, ringkasnya hampir botak seperti saya. Teruja dengan penerangan yang diberikan namun tidak sampai terpedaya untuk membeli. Tidak kurang yang mempromosikan produk penjana minda. Terlalu banyak pilihan yang ditawarkan di depan mata. Namun kuasa membeli terletak di tangan pengguna yang bijak. Pena Tumpul - Ada yang menawarkan ubat 1001 penawar penyakit..boleh percaya

Drama

M ENONTON drama TV tempatan tidak mungkin menjanjikan sebarang kepuasan apa lagi keseronokan. Sesekali berkesempatan mencelah bersama-sama keluarga di depan TV, saya hairan kenapa mutu drama yang dihasilkan masih lagi ditakuk lama. Ceritanya masih berkisar tentang cinta, hasad dengki, pergaduhan keluarga kerana berebutkan harta, - pendeknya berlandaskan pada persoalan yang amat remeh sifatnya. Tidak ada langsung cubaan untuk menjengah dan mengupas isu-isu yang lebih global dan mencabar minda penonton. Saya sendiri tidak pernah rasa terpanggil untuk menonton sehingga habis drama yang disiarkan - justeru penghujungnya memang sudah bisa dijangkakan. Malah kanak-kanak pun didapati lebih terpegun dengan cerita katun dan drama serta filem yang didatangkan dari Barat daripada menonton drama buatan tempatan. Drama TV tempatan sebenarnya gagal menarik hati sebahagian besar penonton lantaran jalan ceritanya yang terus-terusan stereotype dan hambar. Tidak diketahui entah apa agaknya puncanya set

Pelarian

I su mat rempi t kembali membahang suhu negara yang sudah sedia panas dek pemanasan global dihangatkan lagi dengan wabak selsema babi yang mula menggugat dunia. Sejak beberapa hari lepas beberapa akhbar perdana memberi liputan yang bukan kepalang hebatnya "budaya" mat motor ini. Ternyata isu mat rempit bukan isu baru. Ia ibarat cerita Melayu lama lakonan P.Ramlee yang diulang siar berkali-kali, cumanya cerita P.Ramlee tidak pernah menjemukan berbanding dengan kisah mat rempit yang membosankan, menjengilkan, meloyakan malah mengundang kebencian dan petaka. Kelihatannya tidak adil golongan ini dilihat dan dilabel sedemikian negatif sifatnya. Tetapi realitinya memang begitu pun. Siapa yang bisa menyangkal pelbagai implikasi tidak sehat hasil dari kegiatan yang tidak bertamadun ini. Mat rempit dipersembahkan dalam pakej kebobrokan sosial yang cukup lengkap; minah rempit sebagai habuannya, bohsia, dadah,pergaulan bebas tanpa batas dan apa saja penyakit sosial yang boleh tercetus