Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Rotan

" T engok ni, Haziq kena rotan hari ni, ". Haziq menunjukkan kesan birat di ponggong kepada saya dan mamanya sesampai sahaja di rumah. Kami berdua tidak terkejut kerana sudah mengetahuinya daripada Angahnya. "Padan muka, semalam lawan cakap mama kan. Tengok dah dapat balasannya. " Mama menggunakan peluang itu untuk melepaskan rasa kecewanya kepada Haziq yang menyinggung hati kecilnya semalam. Kata mama, Haziq marah-marah balik dari sekolah semalam kerana mama tidak memasakkan untuknya telur goreng berempah seperti yang dijanjikan sebelumnya. Mama kata Haziq bikin kecoh di dapur dan mogok tidak mahu makan. Saya tidak enak mendengar Haziq sampai begitu tindakannya terhadap mamanya. Saya memilih untuk tidak menyebelahinya pun walau dia kata mamanya sengaja tidak menunaikan janjinya. Saya nasihatkan Haziq, walau pun mama salah dia tidak sepatutnya bertindak melawan mamanya begitu. " Tidak baik melawan cakap mama tau, berdosa. Haziq perlu minta maaf dengan mama dan

Peperiksaan

B anyak pihak yang bersuara dalam memberi reaksi balas kepada cadangan supaya UPSR dan PMR dimansuhkan. Pelbagai pandangan yang terpacul. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang tidak bersetuju. Namun lebih banyak pandangan yang menjurus supaya cadangan ini dihalusi sebelum sebarang kata putus dibuat. Perlu dilihat perlu tidaknya untuk kedua-dua peperiksaan awam ini diteruskan. Saya melihat para pelajar sekarang dihimpit dan ditekan untuk memburu "A". Malah di kebanyakan sekolah silibus sudah habis dijelajah pada awal-awal tahun lagi. Selebihnya bulan-bulan yang bersisa diguna untuk membalun habis-habisan soalan-soalan tahun lalu. Para pelajar akan di"dera" semahunya dalam mempersiapkan diri untuk berdepan dengan peperiksaan. Matlamatnya tidak lain, kecuali untuk menghimpun sebanyak "A" yang boleh. Pantakan terhadap pelajar tidak berakhir di kelas. Setibanya di rumah belum pun kering air basuh tangan selepas makan tengahari, ibu dan bapa sudah mengom

Kebun

K ata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.Kerjaya tukang kebun perlu dinaik taraf sebagai pekerjaan profesional terutama yang melibatkan industri pelancongan di negara ini. Katanya lagi pekerjaan tukang kebun perlu dipandang tinggi dan dihargai kerana kemampuan mereka menghasilkan taman bunga yang indah dan kreatif sehingga mampu menarik pelancong ke negara tersebut. Lazimnya pekerjaan tukang kebun tidak pernah dipandang tinggi pun. Itu realitinya. Pekerjaan ini tidak pernah menjadi kerjaya pilihan utama pun kecuali sebagai pilihan terakhir. Itu pun kerana kelayakan yang ada tidak memungkinkan untuk memilih kerja yang lebih baik dari itu. Saya sendiri pernah meletakkan Haziq di posisi tukang kebun sekiranya dia malas belajar. Dia pantas menolak kerana kerjaya tukang kebun tidak dipandang tinggi. Dia mahu kerjaya yang lebih baik dari itu. Saya kata kalau begitu, kenalah belajar rajin-rajin dan saya berjaya mengubah sikap malasnya itu namun sedikit kecewa kerana pandangan renda

Bola

P iala Dunia yang menyaksikan 32 pasukan seluruh dunia bertarung untuk merebut kejuaraan bola sepak berprestij ini bermula hari ini. Saya bukanlah peminat fanatik bola. Bermain bola pun sudah lama ditinggalkan selama saya meninggalkan bangku sekolah. Menonton perlawanan bola pun bukan juga sesuatu yang ditunggu-tunggu seperti kebanyakan orang yang gila bola. Keseronokan menonton bola sudah lama diragut bersama-sama dengan persembahan pasukan kebangsaan yang selalu mengecewakan. Kecewa dengan aksi yang memualkan membunuh terus minat saya untuk terpaku di depan tv berbanding ketika zaman kehebatan Shaharudin Abdullah, M.Chandran, Soh Chin Aun, Ali Bakar, Isa Bakar dan ramai lagi yang pernah memeriahkan dunia bola sepak negara. Selepas era Mokhtar Dahari, dunia bola sepak negara terus suram. Bila Haziq tanya, "Ayah, kenapa ayah tak suka tengok bola?" Jawapan saya mudah. " Dulu melihat perlawanan bola walaupun di layar tv hitam putih amat mengujakan. Ayah dapat rasakan yan

Tolong

S eorang ibu yang menyara hidup keluarganya dengan harapan setinggi langit merayu kepada saya, "Encik Kamil, tolonglah saya dapatkan tempat untuk anak saya di UiTM. Dia minat sangat nak belajar di UiTM." Saya tengok keputusan SPM anaknya dan saya kira cukup layak untuk di pertimbangkan belajar di universiti yang sinonim dengan orang Melayu ini. Entah di mana silapnya permohonannya dahulu ditolak ketika rakan-rakannya yang lain diterima masuk. Ini yang menggusarkannya, kata ibunya. Dia ingin sama belajar dengan mereka termasuk anak saya yang juga diberi peluang untuk belajar di universiti mega ini. "Saya tidak boleh janji apa-apa. Saya akan majukan permohonan ini ke UiTM Shah Alam dan tengoklah macam mana nanti. Kalau ada rezeki, adalah" , saya memberinya sedikit harapan. Saya sedar saya bukan berada di kapasiti yang cukup ampuh untuk menyediakan tempat belajar untuknya. Siapalah saya. Namun jauh di lubuk hati kecil saya, saya amat berharap dapat merealisasikan imp

Belanja

K ata orang makanan yang paling sedap sekali ialah bila makanan itu orang yang belanja. Selalunya bila kita tahu bukan kita yang perlu bayar, kita akan minta semahu-mahunya apa yang teragak di rasa. Minta apa sahaja kerana akhirnya yang membayar bukan kita. Sungguh tidak eloknya begitu. Petang ini, bapa mentua mempelawa saya sekeluarga makan di luar. Agak terkejut juga, kerana beliau bukanlah selalu sangat menawarkan peluang makan "free" begini. Namun kata orang rezeki jangan ditolak kerana peluang makan begini bukan selalu hadirnya. Haji Muda ini memang murah sangat rezekinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sesekali beliau ingin berkongsi rezeki yang dinikmati dengan dua orang anak perempuanya bersekali dengan dua menantunya dan empat orang cucunya yang tidak pernah bertambah bilangannya itu. Keluarga kami memang kecil. Sebab itu, apa sahaja yang didamba cucu-cucu yang berempat ini mudah sahaja ditunaikan. Di Juara Ikan Bakar, kami melabuhkan punggung. Pada mulanya

Pelukan

" S eorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun." Itu kata pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah yang didengar lagi celotehnya lewat Sinar FM awal pagi ini. Sekali lagi isteri yang duduk di sebelah tersenyum lebar. Saya tahu kenapa dia tersenyum. Mungkin saya tidak memeluknya seragat yang dianjurkan oleh Dr Fadzilah. berkata, fakta tersebut berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. " Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah, " katanya. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selai

Merajuk

I steri yang duduk di sisi cepat mencelah apabila Dr Fadzilah Kamsah kata lelaki tidak sepatutnya merajuk. Cuma perempuan sahaja yang layak untuk merajuk. "Dengar tu, abang kan kuat merajuk, mana boleh" , katanya. Saya memilih untuk tidak bersetuju dengan kenyataan pakar motivasi tersohor ini yang didengar lewat Sinar FM awal pagi ini. Lelaki juga punya perasaan dan kerana itu tidak ada sebab mengapa lelaki tidak boleh merajuk. Tetapi tidaklah seteruk wanita rajuknya. Bunyi macam pelik apabila ada lelaki yang merajuk. Namun itulah realiti.Pastinya ada sebab mengapa lelaki merajuk. Faktor cemburu boleh dilihat sebagai faktor utama kenapa lelaki merajuk. Lelaki dihinggap rasa cemburu apabila ada pihak lain yang cuba mengambilalih tumpuan dan perhatian pasangannya daripada dirinya.Kalau pasangan dilihat begitu mesra berbual dengan kawan-kawan tiba-tiba terbit rasa cemburu ini lalu merajuklah dia. Kadang-kadang kerana begitu asyik dengan pekerjaan sampai terjejas perhatian kepad

Senangnya

D ila aka Diko diberitahu oleh mama longnyanya berazam cukup tinggi untuk muncul antara 10 pelajar terbaik dalam peperiksaan setengah tahun yang sedang dihadapinya. Dia mahu menjadi lebih baik daripada Haziq sepupunya. Haziq dan Dila memang bersaing sesama mereka. Kedua-duanya sentiasa sahaja mahu dilihat sentiasa lebih baik. Saya kagum dengan semangat berlumba-lumba yang mereka pamerkan. Malam tadi Haziq memberitahu saya tentang Dila yang tidak berapa enak didengar. Dila dikatakan tidak bertungkus lumus menyiapkan dirinya untuk peperiksaan itu sebenarnya. Berbanding Haziq yang lebih bersungguh-sungguh, Dila seolah-olah tidak ambil kisah langsung dengan buku-bukunya tetapi dilihat banyak menghabiskan masa depan tv sambil di selang seli dengan kemaruknya terhadap Facebook. Saya hairan kerana ketika dia begitu berazam sangat untuk menggapai kecemerlangan, dia dilihat pula bersantai sahaja. Senangnya dia melakar impian begitu. Tanpa jerih, tanpa usaha. Saya tidak mahu dia leka begitu ker

Kerjarumah

"Kan bagus kalau duduk rumah, buat kerja rumah, masak ke, cuci baju dan kemas rumah, bila mama balik kan senang semua dah siap, Lagi pun itu tugas suami tau! " S aya bercuti hari ini dan sepanjang hari duduk di rumah. Isteri saya menjangkakan malah mengharapkan bila saya bercuti kerja-kerja rumah boleh saya bereskan. Dia sebenarnya mengusik saya. Membuat kerja-kerja rumah bukanlah asing pada saya. Dari mencuci kain, menyidainya pula dan kemudian mengangkitnya malah melipatnya dan menyusun rapi di almari pakaian tidaklah susah sangat untuk dilunaskan. Saya selalu melihat adalah tidak adil untuk meletakkan beban kerja rumah di atas bahu isteri semata-mata. Sebab itu saya tidak betah hanya sekadar lepas tangan sahaja. Lagi pun seronok kalau rumah yang kita diami kemas dan selesa. Cumanya keghairahan untuk memasak itu memang tidak pernah singgah di hati. Sebabnya memang tidak pandai masak pun. Lagi pun isteri lebih wajar untuk melakukan tugas memasak untuk suaminya. Melakukan ker